Kaki kejang atapun otot kejang adalah satu pengerasan otot kaki yang berlaku secara tiba-tiba tanpa mampu dikawal. Ia selalunya berlaku pada otot bahagian belakang kaki, belakang peha dan bahagian depan peha.

Anda juga boleh mengalami otot kejang ini dibahagian

  • Abdomen
  • Tangan
  • Jari
  • Tapak kaki

Sakit disebabkan masalah ini juga boleh menyebabkan anda terbangun pada waktu malam secara tiba-tiba.

Punca kepada kaki kejang

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan kaki menjadi kejang. Ia adalah:

  • Dehidrasi: Ia adalah keadaan dimana badan kehilangan air yang banyak.
  • Kecederaan otot
  • Mineral yang tidak seimbang di dalam badan. Ia boleh disebabkan seseorang itu mengalami muntah dan cirit birit yang teruk
  • Kurangnya peredaran darah pada bahagian kaki juga boleh menyebabkan kaki seseorang itu menjadi kejang
  • Terlebih bersenam

Ada juga beberapa faktor yang meningkatkan kebarangkalian seseorang itu menghadapi masalah ini. Ia adalah

Akan tetapi ada juga waktu yang kekejangan itu berlaku tanpa diketahui puncanya dan ia akan baik tanpa memerlukan rawatan.

Bagaimana diagnosa otot kejang dibuat?

Kekejangan kaki selalunya sesuatu yang tidak berbahaya dan kebanyakannya berlaku tanpa mempunyai sebab. Akan tetapi jika ia kekejangan itu berlaku dengan teruk ataupun kerap, pesakit dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor Kerana pemeriksaan perlu dibuat untuk mengesan sebarang penyakit.

Pesakit mungkin akan menjalankan beberapa pemeriksaan seperti

  • Kandungan kalium dan kalsium di dalam darah
  • Fungsi buah pinggang
  • Fungsi Tiroid
  • Ujian kehamilan

Kesemua ujian ini adalah bergantung kepada simptom yang ada pada seseorang pesakit. Tidak semestinya semua ujian ini perlu dibuat

Rawatan dan cara untuk menghentikan kaki kejang

Disini terdapat beberapa cara dan rawatan untuk mereka yang mengalami kaki kejang. Jika pesakit tidak mempunyai masalah lain, pesakit boleh mengikuti nasihat ini tanpa berjumpa dengan doktor.

Akan tetapi jika pesakit ada masalah seperti dehidrasi ataupun apa-apa simptom dan tanda tanda penyakit lain, pesakit dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor

1) Melawan kekejangan otot

Apabila perkara tersebut berlaku, perkara pertama yang perlu dibuat untuk menghentikan kekejangan tersebut adalah dengan cara melawan kekejangan otot tersebut.

Sebagai contoh jika betis anda mengalami kejang, apa yang ada perlu buat adalah menarik tapak kaki anda keatas supaya otot betis diregangkan.

Jika bahagian belakang peha kejang, luruskan lutut untuk melawan balik kejang tersebut

Jika bahagian depan peha kejang, bengkokkan lutut untuk melawan balik

2) Gunakan ais

Selepas kekejangan tersebut berhenti, pesakit boleh menggunakan ais untuk mengurangkan sakit di kawasan tersebut

3) Ubat tahan sakit

Jika kesakitan itu masih ada, pesakit boleh mencuba ubat tahan sakit yang boleh dibeli di farmasi. (Dinasihatkan untuk tidak mengambil ubat tahan sakit pada jangka masa yang lama. Jika pesakit mempunyai masalah gastrik, pesakit perlulah memberitahu kepada ahli farmasi ataupun doktor ketika hendak mengambil ubat tahan sakit tersebut)

Bagaimana untuk mengelakkan kaki kejang berlaku?

Terdapat beberapa tips untuk mengelakkan kekejangan otot berlaku:

  • Elakkan senaman yang memberi tekanan yang berlebihan kepada bahagian otot
  • Sentiasa hidratkan diri dengan mengambil air
  • Elakkan pengambilan makanan ataupun minuman yang menyebabkan dehidrasis seperti kopi dan cokelat
  • Jika anda mengalami muntah dan cirit-birit yang teruk, berjumpa terus dengan doktor untuk mengelakkan dehidrasi berlaku.

Rujukan:

  1. Levin, M. C. (n.d.). Muscle cramps. merckmanuals.com/home/brain,-spinal-cord,-and-nerve-disorders/symptoms-and-diagnosis-of-brain,-spinal-cord,-and-nerve-disorders/muscle-cramps
  2. Mayo Clinic Staff. (2016, February 16). Muscle cramp. mayoclinic.org/diseases-conditions/muscle-cramp/home/ovc-20186047
  3. Wilkerson, R. (2010, May). Muscle cramp. orthoinfo.aaos.org/topic.cfm?topic=A00200
Categories: Simptom

Dr Latif Saad

Merupakan Seorang Doktor Perubatan. Pengasas kepada FB Page Root of Science dan juga e-Diagnosa. Follow juga wall personal saya di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *