Hidung tersumbat merupakan salah satu keadaan yang selalu dialami dalam masyarakat. Semua peringkat umur akan menghadapi masalah ini terutamanya mereka yang masih kecil.

Ia merupakan salah satu simptom yang berlaku disebabkan masalah lain seperti jangkitan virus.

Hidung tersumbat selalunya akan diikuti dengan simptom yang lain seperti:

  • Selalu bersin
  • Hidung gatal
  • Hidung berair atau pun berhingus

Rawatan dirumah selalunya sudah memadai untuk merawat masalah ini kerana selalunya ia disebabkan jangkitan virus yang akan baik dengan sendirinya.

Akan tetapi jika masalah ini berterusan dan kerap berlaku, anda perlulah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan yang lanjut

Punca dan sebab hidung tersumbat

Hidung menjadi tersumbat apabila berlaku penghasilan hingus yang banyak dan kawasan dalam hidung meradang. Perkara tersebut menyebabkan laluan udara menjadi sempit ditambah lagi dengan hingus yang banyak, ia akan menyebabkan hidung tersumbat

Perlu diketahui majoriti yang menyebabkan hidung tersumbat ini adalah disebabkan jangkitan kuman. Ia akan baik dengan sendirinya setelah beberapa hari.

Akan tetapi, terdapat juga punca lain yang menyebabkan perkara ini berlaku. Ia adalah:

Rawatan untuk melegakan hidung tersumbat

Selalunya pesakit tidak akan mendapatkan rawatan ataupun ubat untuk meredakan hidup tersumbat kerana selalunya ia boleh baik dengan sendirinya.

Tetapi kami ada berikan beberapa tips untuk menangani masalah tersebut.

1) Rawatan di rumah

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk melegakan hidung yang tersumbat di rumah. Ia adalah:

  • Gunakan mesin pelembab udara (humidifier): Ia bertujuan untuk mencairkan hingus yang ada supaya ia boleh turun masuk ke dalam tekak. Jika anda mempunyai asma, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum menggunakan mesin ini
  • Tinggikan kepala sedikit bila baring supaya hingus tersebut boleh turun mengikut graviti
  • Titisan air garam yang didapat di farmasi boleh digunakan untuk mencairkan hingus pada lubang hidung yang tersumbat
  • Anda juga boleh menggunakan alat untuk menyedut hidung anak-anak yang sedang tersumbat

2) Ubat selesema

Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh digunakan untuk melegakan hidung tersumbat. Berapa jenis ubat itu adalah:

  • Ubat anti-histamine yang berfungsi untuk mengurangkan alahan jika seseorang itu mengambilnya.
  • Semburan steroid: Jika seseorang itu mengalami resdung yang teruk, doktor mungkin akan mengesyorkan penggunaan semburan steroid ini.
  • Antibiotik: Jika pesakit disyaki mengalami jangkitan sinus, maka penggunaan antibiotik diperbolehkan

Bila perlu berjumpa dengan doktor?

Selalunya pesakit tidak berjumpa dengan doktor untuk masalah ini kerana ia boleh baik dengan sendiri. Tetapi jika anda mempunyai beberapa keadaan ini, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor. Ia adalah:

  • Hidung tersumbat selama lebih daripada 10 hari
  • Hidung tersumbat berserta demam dinggi yang tinggi
  • Hidung mengeluarkan nanah berserta kawasan muka yang sakit
  • Sesak nafas

Rujukan:

  1. Mayo Clinic Staff. (2016, February 26). Nasal congestion. mayoclinic.com/health/nasal-congestion/MY00178/
  2. Rudmik, L., & Brunworth, J. (2015, February 17). Snoring and nasal congestion. care.american-rhinologic.org/snoring_nasal_congestion

Dr Latif Saad

Seorang Pegawai Perubatan. Pengasas kepada page Root of Science dan e-Diagnosa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *