Air kencing berbau merupakan sesuatu yang merisaukan bagi sesetengah individu. Perlu diketahui kebanyakan daripada air kencing tidak mempunyai bau yang kuat. Anda mungkin akan perasan ada sesetengah waktu air kencing tersebut berbau lebih kuat daripada biasa.

Kadang-kadang ia menjadi salah satu tanda bahawa anda mengalami beberapa jenis penyakit.

Bila anda perlu berjumpa dengan doktor?

Jika anda mengalami air kencing yang berbau kuat lebih daripada dua hari, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor. Anda juga mungkin akan mengalami simptom:

  • Air kencing yang berbau seperti bau yang manis
  • Konfius
  • Perut yang berangin
  • Rasa loya
  • Muntah

Ini adalah beberapa simptom kencing manis, dehidrasi yang teruk dan juga masalah hati. Pesakit dinasihati untuk terus berjumpa dengan doktor.

Punca Air Kencing Berbau

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan air kencing berbau.

  • Diet: Terdapat beberapa jenis makanan yang menyebabkan kencing berbau seperti buah petai, jengkol dan juga asparagus. Ini disebabkan terdapat kompaun yang berada di dalam buah tersebut yang disingkirkan melalui air kencing. Selalunya air kencing tersebut akan kurang baunya selepas pengambilan makanan tersebut dihentikan.
  • Wanita yang mengandung: Waktu hamil, hormon chorionic gonadotrophin(HCG) akan tinggi dalam darah dan disingkirkan melalui air kencing. Kompaun ini juga akan menyebabkan air kencing sedikit berbau kuat berbanding biasa.
  • Penyakit: Terdapat beberapa penyakit yang menyebabkan bau air kencing menjadi kuat.

Penyakit yang menyebabkan air kencing berbau kuat adalah:

  • Kencing kotor ataupun jangkitan kuman pada tempat buat air kencing
  • Kencing manis: Pesakit yang mempunyai kencing manis yang teruk akan mempunyai gula yang tinggi dalam air kencing. Ini akan menyebabkan seseorang pesakit itu mengatakan air kencingnya seolah-olah berbau sesuatu yang manis
  • Fistula pada Pundi Kencing (Bladder fistula): Ia merupakan saluran yang terbentuk pada bahagian pundi kencing dan juga saluran usus. Ini menyebabkan najis daripada usus memasuki pundi kencing
  • Kegagalan hati

Penyiasatan

Untuk menentukan sama ada masalah ini disebabkan penyakit ataupun tidak, terdapat beberapa ujian yang akan dilakukan untuk memastikan perkara tersebut. Beberapa ujian tersebut adalah:

  • Analisis air kencing: Air kencing akan diambil untuk dilihat sama ada mempunyai bakteria ataupun bahan-bahan lain yang menyebabkan ia berbau kuat
  • Cystoscopy: Kamera dimasukkan ke dalam pundi kencing untuk melihat masalah di dalam pundi kencing tersebut
  • Ujian untuk melihat penyakit lain seperti pemeriksaan gula untuk melihat sama ada pesakit mempunyai kencing manis ataupun tidak

Rujukan:

  1. Mitchell, S. C. (2013). Asparagus, urinary odor, and 1,2-dithiolane-4-carboxylic acid. ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/24375116
  2. Myths of human genetics: Asparagus urine smell. (n.d.)udel.edu/~mcdonald/mythasparagusurine.html
  3. Phenylketonuria. (2017, January 10). ghr.nlm.nih.gov/condition/phenylketonuria
  4. Mayo Clinic Staff. (2014, April). Urine odor. mayoclinic.org/symptoms/urine-odor/basics/definition/sym-20050704
  5. Pelchat, M., Bykowski, C., Due, F., & Reed, D. (2010, July). Excretion and perception of a characteristic odor in urine after asparagus ingestion: a psychophysical and genetic study .chemse.oxfordjournals.org/content/36/1/9
Categories: Perubatan

Dr Latif Saad

Seorang Pegawai Perubatan. Pengasas kepada page Root of Science dan e-Diagnosa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *