Kanser otak boleh bermula daripada sel saraf itu sendiri ataupun dibawa daripada tempat lain. Hampir separuh daripada kanser otak adalah berasal daripada tisu saraf dibahagian otak. Selebihnya itu adalah daripada kanser yang merebak ke bahagian otak. Sebagai contoh kanser paru-paru ataupun kanser payudara yang merebak kebahagian otak.

Kanser otak jenis glioma, meningioma, adenoma pituitari, acoustic neuroma dan juga kanser yang merabak kebahagian otak adalah merangkumi 95% kanser yang menyerang bahagian otak

Walaupun jenis kanser otak adalah berbeza, tetapi rawatan kanser tersebut seakan-akan sama iaitu ia memerlukan pembedahan dan juga rawatan kemoterapi. Akan tetapi kanser yang merebak daripada tempat lain kebahagian otak selalunya tidak boleh dilakukan pembedahan kerana ia melibatkan majoriti bahagian otak

1. Patofisiologi (Bagaimana kanser otak terjadi?)

Kanser otak menyebabkan kesan kepada saraf melalui beberapa cara

  • Kanser tersebut berada pada kawasan saraf yang spesifik sebagai contohnya untuk pergerakan tangan. Jika kanser tersebut berada pada saraf itu walaupun saiznya kecil, ia masih akan memberi kesan kepada manusia tersebut
  • Kanser boleh membesar dan merosakkan tisu disekelilingnya menyebabkan fungsi otak terjejas
  • Disebabkan tengkorak hanya mempunyai ruang kecil untuk membesar, pembesaran kanser otak akan menyebabkan tekanan di dalamnya meningkat

Kesan seperti pembesaran saiz kanser, edema dan juga hydrocephalus akan menyebabkan tekanan di dalam tengkorak makin meningkat. Tekanan tersebut mungkin akan menolak sebahagian otak keluar melalui lubang dibahagian bawah tengkorak. Ini boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai pernafasan yang tidak normal dan pesakit selalunya akan meninggal dunia

2. Punca Kanser otak

Secara asasnya punca sebenar masih lagi tidak diketahui. Cuma terdapat beberapa faktor risiko yang akan meningkatkan kebarangkalian seseorang itu untuk mendapat kanser otak. Ianya adalah

  • Kanak-kanak yang mengalami masalah seperti Von Hippel-Lindau, Neurofibromatosis atau sindrom L-Fraumeni.
  • Mempunyai sejarah keluarga yang mengalami kanser otak
  • Merokok

3. Simptom dan tanda tanda kanser otak

Selalunya simptom pesakit kanser otak akan berlaku sedikit demi sedikit. Simptom tersebut kadang-kadang tidak spesifik. Simptom-simptom tersebut adalah:

Kanser otak juga boleh menyebabkan

  • Sawan
  • Perubahan dalam percakapan
  • Tidak mampu melihat dengan normal
  • Tidak menghidu
  • Tidak dapat bertutur dengan normal
  • Lumpuh

5. Diagnosa-diagnosa lain

Terdapat beberapa diagnosa lain yang mungkin menunjukkan simptom yang sama. Ianya adalah:

6. Penyiasatan

Prosedur yang digunakan untuk mengesahkan kehadiran kanser di bahagian otak adalah dengan membuat CT-Scan. Imbasan ini akan menentukan kehadiran kanser tersebut berserta lokasinya. Kadang-kadang imej yang terhasil tidak begitu jelas. Oleh sebab itu, pesakit akan diberi satu jenis ‘contrast’ iaitu cecair yang akan disuntik dalam salur darah. Ia berfungsi untuk menjelaskan lagi kanser tersebut apabila di imbas oleh mesin CT-scan.

Pengimejan yang lain adalah dengan menggunakan MRI. Ia juga boleh menentukan lokasi kanser otak tersebut

7. Rawatan

Rawatan bagi kanser otak adalah bergantung kepada jenis kanser dan lokasi kanser tersebut sama ada boleh dibuang ataupun tidak.

Jika kanser adalah kanser yang merebak daripada kawasan yang lain, selalunya rawatan yang boleh diberikan kepada pesakit hanyalah rawatan paliatif.

Ini kerana kanser yang merebak daripada kawasan lain ke otak, akan mempunyai pelbagai lokasi. Untuk membuang kanser daripada setiap kawasan itu adalah sesuatu yang tidak mampu dilakukan

Hanya kanser yang berasal daripada otak sendiri sahaja yang mampu dibuat pembedahan dan ia bergantung kepada tahap kanser tersebut dan kawasan yang berlaku.

Selepas daripada pembedahan, pesakit akan menjalani kemoterapi dan juga radioterapi untuk membunuh lebihan sel kanser otak yang masih wujud.

Jika perkongsian ini bermanfaat, sila like page kami TheDiagnosa

Rujukan:

  1. Forsyth PA, Posner JB. Headaches in patients with brain tumors: a study of 111 patients. Neurology. 1993 Sep. 43(9):1678-83
  2. McKinney PA. Brain tumours: incidence, survival, and aetiology. J Neurol Neurosurg Psychiatry. 2004 Jun. 75 Suppl 2:ii12-7.
  3. DeAngelis LM. Brain tumors. N Engl J Med. 2001 Jan 11. 344(2):114-23.
  4. Lassman AB, DeAngelis LM. Brain metastases. Neurol Clin. 2003 Feb. 21(1):1-23, vii.
  5. Giglio P, Gilbert MR. Neurologic complications of cancer and its treatment. Curr Oncol Rep. 2010 Jan. 12(1):50-9.
  6. Collins VP. Brain tumours: classification and genes. J Neurol Neurosurg Psychiatry. 2004 Jun. 75 Suppl 2:ii2-11.
  7. Sumber featured image: dddmag.com

Dr Latif Saad

Merupakan Seorang Doktor Perubatan. Pengasas kepada FB Page Root of Science dan juga e-Diagnosa. Follow juga wall personal saya di SINI

1 Comment

Ida faridah · at

Jika pesakit enggan melakukn pembedhan.adakah cara lain utk ubatti?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *