Batuk kokol dalam istilah perubatan dikenali sebagai Pertussis. Ia berlaku disebabkan jangkitan kuman di saluran pernafasan yang menyebabkan batuk yang kerap dan berpanjangan.

Penyebab kepada penyakit ini adalah kuman Bordotella pertussis. Batuk kokol menjadi salah satu penyakit yang boleh menyebabkan kematian pada kanak-kanak yang berusia kurang 2 tahun.

Sebelum era penggunaan vaksin, batuk kokol menjadi salah satu punca utama kematian kanak-kanak kecil. Setelah penggunaan vaksin, kes yang dilaporkan berkurangan dengan banyaknya dan kematian kanak-kanak dapat dikurangkan.

Punca Batuk Kokol

Manusia adalah satu-satunya pembawa bakteria Bordotella pertussis yang menyebabkan batuk kokol. Selain daripada itu, spesies yang lain seperti Bordotella parapertussis juga boleh menyebabkan simptom seperti batuk kokol tetapi kurang bahaya berbanding bakteria B pertussis.

Bakteria ini menjangkiti kanak-kanak melalui titisan air yang terhasil daripada individu yang dijangkiti. Kemudian ia akan memasuki sel yang menyelaputi salur penafasan daripada bahagian hidung dan tekak sehinggalah ke bahagian bronchi dan bronchioles di paru-paru.

Batuk kokol adalah sangat mudah merebak dan akan menjangkiti 80-90% individu yang terdedah dengannya.

Prognosis (Kesudahan kepada penyakit ini?)

Selalunya bayi yang berumur kurang 6 bulan akan mempunyai risiko kematian yang lebih tinggi berbanding dengan bayi yang lebih daripada umur tersebut.

Kanak-kanak yang lahir tidak cukup umur, mempunyai masalah jantung, paru-paru ataupun masalah saraf akan mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menghadapi komplikasi daripada jangkitan pertussis.

Simptom dan tanda tanda batuk kokol (pertussis)

Batuk kokol selalunya berlaku dalam waktu 6 minggu dan dibahagi kepada 3 fasa iaitu fasa

Fasa 1: Fasa ‘Catarrhal’

Ia adalah fasa keradangan dibahagian saluran hidung dan tekak. Pesakit akan mengalami

  • Hidung tersumbat
  • Selesema
  • Selalu bersin
  • keluar air mata
  • Dan rasa demam yang tidak terlalu tinggi

Fasa 2: Fasa ‘Paroxysmal’

Ketika inilah pesakit akan mengalami batuk yang teruk. Batuk tersebut boleh berpanjangan selama beberapa minit dan diikuti dengan satu tarikan nafas yang menghasilkan bunyi yang kuat.

Pesakit juga akan mengalami

  • Muntah-muntah ketika batuk
  • Muka menjadi merah ataupun biru ketika batuk

Fasa 3: Fasa untuk sembuh

Pesakit akan mengalami batuk yang tidak terlalu teruk tetapi berpanjang. Mungkin ia mengambil masa berminggu-minggu lamanya

Komplikasi

Beberapa komplikasi yang mungkin dihadapi oleh pesakit batuk kokol adalah:

Diagnosa-diagnosa lain

Terdapat beberapa diagnosa lain yang mungkin mempunyai simptom yang sama seperti Batuk kokol. Ianya adalah:

Penyiasatan

Untuk mengesahkan sama ada pesakit mempunyai jangkitan ini ataupun tidak, sampel daripada saluran penafasan perlulah diambil. Selalunya, sapuan dari kawasan tekak akan diambil untuk pemeriksaan.

Kemudian sampel bakteria daripada sampel tersebut akan cuba dibiakkan dalam piring petri. Jika bakteria B pertussis dijumpai, pesakit akan dikatakan mengalami penyakit batuk kokol. Proses ini mengambil masa beberapa hari untuk membiakkan bakteria tersebut.

Tetapi doktor yang merawat selalunya akan memulakan rawatan terus jika simptom dan tanda-tanda sama seperti batuk kokol. Mereka tidak akan menunggu keputusan dahulu.

Rawatan batuk kokol

Penyakit ini boleh dielakkan dengan mengambil suntikan vaksin seperti yang dijadualkan dalam jadual imunisasi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Jika seseorang bayi itu terkena sekalipun, ia tidak akan menjadi terlampau teruk seperti mana pesakit yang tidak divaksin.

Bagi mereka yang sedang mengalami batuk kokol, rawatan sokongan adalah rawatan utama yang akan diberikan kepada pesakit dengan masalah ini. Ia berfungsi untuk:

  • Memerhatikan keterukan batuk
  • Memberikan bantuan jika perlu
  • Memaksimumkan nutrisi pesakit untuk memberi kerehatan dan penyembuhan kepada pesakit

Rawatan sokongan

Jika pesakit mengalami kekurangan oksigen disebabkan batuk yang teruk, pesakit mungkin akan ditidurkan dan tiub pernafasan akan dimasukkan ke dalam paru-paru untuk membantu pernafasan.

Jika tidak terlalu teruk, tiub oksigen yang diletakkan pada kawasan hidung sudah memadai untuk membantu pesakit.

Terkadang juga pesakit susah untuk mahu menelan disebabkan batuk yang teruk. Pesakit boleh dibantu dengan memasukkan tiub terus ke dalam perut bagi tujuan memberi susu kepada pesakit.

Dengan rawatan sokongan ini, pesakit dapat menjalani fasa ‘catarrhal’ dan baik dengan izinNya

Rawatan Antibiotik

Pesakit juga akan diberi antibiotik. Walaubagaimanapun, ia tidak akan mengurangkan keterukan batuk kokol itu sendiri terutamanya ketika pada fasa ‘catarrhal’. Tetapi penggunaan antibitiotik ini akan mempercepatkan penghapusan bakteria B pertussis dan mengelakkan daripada merebak ke orang lain.

Antibiotik yang selalu digunakan adalah eryhtromycin dan juga azythromycin.

Rujukan:

  1. Robinson CL, Romero JR, Kempe A, Pellegrini C, Advisory Committee on Immunization Practices (ACIP) Child/Adolescent Immunization Work Group. Advisory Committee on Immunization Practices Recommended Immunization Schedule for Children and Adolescents Aged 18 Years or Younger – United States, 2017. MMWR Morb Mortal Wkly Rep. 2017 Feb 10. 66 (5):134-135
  2. Walsh PF, Kimmel L, Feola M, Tran T, Lim C, De Salvia L, et al. Prevalence of Bordetella pertussis and Bordetella parapertussis in infants presenting to the emergency department with bronchiolitis. J Emerg Med. 2011 Mar. 40(3):256-61
  3. Cherry JD, Heininger U. Pertussis and other Bordetella Infections. In: Feigin RD, Demmler GJ, Cherry JD, Kaplan SL. Textbook of Pediatric Infectious Diseases. Vol 1. 5th ed. Philadelphia, PA: WB Saunders Co.; 2004:1588-1608
  4. Bettiol S, Thompson MJ, Roberts NW, Perera R, Heneghan CJ, Harnden A. Symptomatic treatment of the cough in whooping cough. Cochrane Database Syst Rev. 2010 Jan 20. CD003257.
  5. Sumber featured image: blogs.cdc.gov
Categories: Kanak-kanak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *