Hari ini, ramai daripada kita yang suka post sesuatu ke dalam laman media sosial Muka Buku (AKA Facebook). Ia seolah-olah menjadi suatu rutin yang biasa untuk post cerita berkenaan diri, perasaan, aktiviti seharian yang dibuat ke dalam laman tersebut.

Kajian terbaru mendapati, perkataan dan ayat yang digunakan apabila seseorang itu
memasukkan sesuatu post ke dalam facebook boleh menentukan sama ada dia mengalami depresi(Tekanan perasaan) ataupun tidak

Dengan menggunakan perisian yang terbaru ini, pengkaji dapat mengimbas post di media sosial dan mengesan mereka yang mempunyai tanda tanda depressi sebelum mereka berjumpa dengan doktor lagi.

“Media sosial telah membuatkan masyarakat berkongsikan aktiviti seharian mereka dengan pengkaji. Secara ringkasnya, masyarakat selalunya menulis menggunakan bahasa yang mereka selalu gunakan setiap hari dan kami akan cuba menghubungkan sama ada orang tersebut mempunyai depressi ataupun tidak,”Kata Andrew  Schwarts yang merupakan salah seorang pengkaji dalam kajian tersebut.

Melihat kepada post di Facebook adalah lebih tepat berbanding dengan soalan saringan untuk mengesan depressi,” Kata Andrew. Ini mungkin disebabkan ia tidak berat sebelah dengan keadaan yang mempengaruhi seseorang individu tersebut. Sebagai contoh jika seseorang itu mengalami depressi dan sedang menjawab soalan saringan depressi, ia mungkin boleh berbohong untuk menyorokkan rasa tertekan dia. Tetapi tidak di facebook. Apa yang dia kongsi dan postkan adalah perasaan sebenar seseorang itu.

Jadi apakah bahasa yang selalunya digunakan oleh mereka yang sedang mengalami depresi atau tekanan perasaan ini?

Pengkaji mendapati mereka selalu menggunakan perkataan ‘I’ ataupun ‘Me’ yang bermaksud Aku dalam bahasa melayu untuk mengambarkan perasaan diri, rasa sakit-sakit badan dan juga rasa keseorangan.

Akan tetapi pengkaji tidak bersetuju untuk masyarakat sendiri cuba untuk mendiagnosa kawan-kawan ataupun ahli keluarga dengan hanya melihat beberapa post mereka di Facebook.

“Satu post tidak cukup untuk mengesahkan seseorang itu menghadapi tekanan perasaan. Kami melihat 6 bulan berterusan post di Facebook sebelum seseorang itu disahkan mengalami depressi, jadi saya tidak menggalakkan masyarakat menuduh sahabat dan kawan mereka mengalami depresi dengan hanya melihat satu dua post,” Kata Dr Andrew lagi.

Pengkaji telah memeriksa post Facebook lebih daripada 700 pesakit yang telah pergi ke bahagian kecemasan dan lebih kurang 114 orang telah dikesan mempunyai depressi. Kesemuanya telah bersetuju untuk berkongsi post facebook mereka.

Pengkaji tersebut juga telah melihat lebih daripada 1 juta post untuk membina sistem pengesan depressi. Mereka menentukan manakah penggunaan perkataan yang selalu digunakan oleh mereka yang sedang menghadapi masalah deprsei

Dengan menggunakan sistem ini, pengkaji dikatakan mampu untuk mengesan mereka yang akan menghadapi depressi dalam waktu 3 bulan terkehadapan.

Akhir sekali, apa yang anda tulis menggambarkan diri anda. Jika anda sedang menghadapai depressi maka tulisan anda di laman facebook itulah yang akan menggambarkan diri anda.

Rujukan:
H. Andrew Schwartz, Ph.D., assistant professor, computer science, Stony Brook University, Stony Brook, N.Y.; Alan Geller, M.D. psychiatrist, Gracie Square Hospital, and private practice, New York City; Oct. 15, 2018, Proceedings of the National Academy of Sciences, online

Categories: Berita

Dr Latif Saad

Seorang Pegawai Perubatan. Pengasas kepada page Root of Science dan e-Diagnosa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *