Viral satu post yang mengatakan Suntikan Vaksin HPV(Human Papilloma Virus) akan meningkatkan risiko untuk seseorang remaja perempuan itu melakukan hubungan seks di awal usianya.

Post tersebut seperti dibawah:

LAGI BERKENAAN KESAN BURUK HPV VACCINE.Ini adalah aduan yang aku terima.Apparently, kesan buruk ini lebih teruk dari…

Posted by Yana Zainal on Jumaat, 19 Oktober 2018

Nasihat saya baca boleh, percaya tunggu dulu Kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang boleh dilihat seperti penggunaan internet yang berleluasa, access kepada video pornografi yang lebih mudah dan banyak lagi.Takkanlah semua nak salahkan vaksin

Program Vaksin HPV

Vaksin HPV ditawarkan kepada pelajar perempuan terutamanya yang berumur 13 tahun. Vaksin ini berfungsi untuk menghalang jangkitan virus Human papilloma yang boleh menyebabkan ketuat dibahagian kemaluan dan juga mengelakkan kanser serviks

Kajian telah menunjukkan bahawa program immunisasi tersebut telah mengurangkan kes kanser pangkal rahim dengan sangat drastik. Kita boleh tengok contoh di Australia dimana kadar kanser serviks menurun dengan banyak. Akan tetapi ada sesetengah daripada masyarakat yang risau anak mereka akan menjadi lebih kuat gelojak nafsunya untuk melakukan seks di awal usia seperti puan di atas.

Adakah suntikan vaksin HPV meningkatkan risiko seseorang itu melakukan Seks pada awal usianya?

Kajian terbaru di Kanada yang diterbitkan dalam Canadian Medical Association Journal telah menghapuskan ketakutan yang tidak berasas ini. Bahkan, kelakuan seks pelajar perempuan nampak lebih terkawal selepas program vaksin HPV dimulakan di negara tersebut.

Kerajaan Kanada telah memulakan program vaksin HPV in bermula pada tahun 2008. Pada ketika itu, mereka mula memberikan vaksin ini kepada pelajar perempuan yang berumur 10-11 tahun dan juga 13-14 tahun.

Untuk mengetahui kesan program immunisasi ini kepada kelakuan seks, pengkaji daripada Universiti British Columbia telah meneliti data pada tahun 2003, 2008 dan juga 2013. Data ini adalah berdasarkan survey Kesihatan remaja(Adolescent Health Survey).

Pelajar ini merangkumi pelajar berumur 11 hingga ke 17 tahun. Pelajar ini ditanya sama ada mereka telah melakukan seks ataupun tidak, berapa ramai pasangan yang mereka melakukan hubungan seks dan beberapa soalan yang lain.

Respon yang diambil adalah seramai 298,265 pelajar perempuan. Hanya mereka yang berada pada survey terakhir iaitu pada 2013 yang telah mendapat vaksin HPV.

Keputusan Kajian tersebut

Kajian mendapati pelajar perempuan yang melakukan seks menurun selepas pemberian vaksin tersebut. Iaitu 21.3% pada tahun 2008, 20.6% pada tahun 2008 dan 18.3% pada tahun 2013. Terdapat juga penurunan bilangan yang melakukan seks sebelum umur 14 tahun.

Dalam kajian tersebut juga menunjukkan ramai daripada mereka yang melakukan seks telah mengamalkan amalan seks yang selamat seperti penggunaan kondom dan penggunaan ubat pencegah kehamilan.

Ini mungkin disebabkan pendidikan awal yang mengajarkan berkenaan dengan seks. (Ajar apa itu seks, apa penyakit yang boleh dapat, kesan mengandung awal dan sebagainya. Bukan ajar cara buat seks atau tengok video porn!).

Kesimpulan

Walaupun penggunaan vaksin HPV meningkat di Kanada, tetapi jumlah yang melakukan seks diawal usia turun dengan mendadak. Ia tidak sama seperti apa yang digembar-gemburkan melalui sosial media.

Dapatkan perlindungan daripada kanser serviks dengan mengambil vaksin HPV

 

Rujukan:

Population-level sexual behaviours in adolescent girls before and after introduction of the human papillomavirus vaccine (2003–2013). Gina S. Ogilvie, Felicia Phan, Heather N. Pedersen, Simon R. Dobson, Monika Naus and Elizabeth M. Saewyc. CMAJ October 15, 2018 190 (41) E1221-E1226; DOI: https://doi.org/10.1503/cmaj.180628

Categories: Mitos

Dr Latif Saad

Seorang Pegawai Perubatan. Pengasas kepada page Root of Science dan e-Diagnosa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *