Demam Malaria adalah penyakit yang disebabkan parasite bernama Plasmodium. Ia sebarkan melalui gigitan nyamuk tiruk iaitu Nyamuk Anopheles. Pesakit yang mengalami malaria mempunyai boleh mempunya tanda-tanda seperti demam biasa.

5 jenis Plasmodium yang boleh menyebabkan  demam malaria kepada manusia adalah Plasmodium falciparum, Plasmodium vivax, Plasmodium ovale, Plasmodium malariae dan Plasmodium knowlesi. Jenis plasmodium yang berbahaya dan boleh membawa kematian jika tidak dirawat awal adalah Plasmodium falciparum

Kitaran plasmodium

Ketika seekor nyamuk Anopheles yang mengandungi Plasmodium menghisap darah manusia, Plasmodium pada fasa sporozoites akan masuk ke dalam darah dan pergi ke bahagian hati. Plasmodium pada ketika itu akan masuk ke dalam sel hati (hepatocytes) dan membiak dalam sel tersebut.

Selepas beberapa minggu, sel tersebut akan pecah melepaskan plasmodium pada fasa merozoite. Merozoite terus akan masuk ke dalam sel darah merah dan bertukar kepada fasa trophozoites. Kemudian, ia akan membiak lagi dalam sel darah tersebut dan semula melepaskan merozoite yang akan menjangkiti sel darah merah yang lain.

Ketika, fasa sel darah merah tersebut pecah, pesakit akan mengalami demam yang tinggi kadang-kadang sehingga menggigil. Oleh sebab itu, pesakit malaria akan mengalami demam yang turun naik iaitu ketika sel darah merah pecah, pesakit akan mengalami demam

Punca Demam Malaria

Pesakit yang mengalami demam malaria selalunya mesti dapat daripada kawasan yang mempunyai kes malaria. Ini kerana organisma tersebut selalunya berada di satu-satu kawasan yang juga mempunyai nyamuk anopheles.

Nyamuk anopheles tersebut akan menggigit pesakit yang mengalami demam malaria dan menyebarkannya dengan menggigit orang lain.

Nyamuk Anopheles ini selalunya lebih banyak tinggal di kawasan kampung dan pedalaman berbanding dengan bandar. Bagi kawasan bandar pula, kebanyakkan nyamuk adalah jenis Aedes. Sebab itu, kebanyakkan kes denggi selalunya mesti mereka yang tinggal di bandar dan kes malaria pula selalunya berlaku di kawasan kampung.

P. falciparum

Adalah organisma yang paling kuat di antara spesies plasmodium yang lain. P falciparum mampu menjangkiti semua jenis sel darah merah. Berlainan pula dengan P vivax dan P ovale yang hanya boleh menjangkiti sel darah merah yang masih baru lagi.

Hemoglobinuria adalah keadaan dimana air kencing pesakit akan menjadi gelap kehitaman disebabkan sel darah merah yang pecah. Perkara ini juga menunjukkan yang buah pinggang pesakit mungkin akan mengalami kegagalan untuk berfungsi

Salah satu ciri spesifik P falciparum adalah kebolehannya merubah dinding sel darah merah. Perubahan ini akan menyebabkan ia mudah melekat antara satu sama lain dan juga pada dinding salur darah. Perkara ini akan menyebabkan sel darah bergumpal dan akan menyumbat kawasan salur darah kapilari. Ia akan menyebabkan kekurangan oksigen pada bahagian salur darah selepas daripada kawasan yang tersumbat.

Komplikasi daripada perkara ini, ia akan menyebabkan kegagalan organ yang terlibat untuk berfungsi seperti paru-paru, buah pinggang dan juga otak. Ia akan berakhir dengan kematian jika tidak dirawat

Simptom dan Tanda Demam Malaria

Pesakit dengan malaria selalunya akan mempunyai tanda-tanda selepas beberapa minggu digigit nyamuk. Simptom dan tanda yang selalun dihadapi oleh pesakit malaria adalah:

  • Demam
  • Menggigil
  • Sakit-sakit badan
  • Rasa letih
  • Sakit otot dan sendi

Demam pesakit demam malaria selalunya berlaku secara datang dan pergi mengikut kitaran. Selalunya demam tersebut datang setiap 48 jam ataupun 72 jam bergantung kepada spesies plasmodium.

Pesakit juga mungkin akan ada simptom ini seperti:

  • Rasa loya dan nak muntah
  • Tiada selera makan
  • Cirit birit
  • Mata menjadi kekuningan
  • Pucat
  • Air kencing jadi gelap

Komplikasi

Kebanyakkan komplikasi demam malaria berlaku disebabkan jangkitan P falciparum. Ia boleh menyebabkan:

  • Cerebral malaria: Iaitu jangkitan malaria pada bahagian otak. Majoriti pesakit yang mengalami komplikasi ini akan berakhir dengan kematian
  • Sawan: Ia boleh disebabkan cerebral malaria ataupun kekurangan gula dalam darah (hypoglycemia)
  • Kegagalan buah pinggang akut
  • Hemoglobinuria: Air kencing menjadi hitam kerana berlakunya pemecahan sel darah merah yang banyak. Hemoglobin daripada sel darah merah akan memasuki air kencing dan menyebabkan air kencing menjadi gelap kehitaman
  • Pucat dan mata menjadi kuning: Ini disebabkan sel darah merah pecah dan pesakit akan mengalami masalah anemia (kurang sel darah merah)

Diagnosa-diagnosa lain

Terdapat diagnosa-diagnosa lain yang akan mempunyai simptom yang sama seperti:

Penyiasatan

Sampel yang diambil untuk mengesan masalah demam malaria adalah sampel darah kerana organisma tersebut akan tinggal di dalam sel darah merah.

‘Thick smear’

Prosedur ini adalah prosedur yang selalu dibuat untuk mengesan demam malaria iaitu darah pesakit akan disapu atas slaid kaca dan sapuan tersebut mestilah menghasilan lapisan darah yang tebal. Sebab itu prosedur ini namanya ‘thick smear‘ iaitu sapuan yang tebal

Kemudian slaid kaca tersebut akan dilihat dibawah mikroskop untuk mengesan kehadiran organisma falciparum.

Rawatan Demam Malaria

Pesakit yang lambat dirawat dengan ubat malaria boleh berakhir dengan komplikasi yang teruk dan juga kematian.

Pesakit akan dirawat dengan ubat anti-malaria yang berfungsi untuk membunuh malaria di dalam badan pesakit tersebut.

Terdapat pelbagai ubat anti-malaria. Tetapi setiap jenis ada penggunaannya yang tersendiri dan untuk digunakan bagi jenis falciparum yang spesfik. Oleh disebabkan itu, rawatan malaria perlu dilakukan sama ada di klinik ataupun hospital yang mempunyai ubat tersebut.

Beberapa contoh jenis ubat anti-malaria adalah:

  • Primaquine
  • Mefloquine
  • Artesunate
  • Doxycycline

***Pesakit yang mengalami kekurangan enzim G6PD perlulah memberitahu doktor yang merawat kerana ada beberapa jenis ubat anti-malaria yang akan menyebabkan sel darah merah pecah(hemolysis) bagi mereka yang mengalami kekurangan enzim G6PD.

Pesakit juga perlu meneruskan temujanji dengan pihak doktor sehinggalah doktor mengesahkan yang dia telah bebas daripada malaria. Ini kerana temu janji dibuat untuk memeriksa darah pesakit sama ada benar-benar bebas daripada malaria ataupun tidak dan pesakit perlu mengambil ubat mengikut ketetapan yang diberikan.

Jika pesakit tidak mengambil ubat dengan betul, demam malaria tersebut boleh datang semula dan ia mungkin tidak boleh diubati dengan ubat yang sebelum ini kerana kuman malaria tersebut telah imun dengan ubat itu. Bahkan anda juga boleh menjadi punca kepada merebaknya penyakit ini ke dalam komuniti.

Rujukan:

  1. Management Guidelines of Malaria in Malaysia 2013, Ministry of Health Malaysia
  2. Marchand RP, Culleton R, Maeno Y, Quang NT, Nakazawa S. Co-infections of Plasmodium knowlesi, P. falciparum, and P. vivax among Humans and Anopheles dirus Mosquitoes, Southern Vietnam. Emerg Infect Dis. 2011 Jul. 17(7):1232-9.
  3. Bailey JW, Williams J, Bain BJ, Parker-Williams J, Chiodini P. General Haematology Task Force. Guideline for laboratory diagnosis of malaria. London (UK): British Committee for Standards in Haematology. 2007;19.
  4. Richards JS, Stanisic DI, Fowkes FJ, et al. Association between naturally acquired antibodies to erythrocyte-binding antigens of Plasmodium falciparum and protection from malaria and high-density parasitemia. Clin Infect Dis. 2010 Oct 15. 51(8):e50-60
  5. Centers for Disease Control and Prevention. Malaria Diagnosis and Treatment in the United States. Available at http://www.cdc.gov/malaria/diagnosis_treatment/index.html.
  6. Gambar featured image : medicalnewstoday.com
Categories: Perubatan

Seorang Pegawai Perubatan. Pengasas kepada page Root of Science dan e-Diagnosa