232Shares

Rasa kebasĀ  tangan merupakan salah satu simptom yang selalu berlaku di dalam masyarakat. Rasa kebas-kebas dan mencucuk pada tangan boleh berlaku secara berterusan ataupun seketika sahaja bergantung kepada penyebab.

Sebagai contoh, ia boleh disebabkan tekanan pada saraf ketika mana tangan dihempap oleh anda sendiri ketika anda sedang tidur. Ketika anda bangun daripada tidur, anda seolah-olah tidak merasakan kewujudan tangan anda. Tetapi keadaan itu akan beransur pulih dan hilang selepas tekanan tersebut dialihkan.

Ia juga boleh berlaku ketika mana kita duduk bersila dalam keadaan yang lama. Ia akan menyebabkan tekanan pada saraf dibahagian kaki yang mneyebabkan kaki merasa kebas dan seolah-olah dicucuk oleh jarum. Apabila tekanan itu dihilangkan, kebas tersebut akan hilang dan pulih seperti biasa.

Ianya penting untuk anda menemui doktor perubatan jika perasaan kebas itu mengganggu anda hingga menjejaskan prestasi di tempat kerja.

Punca Kebas Tangan

Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah kebas tangan ini berlaku. Ianya adalah:

  • Kencing manis: Masalah ini merupakan salah satu masalah yang sering berlaku pada saraf periferi dan ia merangkumi 30% penyebab rasa kebas terutamanya pada bahagian kaki.
    Dalam masalah kencing manis, ia akan bermula rasa kebas dan dicucuk pada bahagian kaki terlebih dahulu. Barulah ia akan naik ke bahagian atas seperti tangan.
    Lebih 2/3 daripada pesakit mempunyai simptom ini sebelum dia mengetahui bahawa dia sudah mengalami kencing manis.
  • Angin ahmar(strok). Kerosakkan pada bahagian otak juga mampu memberi perasan kebas pada bahagian tangan pesakit.
  • Sindrom saraf terperangkap (Nerve Entrapment Syndrom): Ia boleh berlaku pada penyakit carpal tunnel syndrome, ulnar palsy dan juga radial nerve palsy
  • Penyakit yang melibatkan keseluruhan badan (Systemic disease) seperti kegagalan buah pinggang, masalah hati, kerosakkan pada salur darah, keradangan kronik dna sebagainya yang menyebabkan himpitan pada saraf
  • Kekurangan Vitamin seperti E, B1, B6, dan B12 adalah penting untuk perkembangan dan juga fungsi untuk saraf. Sebagai contoh kekurangan vitamin B12 akan menyebabkan pernicious anemia yang merupakan menyebabkan utama masalah saraf neuropathy
  • Penggunaan alkohol. Penggunaan alkohol yang kerap akan menyebabkan kekurangan vitamin Thiamin dalam darah. Perkara ini akan banyak memberi kesan kepada bahagian saraf seseorang itu.
  • Toksin. Logam berat seperti plumbum, arsenik, merkuri dan thallium dalam industri pembuatan seperti merkuri dalam produk kosmetik boleh memberi kesan kepada sistem saraf seseorang manusa.
  • Penyakit autoimun. Terdapat beberapa jenis penyakit yang menyebabkan masalah kebas tangan seperti Guillain-Barre syndrome, Systemic lupus erythematosus dan juga rheumatoid arthritis.
  • Kecederaan. Kecederaan yang melibatkan trauma seperti patah tulang belakang terutamanya kawasan tengkuk, ia boleh menyebabkan rasa kebas dibahagian tangan. Slipped disc dikawasan tengkuk juga boleh menyebabkan simptom ini berlaku

Penyiasatan untuk mengetahui punca kebas tangan

Pesakit akan diperiksa terlebih dahulu untuk mengetahui samada punca kebas itu berpunca dibahagian pusat saraf di otak(Central nervous system) ataupun daripada saraf periferi.

Terdapat beberapa penyiasatan yang boleh dibuat untuk mengetahui punca kepada masalah tersebut. Ianya adalah:

  • Pengambilan sampel darah. Ia boleh memberi tahu samada seseorang itu mempunyai masalah kencing manis, masalah hati, masalah hati dan masalah metabolik
  • Pengambilan air tulang belakang untuk mengetahui masalah saraf periferi. Ini kerana ia boleh disebabkan multiple sclerosis

Penyiasatan yang lain adalah

  • CT scan untuk melihat masalah dibahagian otak ataupun dibahagian tulang belakang jika suspek ada masalah pada kawasan tersebut.
  • MRI

Rawatan

Rawatan yang berkesan adalah bergantung kepada ketepatan seseorang itu untuk mendiagnosa punca kepada masalah kebas tangan tersebut. Selagi mana saraf dibahagian periferi tersebut tidak mati, ia tidak akan mengganggu kebolehannya untuk tumbuh semula

Walaupun tiada rawatan yang sesuatu untuk mereka yang menghadapi masalah ini secara amnya, kawalan kepada pesakit tersebut boleh dibuat dengan mengurangkan faktor risiko kepada pesakit. Sebagai contoh, pesakit yang mempunyai kencing manis perlu mengawal kawalan gulanya. Jika ia mampu mengawalnnya dengan baik, maka pesakit tersebut akan mempunyai faktor risiko yang akan mungkin menyebabkan tangannya kebas suatu hari nant.

Nasihat kepad orang awam, anda perlulan sentiasa mengekalkan berat unggul badan anda, elakkan daripada penggunakan alkohol, sentiasa mengawal pengambilan makanan supaya gula dalam badan pun terkawal

Rujukan:

  1. National Institute of Neurological Disorders and Stroke: “NINDS Paresthesia Information Page.”
  2. National Institute of Neurological Disorders and Stroke: “Peripheral Neuropathy Fact Sheet.”
  3. The Neuropathy Association: “About Peripheral Neuropathy: Symptoms and Signs.”
  4. Sumber gambar featured image netdoctor.co.uk
Categories: Ortopedik

Dr Latif Saad

Merupakan Seorang Doktor Perubatan. Pengasas kepada FB Page Root of Science dan juga e-Diagnosa. Follow juga wall personal saya di SINI

14 Comments

efa · at

assalam doc. saya ada pertanyaan mengenai kebas tangan..saya dh laluinya hampir sebulan..saya akan rasa kebas di kedua belah tangan saya almost sepanjang masa. pantang sendi kene band sikit even masa melakukan aktiviti harian seperti angkat berat..menggaru..potong kuku..memasak..aktivity yg memerlukan menggengam objek..mcm pegang seduk..sudu jug air, cawan, stering kereta..seterika..trus akn kebas semut dan lenguh…kadang sampai terbaha sakit hingga belakang bahu..walaupun tido menggiring tangan akan kebas..kalau tido telentang tangan kene lurustak boleh nk peluk bantal..bend ckit pun akan kebas…saya perasan sejak tu juga saya cepat kelesuan atau kepenatan…boleh tak doc bg saya pendapat kenapa jd mcm ni sbb sebelum nie tak jd mcm ni…fyi, saya sedang hadapi masalah ring worm?jangkitan kulat yg agak serius dan masih dlm proses penyembuhan..adakah ini penyebab nya… mohon bantuan..terima kasih.

Ikhwan · at

Assalamualaikum Dr , mak saya ada masalah kebas tangan, sakit tumit. Boleh tak Dr terangkan cara cara nak hilangkan rasa sakit tu secara ringkas

Mawar · at

Salam doc…sy alami kebas tgn slps hbs pantang…skrg dh tempoh dua tahun kebas …pegang pen kebas pegang fon kebas…kedua2 ttapak tgn dn jari kebas…apa puncanye ye doc?

    ediagnosa · at

    Wslm. Selalunya jika ia berkaitan dengan pergerakan ataupun posisi, kemungkinan besar adalah Carpal Tunnel syndrome. Boleh buka link untuk bacaan puan. Puan dah jumpa doktor ke sebelum ini?

Ain Fateen Farahim · at

Assalam Dr. Sy nak tanya sejak kebelakang nie tgn saya sebelah kiri selalu kebas. Kerap terjadi pada waktu malam. Dan sy selalu juga sakit bahagian tapak kaki. Kenapa ye Dr?

    ediagnosa · at

    Waalaikumsalam. Selalunya kebas dibahagian tangan tidak berkait dengan sakit dibahagian tapak kaki. Kebas tangan ketika waktu tidur boleh disebabkan posisi tangan yang tidak betul ketika tidur. Selalunya pesakit akan tidur dengan tangan diletakkan atas kepala. Perkara ini boleh menyebabkan saraf terhimpit dan menyebabkan kebas berlaku. Tetapi jika Kebas masih berlaku ketika anda tidak tidur, kemungkinan besar anda mengalami carpal tunnel syndrom

bella · at

assalamualaikum doktor. saya nak tanya, selalunya jika saya berasa kebas tangan, ianya berpunca disebabkan saya tertindih tangan saya itu. tapi ini kali pertama saya merasa tangan kiri saya kebas secara tiba2 tanpa saya dapat kenal pasti puncanya. dan rasa kebas ini selama 1-2 jam. apa pendapat doktor?

    ediagnosa · at

    Waalaikumsalam. Jika ia disebabkna tertindih selalunya sebelum itu mesti ada kejadian yang menyebabkan tangan tersebut tertindih sebagai contoh selepas bangun dari tidur. Ia juga boleh disebabkan satu penyakit dinamakan sebagai Carpal tunnel syndrome. Dimana terowong di pergelangan tangan menjadi sempit. Perkara ini menghimpit saraf dalam terowong tersebut dan menyebabkan kawasan tangan menjadi kebas. Kalau ia, rawatannya boleh dibahgikan kepada dua iaitu fisioterapi dan juga pembedahan pada pergelangan tangan tersebut. Saya ada tulis berkenaan masalah ini dalam website ini puan.

    Harap membantu

Nomi · at

Doc, dalam byk2 faktor penyebab kebas tangan kaki, mamana cara terbaik untuk pastikan punca dari SLE dan seangkatan dengannya. Tk

    Dr Latif Saad · at

    Selalunya SLE pun adan simptom lain puan seperti:
    1. Ruam berbentuk rama di muka (butterfly rash)
    2. Kulit sensitif terhadap cahaya matahari.
    3. Sakit-sakit sendi
    4. Demam yang berpanjangan
    5. Ulser yang banyak di dalam mulut

    Tetapi jika ingin memastikan samada ia SLE ataupun tidak. Pengambilan darah diperlukan dan selalunya siasatan ini hanya dijalankan di hospital dan makmal perubatan swasta sahaja.

Aminah · at

Assalammualaikum doc…ayah saye ade masalah kebas tangan dan kaki…sekarang xboleh jalan lame2 n drive terlalu lame coz akan rase kebas di tangan dan kaki….mkn ubat ospitak n follow up masih same jugak…ape saye perlu buat ea???takut ia nye makin teruk???tolong bagi cadagan

suraya · at

Assalamualikum DR,sejak beberapa hari ini sya selalau pening,tangan terasa kebas sebelah kiri,bahu dan leher terasa sakit.apa puncanya?terima kasih DR.

    Dr Latif Saad · at

    Walaikumsalam. Saya tak boleh nak terus spesifik kepada punca. Tetapi ada beberapa keadaan yang boleh menyebabkan masalah tersebut berlaku. Ia boleh disebabkan masalah pada tulang cervical iaitu tulang belakag pada bahagian leher. Ia boleh disebabkan
    1. Slip disc
    2. Kanser di bahagian tersebut
    3. Ankylosing spondylitis. Penyakit dimana sel pertahanan menyerang tulang belakang
    4. rheumatoid arthritis
    dan banyak lagi.

    Tapi kalau salah tidur pun boleh jadi mcm tu. Terutamanya bila tidur tangan di letak di bawah kepala. Akan berlaku himpitan saraf dibahagian bahu yang menyebabkan tangan menjadi kebas.

has · at

assalam Dr, sy ada mslh kedua-dua tangan selalu kebas… ia amat terasa ketika saya drive.. sy sentiasa akan bergilir2 tangan utk kurangkan rasa kebas… boleh Dr terangkan kenapa ia berlaku?.t. kasih Dr.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *