Kanser perut juga dikenali sebagai Gastric cancer. Gastric dalam bahasa latin bermaksud organ perut. Kanser ini berada pada tempat ke-empat kanser yang selalu berlaku diseluruh dunia.

Kanser perut pernah berada pada tempat kedua sebelum ini dan ia selalu berlaku terutamanya pada negara yang sedang membangun. Akan tetapi jumlah penyakit kanser ini semakin menurun beberapa dekad ini.

Ia disebabkan beberapa:

  • Pengambilan sayur yang semakin meningkat
  • Penggunaan garam yang semakin berkurangan
  • Penggunaan peti sejuk yang mengurangkan pengambilan makanan yang diawet
  • Penggunaan antibiotik untuk melawan jangkitan H.pylori

Kanser perut selalunya sukar untuk disembuhkan kerana pesakit selalunya hanya akan didiagnos menghadapi kanser ini ketika mana kanser tersebut sudah merebak. Ini disebabkan pesakit tidak menunjukkan apa-apa simptom yang spesifik ketika mula menghadapi kanser ini.

Simptom dan Tanda tanda Kanser Perut

Kebanyakan pesakit yang mengalami kanser ini di peringkat awal tidak menunjukkan sebarang simptom. Akan tetapi ada sesetengah pesakit yang mempunyai simptom yang berkaitan dengan perut boleh dikesan secara tidak sengaja ketika pemeriksaan.

Semua tanda tanda kanser perut adalah berlaku apabila kanser perut tersebut telah pun merebak.

Simptom dan tanda tanda tersebut adalah:

  • Ketidak hadaman makanan
  • Rasa loya dan muntah
  • Susah untuk telan makanan
  • Kurang selera makan
  • Berak berdarah
  • Muntah darah
  • Kurang berat badan yang mendadak
  • Pembengkakkan kalenjar limfa

Punca Kanser Perut

Masalah ini selalunya mempunyai pelbagai faktor. Beberapa faktor tersebut adalah:

  • Diet: Pemakanan yang tinggi dengan sayur yang dijerukkan, ikan masin, makanan yang tinggi kandungan garam dan daging terproses dikatakan mempunyai kaitan dengan kanser perut. Diet yang tinggi dengan buah-buahan dan sayur-sayuran pula dikatakan mempunyai kesan perlindungan daripada masalah ini
  • Merokok: Merokok meningkatkan risiko untuk seseorang itu terkena kanser perut malah ia meningkatkan risiko untuk kebanyakan kanser
  • Jangkitan Kuman Helicobacter pylori: Jangkitan H. pylori yang kronik merupakan salah satu punca utama yang menyebabkan masalah ini.
  • Faktor genetik: 10% daripada masalah ini adalah berkait dengan faktor genetik. Jika seseorang itu mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit kanser perut, maka dia juga mempunyai risiko untuk berlaku masalah yang sama.

Diagnosa-diagnosa lain

Terdapat beberapa diagnosa lain yang merujuk kepada simptom yang sama. Penyakit-penyakit tersebut adalah:

Penyiasatan

Untuk mengesan seseorang itu mempunyai kanser ini ataupun tidak, pesakit tersebut perlu menjalani satu prosedur yang dikenali sebagai Oesophagogastroduodenoscopy(OGDS).

Dalam prosedur ini, kamera akan dimasukkan ke dalam perut untuk melihat kawasan di dalam perut sama ada mempunyai ketumbuhan ataupun tidak.

Sampel akan diambil jika terdapat ketumbuhan di dalam perut untuk mengesahkan sama ada sel itu adalah kanser ataupun tidak.

Penyiasatan lain seperti x-ray,CT-scan dan MRI lebih kepada untuk memastikan sama ada kanser tersebut telah merebak ke tempat lain ataupun tidak.

Rawatan

Rawatan kanser perut adalah sama seperti rawatan kanser-kanser yang lain. Ia merangkumi:

  • Kemoterapi
  • Radioterapi
  • Pembedahan untuk membuang kanser tersebut sama ada dengan membuang sebahagian daripada organ perut ataupun membuang kesemuanya sekali.

Setiap daripada rawatan ini adalah bergantung kepada tahapan kanser perut. Lain tahapan bermaksud lain cara rawatan.

Cara untuk elakkan untuk mengelakkan kanser perut

kanser perut boleh dielakkan dengan cara mengelakkan faktor risiko yang menyebabkan perkara ini berlaku. Caranya adalah:

  • Mengekalkan berat badan sihat
  • Pengambilan diet yang seimbang, kurang lemak dan kurang gula
  • Berhenti merokok
  • Bersenam secara berkala setiap minggu

Rujukan:

  1. Surveillance, Epidemiology, and End Results Program. SEER Stat Fact Sheets: Stomach Cancer. National Cancer Institute. Available at http://seer.cancer.gov/statfacts/html/stomach.html.
  2. Avital I, Stojadinovic A, Pisters PWT, Kelsen DP, Willett CG. Cancer of the Stomach. DeVita VT, Lawrence TS, Rosenberg SA. DeVita, Hellman, and Rosenberg’s Cancer: Principles and Practice of Oncology. 10th ed. Philadelphia, PA: Wolters Kluwer; 2015. 613-42.
  3. National Comprehensive Cancer Network. NCCN Clinical Practice Guidelines in Oncology: Gastric Cancer. Version 3.2016. NCCN. Available at http://www.nccn.org/professionals/physician_gls/pdf/gastric.pdf. Version 1.2018 — March 16, 2018;
  4. Mayo Clinic Staff. (2017). Stomach cancer: Diagnosis. mayoclinic.org/diseases-conditions/stomach-cancer/diagnosis-treatment/diagnosis/dxc-20202339
  5. Stomach cancer. (2014). . familydoctor.org/condition/stomach-cancer/?adfree=true

 

Categories: Pembedahan

Dr Latif Saad

Seorang Pegawai Perubatan. Pengasas kepada page Root of Science dan e-Diagnosa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *