Kembung perut selalu menjadi masalah kepada ibubapa terutamanya bagi mereka yang baru sahaja menimang cahaya mata. Disini saya kongiskan eberapa tips untuk ibubapa amalkan bagi mengelakkan ataupun mengatasi kembung perut

Cara mengatasi kembung perut pada bayi

Susu badan ataupun susu formula?

Sudah tentu susu badan adalah lebih baik daripada susu formula. Ini kerana ia mempunyai protein yang sesuai dengan sistem pencernaan bayi. Jika susu formula, ia mungkin mempunyai protein yang tidak sesuai menyebabkan alahan kepada bayi. Malah bayi mungkin mengalami cirit-birit jika dia mempunyai masalah ‘lactose intolerence’.

Bantu bayi supaya dia kurang menelan angin. Jika menyusu botol, pastikan teknik dan saiz puting sesuai untuk bayi. Teruskan penyusuan bagi bayi yang menyusu badan. Pastikan bayi disendawakan selepas penyusuan untuk mengeluarkan angin. Ini dapat mengatasi kembung perut pada bayi

Selesakan bayi dengan bunyi dan pergerakan

1) Berjalan-jalan ataupun gunakan buaian

Pergerakkan dapatkan menenangkan bayi. Berjalan-jalanlah dengan bayi samada dengan memegangnya ataupun dengan menggunakan’baby carrier’
Membuai bayi dalam buaian ataupun ‘stroller’ boleh membuatkan bayi berhenti menangis
Jika kedua-dua cara ini tidak berkesan, mungkin anda boleh cuba letak bayi anda dalam ‘car seat’ kereta dan berjalan-jalan dengannya.

2) Gunakan bunyi

Di dalam rahim bukanlah suatu tempat yang senyap. Ini kerana ia boleh mendengar banyak bunyi seperti bunyi percakapan kita, bunyi denyutan jantung ibu dan sebagainya. Bayi sudah biasa mendengar suara latar yang sangat banyak.

Oleh itu, kita juga boleh menghidupkan suara ini untuk memberi keselesaan kepada bayi. Beberapa alat boleh digunakan untuk menghidupkan bunyi tersebut sepert:

  • Kipas
  • Vakum
  • Pengering pakaian

Ibubapa dinasihatkan untuk tidak meletakkan bayi mereka terlalu dekat dengan peralatan ini kerana ia boleh mencederakan bayi. Malah bunyi yang terlalu kuat juga akan menyebabkan bayi lagi kuat menangis. Ia tidak mengatasi kembung perut pada bayi atau anak

3) Menenangkan deria bayi

Ketika waktu kecil deria bayi sangat sensitif dengan sesuatu keadaan seperti bunyi dan suhu yang berbeza. Sebab itu selalu kita lihat bayi terkejut apabila mendengar sesuatu yang kuat sedangkan bagi kita bunyi itu adalah sesuatu yang normal.

Maka, deria inilah yang kita perlu dirangsang supaya bayi merasa selesa dan tidak menangis.

Beberapa perkara yang boleh dibuat adalah:

  • Bedung bayi supaya ia merasa selesa
  • Letak diriba anda dan dengan lembut urut bahagian belakangnya
  • Letak botol yang suam pada perutnya. Pastikan ibubapa merasa botol tersebut sebelum meletakkan pada perut bayi. Cukup untuk diletakkan atas baju bayi
  • Mandikan dia dalam air suam.

Jika bayi berterusan menangis tanpa apa-apa sebab dan ibubapa pun risau akan perkara tersebut, adalah lebih baik untuk membawa bayi tersebut ke klinik ataupun hospital untuk diperiksa dan bagi ibubapa mendapat nasihat daripada doktor.

Untuk pembacaan lengkap, boleh rujuk link ini

Sumber featured image: thebump.com

Categories: Kanak-kanak

Dr Latif Saad

Dr Latif Saad

Seorang Pegawai Perubatan. Pengasas kepada page Root of Science dan e-Diagnosa