Asid folik adalah salah satu vitamin penting untuk mengelakkan masalah tulang belakang yang disebabkan tiub neural yang tidak tertutup dengan sempurna. Masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak adalah Spina Bifida dimana sel saraf terkeluar daripada bahagian tulang belakang membentuk satu ketulan yang besar berdekatan dengan kawasan punggung.

Folate dan asid folik merupakan sejenis Vitamin B dan seperti yang mana kita tahu vitamin B adalah vitamin larut air. Sejak dari 1998, asid folik telah ditambah dalam makanan seperti bijirin, tepung, roti, biskut dan bahan-bahan yang terlibat dalam penghasilan kek.

Makanan yang mempunyai unsur folate secara semula jadi adalah seperti sayuran (bayam, broccolli, salad, tomato), buah-buahan (pisang, tembikai dan limau), Kacang, yis dan cendawan.

Asid folik juga digunakan untuk mengelakkan dan merawat merka yang mengalami kekurangan sel darah merah (anemia disebabkan kurang mengambil asid folik) ataupun masalah usus yang tidak boleh menyerap nutrien dengan dengan betul.

Kegunaan dan fungsi asid folik

1. Ibu mengandung

Pengambilan asid folik dan folate sebelum dan sewaktu mengandung dapat mengurangkan risiko kandungan untuk mengalami masalah tiub neural seperti spina bifida.

2. Anemia (kurang sel darah)

Terdapat pelbagai punca anemia dan salah satunya adalah disebabkan kekurangan asid folik dalam badan. Jika pesakit didapati anemia kerana kurang asid folik, maka pesakit perlu mengambil suplemen ini.

3. Pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang

Sebanyak 85% pesakit yang mengalami masalah buah pinggang akan mempunyai kandungan homocysteine yang tinggi dalam darah. Kandungan homocysteine tinggi telah terbukti boleh menyebabkan serangan sakit jantung dan juga angin ahmar. Pengambilan asid folik terbukti mengurangkan tahap homocysteine dalam darah tetapi belum lagi terbukti mengurangkan masalah serangan sakit jantung pada individu yang terlibat.

4. Mengurangkan kesan sampingan methotrexate (Ubat kemoterapi)

Pengambilan suplemen ini boleh mengurangkan rasa loya dan muntah-muntah disebabkan kesan sampingan rawatan methotraxate.

Kesan sampingan

Jika seseorang individu mengambil suplemen ini dengan dos yang betul, selalunya pesakit tidak mempunyai apa-apa kesan sampingan.

Jika dose yang diambil terlalu tinggi buat satu masa ia boleh menyebabkan:

  • Sakit perut
  • Cirit-birit
  • Ruam badan
  • Cepat marah
  • Konfius
  • Loya
  • Sawan

Terdapat juga kajian yang menyatakan pengambilan dos yang tinggi pada mereka yang mengalami masalah jantung akan meningkatkan risiko untuk serangan sakit jantung. Kajian lain pula menyatakan ia mungkin akan meningkatkan risiko untuk terkena kanser paru-paru dan prostat jika diambil secara berlebihan. Oleh itu, bersederhanalah.

Dos asid folik

Dos yang boleh diambil untuk mereka yang mengandung adalah sekurang-kurangnya 400mcg hingga 1000mcg. Bagi mereka yang mempunyai sejarah spina bifida pada anaknya sebelum ini, dos ini digandakan hingga 4mg yang perlu diambil beberapa bulan sebelum melakukan hubungan dengan suami dan 3 bulan selepas mengandung.

Rujukan:

  1. Aghamohammadi, V., Gargari, B. P., and Aliasgharzadeh, A. Effect of folic acid supplementation on homocysteine, serum total antioxidant capacity, and malondialdehyde in patients with type 2 diabetes mellitus. J.Am.Coll.Nutr. 2011;30(3):210-215.
  2. Albert, C. M., Cook, N. R., Gaziano, J. M., Zaharris, E., MacFadyen, J., Danielson, E., Buring, J. E., and Manson, J. E. Effect of folic acid and B vitamins on risk of cardiovascular events and total mortality among women at high risk for cardiovascular disease: a randomized trial. JAMA 5-7-2008;299(17):2027-2036.
  3. Alfthan, G., Pekkanen, J., Jauhiainen, M., Pitkaniemi, J., Karvonen, M., Tuomilehto, J., Salonen, J. T., and Ehnholm, C. Relation of serum homocysteine and lipoprotein(a) concentrations to atherosclerotic disease in a prospective Finnish population based study. Atherosclerosis 1994;106(1):9-19.
  4. Allen, L. H. and Peerson, J. M. Impact of multiple micronutrient versus iron-folic acid supplements on maternal anemia and micronutrient status in pregnancy. Food Nutr Bull. 2009;30(4 Suppl):S527-S532.
  5. Allen, L. H., Peerson, J. M., and Olney, D. K. Provision of multiple rather than two or fewer micronutrients more effectively improves growth and other outcomes in micronutrient-deficient children and adults. J Nutr 2009;139(5):1022-1030.
  6. WebMD. https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-1017/folic-acid
Categories: Jenis Ubat

Seorang Pegawai Perubatan. Pengasas kepada page Root of Science dan e-Diagnosa