Kanak-kanak terutamanya selalu mengalami jangkitan paru-paru. Ia berpunca daripada jangkitan bakteria mahupun virus. Perkara ini selalunya menyebabkan kanak-kanak mahupun orang dewasa dimasukkan ke dalam wad. Malah ia boleh membawa kepada kematian jika tidak dirawat dengan betul

1. Istilah Perubatan

Pneumonia: Jangkitan kuman pada paru-paru yang menyebabkan keradangan pada struktur alveoli
Prognosis: Bermaksud kesudahan kepada pesakit

2. Pengenalan

Jangkitan paru-paru ataupun yang dikenali sebagai pneumonia merupakan jangkitan yang selalu berlaku di dalam komuniti. Ia menjadi punca masalah kesihatan dan kematian di seluruh dunia

Dalam masalah ini, ia melibatkan keradangan pada kawasan paru-paru terutamanya struktur alveoli iaitu kantung yang mengandungi udara di dalam paru-paru. Ketika mana, keradangan berlaku pada alveoli, ruang udara tersebut akan dipenuhi dengan cecair yang terhasil daripada keradangan. Ini akan menyebabkan pertukaran oksigen ke dalam darah tidak berlaku secara efisien.

Apabila pesakit kekurangan oksigen, ia akan menimbulkan simptom yang lain iaitu sesak nafas. Ini kerana badan akan cuba mendapatkan oksigen yang lebih dengan cara bernafas dengan lebih laju.

3. Punca Jangkitan paru-paru

Untuk tajuk ini, kita akan membincangkan punca jangkitan paru-paru di dalam komuniti(Community Acquired Pneumonia) sahaja. Jangkitan paru-paru yang berlaku di hospital(Hospital-acquired pneumina) akan dibincangkan pada topik yang lain kerana puncanya adalah berlainan, begitu juga dengan cara rawatannya.

Penyebab kepada jangkitan paru-paru di dalam komuniti(Community Acquired Pneumonia) boleh dibahagikan kepada dua iaitu jangkitan kuman yang tipikal dan tidak tipikal

Jangkitan paru-paru yang tipikal

Jangkitan paru-paru yang tipikal bermaksud kuman yang menyebabkan jangkitan kuman tersebut adalah kuman yang selalu dijumpai dan ia menyebabkan simptom yang selalu dilihat pada pesakit yang mengalami jangkitan paru-paru

Bakteria yang menjadi punca kepada jangkitan paru-paru ini adalah:

  • Streptococcus pneumoniae
  • Heamophilus Influenza
  • Moraxella catarrhalis

Kebanyakkan kajian menunjukkan pesakit yang mempunyai jangkitan kuman pada paru-paru adalah disebabkan jangkitan S pneumoniae. Penggunaan vaksin pneumococcal telah mengurangkan peratusan jangkitan paru-paru yang disebabkan bakteria tersebut

Sebelum ini, bakteria Staphylococcus areus dikatakan menjadi penyebab utama jangkitan paru-paru. Setelah kajian dibuat, jangkitan paru-paru disebabkan S areus tidaklah selalu berlaku pada manusia. Tetapi jika ia menjangkiti paru-paru, selalunya keadaan pesakit adalah lebih teruk berbanding jenis bakteria tipikal yang lain

Jangkitan paru-paru yang tidak tipikal

Jangkitan paru-paru jenis ini tidaklah selalu berlaku dan ia selalunya mempunyai simptom yang lain daripada kuman yang tipikal. Sebagai contoh ia hanya menyebabkan batuk yang berpanjangan sahaja tanpa menyebabkan demam ataupun sesak nafas yang teruk, ada yang terus menjadi teruk tanpa sebarang simptom batuk dan pelbagai lagi simptom yang lain.

Bakteria yang selalu menyebabkan jangkitan paru-paru jenis ini adalah:

  • Chlamydia psittaci
  • Mycoplasma pneumoniae
  • Chlamydia pneumoniae
  • Legionella spesies

Virus juga boleh menyebabkan jangkitan paru-paru jenis ini seperti

  • Rhinovirus
  • Virus Influenza
  • Adenovirus
  • Coxsackievirus
  • Coronavirus(MERS-CoV)

4. Simptom

Pesakit selalunya mempunyai beberapa jenis simptom. Ianya adalah:

  • Batuk yang teruk
  • Demam yang tinggi
  • Sesak nafas
  • Bernafas secara laju
  • Letih
  • Sakit dada ketika batuk mahupun tarik nafas

Alveoli merupakan salah satu struktur utama pada paru-paru. Ia merupakan kantung yang berisi udara dan berfungsi sebagai tempat pertukaran gas oksigen dengan darah. Ketika mana jangkitan paru-paru berlaku, struktur alveoli akan keradangan(inflammation). Ini akan menyebabkan cecair berkumpul di dalam ruang udara alveoli dan pertukaran gas terganggu.

Ketika mana gas oksigen semakin menurun darah di dalam darah, ia akan menyebabkan badan kita secara automatik mempercepatkan pernafasan bagi meningkatkan kandungan oksigen di dalam badan.

Sebab itu, pesakit yang mempunyai jangkitan paru-paru akan mengalami sesak nafas disebabkan kurangnya gas oksigen yang diserap daripada paru-paru.

5. Komplikasi

Beberapa komplikasi boleh dihadapi oleh mereka yang dijangkiti paru-paru iaitu:

Empyema: Iaitu nanah di dalam paru-paru.
Kavitasi: Pembentukan ruang kosong di dalam paru-paru disebabkan hancurkan struktur paru-paru dikawasan tersebut.

6. Prognosis(Kesudahan)

Mereka yang mengalami jangkitan paru-paru akan mengalami kesudahan yang teruk jika:

  • Sebelum ini mempunyai masalah paru-paru yang kronik
  • Masalah jantung
  • Limpa(spleen) yang telah dibuang: Selalunya limpa dibuang disebabkan masalah thalassemia
  • Terlalu tua ataupun bayi yang awal usia
  • Jangkitan paru-paru yang melibatkan satu lobar(satu bahagian paru-paru)
  • Lambat untuk memulakan rawatan antibiotik

7. Sejarah pesakit

Pesakit mungkin mempunyai sejarah berjumpa dengan mereka yang mempunyai simptom batuk, demam dan selesema. Ia menyebabkan pesakit juga terjangkit dengan kuman tersebut dan ia menjadi teruk dengan jangkitan kuman pada paru-paru

Pesakit juga mungkin mempunyai sejarah pergi ke tempat-tempat berisiko seperti timur tengah, baru balik haji ataupun baru balik umrah.

Mereka yang baru balik daripada kawasan berisiko dan mempunyai simptom batuk, demam dan sesak nafas mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk mengalami jangkitan Mers-CoV. Oleh sebab itu, jika pesakit baru sahaja balik daripada timur tengah dan mengalami simptom tersebut, mereka perlu cepat berjumpa dengan doktor. Jangan lupa untuk beritahu doktor yang anda baru sahaja baru balik daripada tempat berisiko tersebut.

8. Diagnosa-diagnosa lain

Terdapat beberapa diagnosa lain yang mempunyai simptom yang sama. Ianya adalah:

9. Penyiasatan

Terdapat beberapa cara penyiasatan yang digunakan untuk mengesahkan seseorang itu mempunyai jangkitan paru-paru berserta mengetahui punca bakteria yang menyebabkan penyakit tersebut.

Kultur dan sensitiviti pada kahak dan darah pesakit

Kedua-dua sampel iaitu kahak dan darah pesakit merupakan sampel yang boleh diambil untuk mengetahui punca bakteria yang menyebabkan jangkitan paru-paru tersebut terutamanya sampel kahak.

Selalunya sampel ini akan diambil dan diperam untuk melihat pertumbuhan bakteria daripada sampel tersebut. Jika ada, bakteria tersebut akan dibiakkan lagi. Dari situ, jenis bakteria akan dilihat dan sensitivitinya pada beberapa jenis antibiotik akan diketahui.

Jika jenis antibiotik yang berkesan untuk membunuh bakteria tersebut sudah diketahui, selalunya doktor akan tukar antibiotik supaya sama dengan jenis antibiotik yang digunakan untuk membunuh bakteria daripada ujian tersebut.

Ujian darah yang lain

Terdapat ujian darah yang lain untuk mengetahui pesakit mempunyai jangkitan kuman atupun tidak. Ianya adalah

Full blood count: Ujian ini akan melihat jumlah darah secara keseluruhan untuk sel darah merah, sel darah putih dan platlet. Pesakit yang mempunyai jangkitan paru-paru selalunya akan mempunyai jumlah sel darah putih yang tinggi

C-reactive protein: Pesakit yang mempunyai jangkitan kuman yang akut akan mempunyai bacaan c-reactive protein yang tinggi.

X-ray dada

Di dalam x-ray dada yang normal, selalunya paru-paru akan kelihatan gelap. Ini menunjukkan ia dipenuhi dengan udara. Tetapi bila berlakunya jangkitan kuman pada kawasan tersebut, ia akan menyebabkan warna dalam x-ray di bahagian paru-paru yang terlibat menjadi sedikit putih.

Ini menunjukkan kehadiran air yang terkumpul di dalam struktur alveoli disebabkan keradangan pada kawasan tersebut.

10. Rawatan Jangkitan Paru-paru

Rawatan yang selalunya diberikan kepada pesakit ada 2 perkara iaitu rawatan antibiotik dan juga rawatan sokongan

10. 1 Rawatan sokongan

Rawatan sokongan adalah rawatan yang diberikan kepada pesakit sementara menunggu pesakit baik daripada jangkitan kuman tersebut dengan bantuan antibiotik. Beberapa jenis rawatan sokongan adalah:

  • Pemberian oksigen: Pemberian oksigen adalah penting supaya kandungan oksigen dalam badan pesakit adalah normal dan akan menyebabkan pesakit menjadi selesa
  • Pemberian air melalui salur darah: Pesakit yang bernafas laju boleh menyebabkan air tersedak masuk ke dalam paru-paru ketika pesakit meminum air. Disebabkan perkara itu, ada beberapa pesakit yang dipuasakan untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku dan ia digantikan dengan air yang diberi melalui salur darah

10.2 Rawatan antibiotik

Bagi pesakit yang mempunyai jangkitan kuman pada paru-paru yang tidak teruk, pesakit boleh dirawat dirumah dan juga meneruskan pengambilan antibiotik.

Antibiotik yang selalunya diberikan kepada pesakit adalah ‘amoxycillin’ iaitu sejenis antibiotik dalam kumpulan beta-lactam. Bagi kanak-kanak yang tidak suka rasanya dan susah untuk mengambil antibiotik jenis itu, selalunya doktor akan menukarkan kepada antibiotik ‘augmentin’ iaitu gabungan amoxycillin dan juga asid klavulanik kerana rasanya yang manis

Jika pesakit masih lagi demam dan tidak baik lepas 3 hari, pesakit perlulah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan semula.

Pesakit yang dimasukkan ke dalam wad hospital adalah pesakit yang mempunyai indikasi sahaja seperti keadaan pesakit yang teruk, jauh daripada hospital, tiada kenderaan dan beberapa sebab yang lain.

Pesakit yang teruk selalunya akan diberikan antibiotik terus ke dalam salur darah. Jenis antibiotik pula bergantung kepada hospital. Lain hospital, lain penggunaan antibiotiknya bergantung kepada jenis bakteria yang selalu menyerang mereka yang berada di dalam kawasan tersebut.

Jika perkongsian ini bermanfaat, sila like page facebook kami iaitu TheDiagnosa

Rujukan:

  1. Musher DM, Thorner AR. Community-acquired pneumonia. N Engl J Med. 2014 Oct 23. 371 (17):1619-28
  2. Cunha BA. Swine Influenza (H1N1) Pneumonia: Clinical Considerations. Infect Dis Clin N Am. 2010. 24:203-228.
  3. Huijskens EG, Koopmans M, Palmen FM, van Erkel AJ, Mulder PG, Rossen JW. The value of signs and symptoms in differentiating between bacterial, viral and mixed aetiology in patients with community-acquired pneumonia. J Med Microbiol. 2014 Mar. 63 (Pt 3):441-52.
  4. Mandell LA, Wunderink RG, Anzueto A, Bartlett JG, Campbell GD, Dean NC, et al. Infectious Diseases Society of America/American Thoracic Society consensus guidelines on the management of community-acquired pneumonia in adults. Clin Infect Dis. 2007 Mar 1. 44 Suppl 2:S27-72.
  5. Postma DF, van Werkhoven CH, van Elden LJ, Thijsen SF, Hoepelman AI, Kluytmans JA, et al. Antibiotic treatment strategies for community-acquired pneumonia in adults. N Engl J Med. 2015 Apr 2. 372 (14):1312-23.
  6. Wunderink RG, Waterer GW. Clinical practice. Community-acquired pneumonia. N Engl J Med. 2014 Feb 6. 370 (6):543-51
  7. Blasi F, Tarsia P. Value of short-course antimicrobial therapy in community-acquired pneumonia. Int J Antimicrob Agents. 2005 Dec. 26 Suppl 3:S148-55.
  8. Dunbar LM, Khashab MM, Kahn JB, Zadeikis N, Xiang JX, Tennenberg AM. Efficacy of 750-mg, 5-day levofloxacin in the treatment of community-acquired pneumonia caused by atypical pathogens. Curr Med Res Opin. 2004 Apr. 20(4):555-63.
  9. Nakanishi M, Yoshida Y, Takeda N, Hirana H, Horita T, Shimizu K, et al. Significance of the progression of respiratory symptoms for predicting community-acquired pneumonia in general practice. Respirology. 2010 Aug. 15(6):969-74
  10. Sumber featured image: medicalxpress.com
Categories: Perubatan

Dr Latif Saad

Merupakan Seorang Doktor Perubatan. Pengasas kepada FB Page Root of Science dan juga e-Diagnosa. Follow juga wall personal saya di SINI

26 Comments

Abu Bakar Ibrahim · at

Terima kasih.
Hasil rujukan dan penulisan yang cukup baik dan amat mudah difahami.
Tahniah.

Syahira · at

Salam Dr, saya nak tahu, apa yg sebenarnya terjadi apabila kawan saya baru pulang dari hatyai, malam dia sampai terus kekejangan, berbuih mulut, dan sesak nafas dan meninggal. hasil bedah siasat mendapati paru2nya terkena jangkitan dan dipenuhi air. boleh doktor jelaskan kemungkinan yg mungkin berlaku sbb dia sblum ni sihat. tiada penyakit.

    Dr Latif Saad · at

    Wslm Puan. Saya tidak pasti dengan apa yang berlaku kerana info yang puan bagi adalah terhad. Ini kemungkinan yang mungkin berlaku:
    1) Pesakit mengalami jangkitan paru-paru menyebabkan oksigen kurang sampai ke bahagian otak. Disebabkan perkara tersebut ia menyebabkan pesakit mengalami sawan.
    2) Jangkitan paru-paru tersebut telah merebak ke bahagian otak dan menyebabkan sawan berlaku
    Ini adlaah kemungkinan sahaja. Mungkin perkara lain juga boleh berlaku kepada pesakit

Akim · at

Sy hari2 batuk xpi x teruk la . Dlm sehari tuh ada dlm 6-7 kali batuk . Rasa mcm sesak nafas pon ada sikit2 . Xpi sy pernah buat x ray dada sy nampak ok . Apa yang mungkin sy alami ini ya ?

    Dr Latif Saad · at

    Kemungkinannya banyak tuan. Batuk kering(Tuberkulosis), Gastroesophageal reflux disease, Kanser paru-paru, kanser tekak dan banyak lagi. Tetapi setiap penyakit ini ada simptom yang lain. Oleh itu, tuan, saya nasihatkan untuk tuan pergi berjumpa dengan doktor terlebih untuk mengetahui diagnosis tuan

Diyan · at

Assalamualaikum doktor, sy bru blik dri hospital sy demam dh 3 minggu.. minggu lepas di syaki demam virus dn hrini jangkitan kuman di paru2. Soaln sy doktor adakh pnyakit ni trut mmbwa kpd sakit bdn dn bdn mnggeletar.? Sy dberi 2 antibiotik

Mizz · at

Assalammualaikum.hai Dr. Saya nak tanya, mak saya dah berhari2 tak sihat. Demam dah okay, tapi dia rasa sangat penat sampai skrg. Bila pergi hospital, Dr cakap kena jangkitan kuman di paru2. Mak saya nak masuk wad tapi Dr cakap takperlu sebab tak kuat sangat, mak saya disuruh balik Dan dibekalkan dengan antibiotics. Beberapa tahun lepas, mak saya pernah batuk teruk sehingga berdarah. Skrg jadi semula.. Apa yang mak saya alami ini teruk ke Dr? ? Saya risau sebab saya berada di selatan, mak di timur

    Dr Latif Saad · at

    Waalaikumsalam Puan. Maaf jika jawapan saya tidak membantu sebab saya tidak memeriksa pesakit. Oleh itu, saya tidak boleh tahu keadaannya bagaimana. Tetapi jika pesakit mengalami:

    1. Sesak nafas yang teruk
    2. Tidak baik ataupun masih batuk berdarah selepas beberapa hari makan antibiotik
    3. Rasa letih sangat
    4. Tidak baik-baik selepas habis ubat
    5. Ataupun apa2 simptom yang membimbangkan,

    Nasihatkan ibu puan untuk pergi ke hospital semula. Kena cerita balik kenapa pergi bali ke hospital

Jovita · at

Salam.. Dr. Saya nk tny, anak saya 1y 5bulan, mengalmi batuk selsema sjak 1april baru ni.saya da bgi dia bromhexine, tp smpi skrg msh jg batuk.makah pgi tdi nurse minta agar ank saya dbgi gas sbp kahak bnyk.saya xfhm knp kahak ank saya msh bgt keras walaupn saya da bgi ubat pecah kahak.

sharawati · at

As Salam DR. saya ingin bertanyakan masalah yang dhadapi oleh suami saya. setiap malam suami akan batuk hingga ke pagi… batuk tue amat menyiksakan suami kerana ia akan penat dan sukar untuk tidur… perkara ini sudah berlarutan hampir 4 tahun… Berat badan suami semakin menurun, sebelum ini berat badan mencecah 90 kg… kini hampir 70 kg…

Kami kerap juga ke Klinik Kesihatan Putrajaya untuk mendapatkan rawatan… tapi hanya ubat batuk sahaja yang dibekalkan oleh doktor setiap kali pemeriksaan dibuat… untuk makluman DR. Ubat batuk yang dibekalkan pada suami tidak memberi apa2 kesan pada suami… Adakah suami saya ini menghadapi jangkitan paru2?.. Pohon pencerahan dari DR. dan tindakan apa yang perlu kami lakukan….

    Dr Latif Saad · at

    Wasalamualaikum Puan. Batuk pada waktu malam boleh disebabkan beberapa perkara. Ia boleh disebabkan asma atau ia boleh disebabkan satu penyakit dinamakan sebagai gastroesophageal reflux disease (GERD) dimana asid dalam perut tertolak naik ke atas sehingga ke bahagian tekak. Menyebabkan dia terbatuk. Selalunya berlaku pada waktu tidur sebab bila kita baring paras perut kita akan sama dengan paras tekak menyebabkan asid tu naik ke tekak ikut graviti.

    Tetapi ia boleh juga disebabkan perkara lain seperti batuk kering(penyakit tibi/tuberkulosis) dan juga kanser paru-paru.

    Apa yang puan perlu buat adalah pergi balik ke klinik kesihatan putrajaya. Pastu kena cerita:
    1. Batuk sudah lama: (berapa tahun, setiap bulan ke setiap hari batuk tersebut)
    2. Kurang berat badan: (berapa byk kurang, ambil masa berapa lama kurang berat badan tersebut berlaku, ada diet tak yang menyebabkan berat badan tersebut berkurangan)
    3. Kena ceritakan berapa kali dah pergi ke klinik kesihatan tapi tak baik2 jugak
    4. Jika doktor bagi antibiotik, lepas seminggu makan antibiotik tapi masih batuk juga, pergi semula ke klinik kesihatan yang sama. Jika di klinik kesihatan masih lagi tak tahu punca, minta doktor rujuk kepada Dr pakar di Hospital untuk pemeriksaan

NURIZAN · at

salam.. anak saya baru balik dari hospital akibat jankitan kuman paru2.. hospital bagi antibiotik untuk 5 hari.. antibiotik dimakan sampai habis ikut arahan yang diberikan, tapi dalam masa dekat rumah demam anak saya masih lagi tidak sembuh2.. dan anak saya jadi cirit birit masa makan antibiotik itu, adakan dari kesan antibiotik???

    Dr Latif Saad · at

    Wslm Puan. Ia boleh disebabkan antibiotik tersebut Puan. Tapi yang merisaukan saya adalah demam masih tidak kebah, saya nasihatkan utk Puan pergi ke hospital yg sama utk mendapatkan pemeriksaan semula dan juga rawatan. Yang paling penting ckp sy dah makan antibiotik berapa hari tetapi masih demam tak kebah2.

Fatimah · at

Salam. Saya kerap Kali mendapat selsema. Kadang seminggu baik then datang balik..rasanya dah lebih daripada 3kali..sebaik2nya apakah penyelesaian. Dalam masa Yang Sama, sy juga menjaga anak sy yg berumur 2bln baru kuar wad slps 12hari kerana jangkitan kuman pd paru2. Doktor juga pernah beritahu sample hingus yg diambil daripada ank mempunyai virus Yang kuat kerana itu antibiotik Yang kedua diberikan yg dimasukkan ke salur darah menggunakan mesin yg ADA picagari.

    Dr Latif Saad · at

    Wasalam Puan. Selesema yang selalu mungkin disebabkan puan mengalami resdung. dalam istilah perubatan ia dikenali sebagai Allergic Rhinitis. Puan boleh rujuk link ini untuk membaca berkenaan tentang resdung

    Selalunya pesakit resdung akan mengalami beberapa simptom seperti:
    1. Selalu bersin
    2. Selalu gatah hidung
    3. Hidung tersumbat
    4. Selesema

    Selalunya ia berlaku pada waktu pagi/malam atau sejuk.

    Jika terlalu kerap, puan boleh berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan berkenaan masalah tersebut. Walaupun demikian, perkara-perkara lain juga perlu dilihat untuk masalah selalu selesema tersebut

Mohd azrin abdul aziz · at

Salam.. Doc… Sy ada masalah sakit dada… Kadang kadang sakit.. Sakit beralih kiri dan kanan.. Rasa tk selesa didada… Rasa mual.. Nk muntah… Pening….

    Dr Latif Saad · at

    Wslm. Kena buat pemeriksaan tu Tuan. Sakit beralih kiri kanan ini tidak dapat dipastikan. Ia perlu diperiksa terlebih dahulu oleh doktor

Akhmal · at

Salam dokter..ayah bru saja d tahan pd wad sbb d syaki kuman pda paru2..tp dia x ada batuk2..cuma demam bila waktu senja dn skit d belakng bdn..ada ubat utk jangkitan kuman pada paru2 selain antibiotik..

Ikha · at

Salam Doktor,
Anak saya (2 thun)baru sahaja dimasukkan wad pada 18/4/2018 akibat pneumonia dan telah discharged pd 21/4/2018, pada 30/4 sy telah mengambil suntikan vaksin penumococcal untuk anak sy tetapi selepas seminggu dihantar kepada pengasuh, anak sy kembali mengalami demam yg tinggi pd waktu mlm dan mendapat jangkitan kuman pada paru-paru.
Boleh doktor jelaskan mengapa anak sy mendapat jangkitan dalam masa yang terdekat walaupn suntikan vaksin telah diambil..?

Suraya · at

Sy nk tye…klu paru2 di jgkiti kuman..mkn ade kne pantang x..mksud sy mcm seafood…atau yg lain2

    ediagnosa · at

    Takde pantang Cik. Boleh makan seperti biasa.

Musfirah · at

Salam dr. Jika paru2 dh keras, knapa tiada cure?? Klau disebabkan kuman, why can’t we treat them??? Dan mcm mna paru2 bole jadi keras???

Dr Latif Saad · at

Wslm Puan. Maaf sebenarnya saya tak pasti tentang istilah paru-paru keras itu bermaksud apa. Mungkin apa yang dimaksudkan adalah consolidation dimana sebahagian paru-paru dipenuhi dengan air disebabkan jangkitan kuman. Selalunya jika jangkitan kuman tersebut dah resolve, ia akan baik dengan sendirinya puan. Kecuali jika ia meninggalkan parut, ia masih akan dapat dilihat melalui x-ray

Van · at

Dr.. kalau Lung contusion pada bayi berapa lama aka sembuh & chances untuk sembuh tu berapa tinggi?

Batuk: Punca dan Jenis Ubat Batuk - TheDiagnosa · at

[…] Jangkitan paru-paru […]

Kanser Paru-Paru: Punca, Simptom dan Rawatan - TheDiagnosa · at

[…] Jangkitan kuman paru-paru […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *