Kanak-kanak terutamanya selalu mengalami jangkitan paru-paru. Ia berpunca daripada jangkitan bakteria mahupun virus. Perkara ini selalunya menyebabkan kanak-kanak mahupun orang dewasa dimasukkan ke dalam wad. Malah ia boleh membawa kepada kematian jika tidak dirawat dengan betul

Istilah Perubatan

Pneumonia: Jangkitan kuman pada paru-paru yang menyebabkan keradangan pada struktur alveoli
Prognosis: Bermaksud kesudahan kepada pesakit

Pengenalan

Jangkitan paru-paru ataupun yang dikenali sebagai pneumonia merupakan jangkitan yang selalu berlaku di dalam komuniti. Ia menjadi punca masalah kesihatan dan kematian di seluruh dunia

Dalam masalah ini, ia melibatkan keradangan pada kawasan paru-paru terutamanya struktur alveoli iaitu kantung yang mengandungi udara di dalam paru-paru. Ketika mana, keradangan berlaku pada alveoli, ruang udara tersebut akan dipenuhi dengan cecair yang terhasil daripada keradangan. Ini akan menyebabkan pertukaran oksigen ke dalam darah tidak berlaku secara efisien.

Apabila pesakit kekurangan oksigen, ia akan menimbulkan simptom yang lain iaitu sesak nafas. Ini kerana badan akan cuba mendapatkan oksigen yang lebih dengan cara bernafas dengan lebih laju.

Punca Jangkitan paru-paru

Untuk tajuk ini, kita akan membincangkan punca jangkitan paru-paru di dalam komuniti(Community Acquired Pneumonia) sahaja. Jangkitan paru-paru yang berlaku di hospital(Hospital-acquired pneumina) akan dibincangkan pada topik yang lain kerana puncanya adalah berlainan, begitu juga dengan cara rawatannya.

Penyebab kepada jangkitan paru-paru di dalam komuniti(Community Acquired Pneumonia) boleh dibahagikan kepada dua iaitu jangkitan kuman yang tipikal dan tidak tipikal

1. Jangkitan paru-paru yang tipikal

Jangkitan paru-paru yang tipikal bermaksud kuman yang menyebabkan jangkitan kuman tersebut adalah kuman yang selalu dijumpai dan ia menyebabkan simptom yang selalu dilihat pada pesakit yang mengalami jangkitan paru-paru

Bakteria yang menjadi punca kepada jangkitan paru-paru ini adalah:

  • Streptococcus pneumoniae
  • Heamophilus Influenza
  • Moraxella catarrhalis

Kebanyakkan kajian menunjukkan pesakit yang mempunyai jangkitan kuman pada paru-paru adalah disebabkan jangkitan S pneumoniae. Penggunaan vaksin pneumococcal telah mengurangkan peratusan jangkitan paru-paru yang disebabkan bakteria tersebut

Sebelum ini, bakteria Staphylococcus areus dikatakan menjadi penyebab utama jangkitan paru-paru. Setelah kajian dibuat, jangkitan paru-paru disebabkan S areus tidaklah selalu berlaku pada manusia. Tetapi jika ia menjangkiti paru-paru, selalunya keadaan pesakit adalah lebih teruk berbanding jenis bakteria tipikal yang lain

2. Jangkitan paru-paru yang tidak tipikal

Jangkitan paru-paru jenis ini tidaklah selalu berlaku dan ia selalunya mempunyai simptom yang lain daripada kuman yang tipikal. Sebagai contoh ia hanya menyebabkan batuk yang berpanjangan sahaja tanpa menyebabkan demam ataupun sesak nafas yang teruk, ada yang terus menjadi teruk tanpa sebarang simptom batuk dan pelbagai lagi simptom yang lain.

Bakteria yang selalu menyebabkan jangkitan paru-paru jenis ini adalah:

  • Chlamydia psittaci
  • Mycoplasma pneumoniae
  • Chlamydia pneumoniae
  • Legionella spesies

Virus juga boleh menyebabkan jangkitan paru-paru jenis ini seperti

  • Rhinovirus
  • Virus Influenza
  • Adenovirus
  • Coxsackievirus
  • Coronavirus(MERS-CoV)

Simptom dan Tanda Jangkitan Paru paru

Pesakit selalunya mempunyai beberapa jenis simptom. Ianya adalah:

  • Batuk yang teruk
  • Demam yang tinggi
  • Sesak nafas
  • Bernafas secara laju
  • Letih
  • Sakit dada ketika batuk mahupun tarik nafas

Alveoli merupakan salah satu struktur utama pada paru-paru. Ia merupakan kantung yang berisi udara dan berfungsi sebagai tempat pertukaran gas oksigen dengan darah. Ketika mana jangkitan paru-paru berlaku, struktur alveoli akan keradangan(inflammation). Ini akan menyebabkan cecair berkumpul di dalam ruang udara alveoli dan pertukaran gas terganggu.

Ketika mana gas oksigen semakin menurun darah di dalam darah, ia akan menyebabkan badan kita secara automatik mempercepatkan pernafasan bagi meningkatkan kandungan oksigen di dalam badan.

Sebab itu, pesakit yang mempunyai jangkitan paru-paru akan mengalami sesak nafas disebabkan kurangnya gas oksigen yang diserap daripada paru-paru.

Komplikasi

Beberapa komplikasi boleh dihadapi oleh mereka yang dijangkiti paru-paru iaitu:

Empyema: Iaitu nanah di dalam paru-paru.
Kavitasi: Pembentukan ruang kosong di dalam paru-paru disebabkan hancurkan struktur paru-paru dikawasan tersebut.

Prognosis (Kesudahan)

Mereka yang mengalami jangkitan paru-paru akan mengalami kesudahan yang teruk jika:

  • Sebelum ini mempunyai masalah paru-paru yang kronik
  • Masalah jantung
  • Limpa(spleen) yang telah dibuang: Selalunya limpa dibuang disebabkan masalah thalassemia
  • Terlalu tua ataupun bayi yang awal usia
  • Jangkitan paru-paru yang melibatkan satu lobar(satu bahagian paru-paru)
  • Lambat untuk memulakan rawatan antibiotik

Sejarah pesakit

Pesakit mungkin mempunyai sejarah berjumpa dengan mereka yang mempunyai simptom batuk, demam dan selesema. Ia menyebabkan pesakit juga terjangkit dengan kuman tersebut dan ia menjadi teruk dengan jangkitan kuman pada paru-paru

Pesakit juga mungkin mempunyai sejarah pergi ke tempat-tempat berisiko seperti timur tengah, baru balik haji ataupun baru balik umrah.

Mereka yang baru balik daripada kawasan berisiko dan mempunyai simptom batuk, demam dan sesak nafas mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk mengalami jangkitan Mers-CoV. Oleh sebab itu, jika pesakit baru sahaja balik daripada timur tengah dan mengalami simptom tersebut, mereka perlu cepat berjumpa dengan doktor. Jangan lupa untuk beritahu doktor4 yang anda baru sahaja baru balik daripada tempat berisiko tersebut.