Kanser rahim adalah kanser yang melibatkan bahagian tengah dan atas rahim. Kanser yang melibatkan bahagian bawah ataupun pangkal rahim akan dibincangkan pada topik yang berlainan kerana penyebab dan cara rawatannya adalah berbeza.

Kanser rahim merupakan kanser yang paling tinggi dalam organ pembiakan wanita. Akan tetapi, selalunya kanser ini dapat dikesan pada awal tahapan kanser menyebabkan kadar kematian disebabkan kanser ini adalah rendah




1. Punca Kanser Rahim

Jenis kanser ini selalunya disebabkan terlebihnya hormon estrogen dalam badan. Ia boleh disebabkan pengambilan daripada luar ataupun ia meningkat dengan sendirinya daripada dalam badan disebabkan masalah tertentu

Beberapa faktor risiko yang meningkatkan kebarangkalian untuk terkena kanser rahim:

  • Pengambilan hormon estrogen (Contohnya dalam replacement hormone therapy)
  • Obesity
  • Polycystic ovarian syndrome
  • Pengambilan ubat tamoxifen
  • Tidak pernah mengandung (Nulliparity)
  • Mula datang haid di awal usia
  • Haid berhenti(menopause) pada lewat usia
  • Pengambilan alkohol

2. Simptom dan Tanda Kanser Rahim

Terdapat beberapa simptom yang akan dihadapi oleh mereka yang mengalami kanser rahim.

  • Pendarahan haid yang tidak normal. Pendarahan yang berpanjangan ataupun pendarahan yang banyak ketika datang haid
  • Haid yang tidak tentu
  • Cecair busuk yang keluar daripada kemaluan
  • Sakit bahagian ari-ari
  • Pengurangan berat badan yang ketara

3.Penyiasatan

Untuk melihat ketumbuhan di dalam rahim, terdapat beberapa prosedur yang boleh dilakukan. Ianya adalah:

  • Ultrasound: Pengimbas ultrasound boleh digunakan untuk melihat ketumbuhan di bahagian rahim.
  • Hysteroscopy: Ini adalah prosedur dimana kamera dimasukkan ke dalam rahim untuk melihat keadaan dalam rahim. Jika adanya ketumbuhan, maka sampel biopsi akan diambil daripada ketumbuhan tersebut
  • -ray dada: Pesakit akan menjalani x-ray dada jika disyaki kanser tersebut sudah merebak ke bahagian paru-paru
  • Ct- Scan: Pengimbas ini juga akan digunakan untuk melihat samada kanser tersebut sudah merebak ke bahagian organ badan yang lain. Ia penting kerena perkara inilah yang akan menentukan tahapan kanser pada pesakit tersebut.

4. Rawatan

Rawatan kanser rahim ini adalah bergantung kepada tahapan kanser tersebut, keadaan pesakit dan juga kehendak pesakit. Pembedahan merupakan rawatan utama untuk membuang sel kanser daripada badan dan diikuti dengan kemoterapi dan radioterapi

Pembedahan

Pembedahan untuk membuang rahim adalah digalakan untuk semua pesakit yang mempunyai kanser ini. Bagi pesakit yang sudah berumur, doktor mungkin akan mengesyorkan untuk membuang ovari sekali terutamanya bagi mereka yang sudah menopause.

Bagi sesiapa yang belum menopause dan ingin membuang ovari, ia mungkin akan menyebabkan simptom menopause sebaik selepas ovari tersebut dibuang.

Ketika pembedahan doktor juga akan melihat keadaan dinding di sekeliling rahim tersebut untuk melihat samada kanser tersebut sudah pergi ke tempat lain ataupun tidak.

Kanser rahim (Gambar:wikipedia)

Radioterapi

Dalam prosedur ini, radiasi yang kuat digunakan untuk membunuh sel kanser yang masih wujud selepas pembedahan.

Terapi hormone

Rawatan ini melibatkan pengambilan ubat yang akan meningkatkan kandungan progesteron dalam badan ataupun yang akan merencat penghasilan estrogen dalam badan.

Ini disebabkan progesteron yang tinggi akan merencat kanser rahim daripada terus berlaku. Begitu juga ketika mana hormone estrogen rendah, ia juga akan merencat kanser uterus daripada terus membesar

Kemoterapi

Dalam rawatan ini, ia menggunakan ubat untuk membunuh sel kanser yang masih tinggal di dalam badan kita.

Rawatan paliatif

Jika kanser tersebut sudah merebak ke kawasan badan yang lain, bermakna pesakit itu telah mempunyai tahapan kanser yang ke-4. Rawatan pada ketika ini adalah lebih kepada rawatan paliatif iaitu untuk memberikan keselesaan kepada pesakit sahaja.




Jika maklumat ini bermanfaat, sila like page kami TheDiagnosa

Rujukan:

  1. Siegel R, Miller K, Jemal A. Cancer statistics, 2015. CA Cancer J Clin. 2015. 65:5-29.
  2. Ueda SM, Kapp DS, Cheung MK, Shin JY, Osann K, Husain A, et al. Trends in demographic and clinical characteristics in women diagnosed with corpus cancer and their potential impact on the increasing number of deaths. Am J Obstet Gynecol. 2008 Feb. 198 (2):218.e1-6.
  3. del Carmen MG, Birrer M, Schorge JO. Uterine papillary serous cancer: a review of the literature. Gynecol Oncol. 2012 Dec. 127(3):651-61.
  4. Soliman PT, Oh JC, Schmeler KM, et al. Risk factors for young premenopausal women with endometrial cancer. Obstet Gynecol. 2005 Mar. 105(3):575-80.
  5. Renehan AG, Tyson M, Egger M, Heller RF, Zwahlen M. Body-mass index and incidence of cancer: a systematic review and meta-analysis of prospective observational studies. Lancet. 2008 Feb 16. 371(9612):569-78.
  6. Creutzberg CL, van Putten WL, Koper PC, Lybeert ML, Jobsen JJ, Warlam-Rodenhuis CC, et al. Surgery and postoperative radiotherapy versus surgery alone for patients with stage-1 endometrial carcinoma: multicentre randomised trial. PORTEC Study Group. Post Operative Radiation Therapy in Endometrial Carcinoma. Lancet. 2000 Apr 22. 355(9213):1404-11.
  7. Scholten AN, van Putten WL, Beerman H, et al. Postoperative radiotherapy for Stage 1 endometrial carcinoma: long-term outcome of the randomized PORTEC trial with central pathology review. Int J Radiat Oncol Biol Phys. 2005 Nov 1. 63(3):834-8

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *