Mesti ramai daripada kita yang dengar perkara ini daripada dahulu lagi. Iaitu orang-orang tua kata, kalau kayap telah pusing satu badan, ia boleh menyebabkan kematian. Tetapi adakah perkara ini benar? Mari kita jelaskan satu persatu.

Panggilan lain kayap

Kayap dalam istilah perubatan dipanggil sebagai ‘Shingle’. Dalam bahasa melayu terdapat pelbagai istilah digunakan sebagai contoh kayap ular, kayap api, kayap air dan sebagainya. Tetapi istilah kayap itu sendiri telah merangkumi semua maksud tersebut sebab:

  • Orang panggil kayap ular sebab kayap tersebut selalunya akan mengelilingi separuh daripada badan
  • Kayap api pula orang panggil sebab pesakit selalunya akan mengatakan kawasan kayap tersebut sakit dan terasan panas
  • Kayap air pula sebab kawasan yang terkena kayap itu akan menghasilkan ruam yang mengeluarkan air

Apakah punca kayap?

Kayap berpunca daripada satu virus yang dinamakan sebagai Varicella Zoster. Virus ini selalunya menjangkiti seseorang dan menyebabkan penyakit cacar air ataupun dalam istilah perubatannya CHICKEN POX. Setelah mengalami chicken pox, virus ini akan bersembunyi dibahagian saraf pada kawasan tulang belakang dimana saraf inilah yang akan menghubungkan dengan organ deria sentuhan dan sakit dibahagian kulit.

Bahagian kulit yang dihubungkan dengan saraf yang membawa maklumat deria sentuhan ini dinamakan sebagai DERMATOME. DERMATOME terbahagi kepada beberapa bahagian seperti gambar dibahawa. Satu bahagian tersebut membawa maksud satu saraf yang keluar daripada tulang belakang.

dermatome

Jika anda mengalami kayap di bahagian T2, maka kayap tersebut akan tumbuh dikawasan tersebut sahaja

Sebab itulah, jikalau kayap berlaku, ia mesti akan bermula daripada bahagian tulang belakang membawa kepada bahagian hadapan badan dan ruam itu teberhenti di bahagian tengah. Kerana satu kawasan dermatome sahaja terlibat dengan penyakit kayap tersebut.

Kayap ini mesti bermula daripada bahagian tulang belakang kerana saraf tersebut keluar daripada tulang belakang

Adakah kayap yang berpusing satu badan boleh menyebabkan kematian?

Sangat jarang untuk penyakit kayap melibatkan lebih daripada satu bahagian dermatome. Dan kalaulah kayap tersebut bertemu, ia tidak akan menyebabkan kematian.

Ini kerana seperti yang kita bincangkan tadi. Kayap hanya akan berada dikawasan saraf bahagian dermatome sahaja. Ia tidak akan pergi kawasan lain terutamanya jika ia melibatkan bahagian badan dan ke bawah. Jika melibatkan bahagian kepala, itu adalah cerita lain.

Jadi selagi mana kayap melibatkan bahagian badan, anda tidak perlu terlalu risau.

Apakah komplikasi lain kayap?

Kayap yang berlaku pada bahagian muka boleh menyebabkan beberapa komplikasi seperti hilang penglihatan, kurang pendengaran dan otot bahagian muka boleh lumpuh seolah-olah seperti mereka yang mengalami strok (Angin Ahmar).

Jika ia merebak ke bahagian otak, ia boleh menyebabkan keradangan otak dan perkara ini boleh menyebabkan kematian.

Kesimpulan

Jika anda mengalami kayap di bahagian badan sahaja, usah risau, ia selalunya tidak menyebabkan kematian. Anda cuma memerlukan rawatan seperti pengambilan ubat anti-viral untuk mengelakkan kawasan kayap tersebut sakit walaupun setelah ruamnya hilang.

Bacaan lanjut berkenaan Kayap boleh masuk ke link ini.

Categories: Mitos

Dr Latif Saad

Seorang Pegawai Perubatan. Pengasas kepada page Root of Science dan e-Diagnosa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *