Penyakit ataupun masalah anemia adalah penyakit yang disebabkan kurangnya sel darah merah di dalam badan. Oleh kerana sel darah merah berfungsi untuk membawa gas oksigen dan karbon dioksida di dalam badan, kekurangannya akan menyebabkan beberapa simptom seperti letih, pucat, jantung berdebar dan beberapa tanda yang lain pada pesakit yang mengalaminya.

Kandungan sel darah merah dalam badan diukur dengan melihat kandungan hemoglobin di dalam darah iaitu protein yang dibawa di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk mengangkut oksigen.

Simptom dan Tanda Tanda anemia (Kurang Darah Merah)

Terdapat beberapa simptom yang ditunjukkan jika seseorang itu mengalami masalah ini. Ia adalah

Punca Anemia

Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah ini. Ia adalah:

  • Iron Deficiency Anemia: Anemia jenis ini adalah masalah yang selalu berlaku di serata dunia. Ia disebabkan kekurangan zat besi di dalam badan yang menyebabkan penghasilan hemoglabin di dalam darah menjadi kurang. Tanpa zat besi yang cukup, kandungan sel darah merah akan menjadi rendah terutamanya bagi perempuan yang sedang hamil.
  • Thalassemia: Ia disebabkan terdapat mutasi pada genetik yang digunakan untuk menghasilkan unit protein bagi struktur hemoglobin. Ini menyebabkan hemoglobin yang terhasil adalah tidak normal dan sel darah merah menjadi lebih mudah untuk pecah dan mati
  • Vitamin Deficiency anemia: Ia disebabkan kekurangan pengambilan vitamin yang menyebabkan penghasilan sel darah merah terencat
  • Anemia disebabkan penyakit kronik: Penyakit kronik seperti Kanser, HIV, rheumatoid arthritis, kegagalan buah pinggang dan sebagainya boleh menyebabkan sel darah merah berkurangan
  • Aplastic anemia; Ini adalah perkara yang jarang berlaku dimana sumsum tulang tidak mampu menghasilkan sel darah yang mencukupi untuk badan
  • Hemolytic Anemia: Dalam masalah ini, sel darah merah akan lebih mudah pecah disebabkan beberapa keadaan seperti antibodi badan menyerang sel darah merah tersebut.
  • Kecacingan: Seseorang yang mengalami kecacingan yang teruk boleh menyebabkan dirinya kekurangan darah. Ini kerana cacing di dalam usus boleh menyedut darah sehingga mana darah di dalam diri pesakit menjadi kurang.

Faktor Risiko

Beberapa faktor ini boleh meningkatkan risiko untuk terkena masalah ini. Ia adalah:

  • Diet yang kurang dengan vitamin
  • Masalah usus: Seperti penyakit Chron(Chron’s disease) ataupun penyakit celiac. Dalam penyakit ini, ia menyebabkan serapan vitamin dan zat besi di dalam usus berkurangan.
  • Haid: Kaum wanita lebih berisiko untuk mengalami masalah ini (Kurang darah merah) kerana apabila datang haid, mereka boleh mengalami kehilangan darah yang banyak
  • Kehamilan: Jika anda mengandung dan tidak mengambil vitamin dan mineral yang secukupnya, anda berkemungkinan akan mengalami masalah ini.
  • Penyakit yang kronik: Penyakit seperti kegagalan buah pinggang, kanser dan sebagainya akan meningkatkan risiko untuk menghadapi masalah ini.
  • Sejarah Keluarga
  • Umur yang melebihi 65 tahun

Komplikasi

Jika masalah ini tidak dirawat, ia boleh menyebabkan beberapa komplikasi seperti:

  • Pesakit akan terasa letih yang melampau
  • Komplikasi kehamilan. Mereka yang mempunyai masalah ini akan lebih mudah mengalami pendarahan yang teruk selepas dari kelahiran bayi
  • Masalah jantung. Anemia yang kronik akan membebankan jantung. Kerana jantung perlu berdenyut dengan lebih kerang. Ini akan menyebabkan masalah lemah jantung yang
  • Kematian

Penyiasatan

Untuk mengesan seseorang itu mempunyai masalah ini hanya memerlukan pengambilan darah. Jenis darah yang boleh diambil adalah:

  • Full blood count(FBC): Ia boleh melihat kandungan sel darah merah dengan melihat bacaan hemoglobin. Bacaan yang kurang daripada 11 sudah dikira pesakit tersebut mempunyai masalah anemia.
  • Full blood picture(FBP): Darah pesakit akan diletak dibawah mikroskop untuk melihat rupa bentuk darah tersebut. Ia boleh memberi petunjuk kepada para doktor apakah punca kepada masalah tersebut.

Terdapat juga beberapa penyiasatan lain yang perlu dibuat berdasarkan keadaan pesakit dan juga punca yang disyaki. Ini adalah siasatan biasa sahaja untuk mengesahkan sama ada pesakit tersebut mempunyai anemia ataupun tidak.

Rawatan anemia

Rawatan bergantung kepada punca masalah tersebut. Sebagai contoh:

  • Iron deficiency anemia: Rawatan untuk masalah ini adalah dengan pemberian ubat yang mempunyai zat besi dan juga mengambil makanan yang tinggi dengan zat besi. Jika ia disebabkan pendarahan yang kronik dari saluran pencernaan, masalah tersebut perlu dirawat terlebih dahulu.
  • Thalassemia: Rawatan untuk masalah ini selalunya melibatkan pemberian darah kepada pesakit sepanjang hidup. Terdapat juga rawatan pemberian sumsum tulang kepada pesakit. Sumsum tulang yang baharu akan dapat menghasilkan sel darah merah yang normal
  • Vitamin deficiency anemia: Rawatan adalah dengan memberikan vitamin yang berkaitan dengan penghasilan sel darah merah seperti asid folik dan Vitamin B-12.
  • Anemia disebabkan penyakit kronik: Rawatan untuk masalah ini bergantung kepada penyakit yang pesakit ada.
  • Aplastic anemia: Pesakit memerlukan transfusi darah untuk mengekalkan bilangan sel darah di dalam badan. Pesakit juga memerlukan transplan sumsum tulang supaya sel darah dapat dihasilkan dari badan pesakit.

Rujukan:

  1. Your guide to anaemia. National Heart, Lung, and Blood Institute. https://www.nhlbi.nih.gov/files/docs/public/blood/anemia-yg.pdf.
  2. Marx JA, et al., eds. Anaemia, polycythemia and white blood cell disorders. In: Rosen’s Emergency Medicine: Concepts and Clinical Practice. 8th ed. Philadelphia, Pa.: Saunders Elsevier; 2014. http://www.clinicalkey.com.
  3. Schrier SL. Approach to the adult patient with anaemia. http://www.uptodate.com/home.
  4. Anaemia. National Heart, Lung, and Blood Institute. http://www.nhlbi.nih.gov/health/health-topics/topics/anemia/.
  5. Benz EJ. Treatment of beta thalassemia. http://www.uptodate.com/home
Categories: Perubatan

Dr Latif Saad

Dr Latif Saad

Seorang Pegawai Perubatan. Pengasas kepada page Root of Science dan e-Diagnosa