166Shares

Kencing berdarah dalam istilah perubatan dipanggil sebagai hematuria. Hema berasal daripada perkataan heam bermaksud darah. Uria pula berasal daripada perkataan urine yang bermaksud air kencing.

Oleh itu, hematuria bermaksud air kencing berdarah.

Pesakit selalunya mengadu kencing berwarna merah ataupun seperti warna teh. Air kencing ini akan diuji dengan beberapa jenis alat dan dilihat dibawah mikroskop untuk mengesan bahawa wujudnya sel darah merah tersebut.

Ia mempunyai pelbagai penyebab yang kami akan ceritakan dibawah.

1. Punca Kencing Berdarah

Punca hematuria boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu pendarahan daripada glomerular ataupun yang bukan berasal daripada glomerular. Glomerular merupakan saluran darah kapilari yang berada dibuah pinggang. Fungsinya adalah untuk menapis darah sebelum masuk ke dalam saluran air kencing.

Jika struktur glomerular ini bermasalah ataupun rosak, salur darah tersebut boleh bocor dan membenarkan sel darah merah keluar ke dalam saluran air kencing.

Kencing berdarah disebabkan masalah glomerular

  • Sindrom Alport
  • IgA Nephropathy
  • Hemolytic-Uremic syndrome
  • Acute Post-streptococcus glomerulonephritis
  • Lupus nephritis yang disebabkan systemic lupus erythematosus(SLE)
  • Henoch-scholein purpura

Kencing berdarah yang bukan disebabkan masalah glomerular

  • Demam
  • Senaman yang melampau
  • Trauma secara mekanikal(melakukan onani)
  • Kencing kotor(jangkitan kuman pada tempat buang air kecil)
  • Batu karang
  • Kanser pada saluran air kencing

2. Simptom

Simptom untuk masalah ini bergantung kepada punca yang menyebabkan kencing berdarah itu berlaku. Apa yang penting untuk membezakan kencing berdarah disebabkan glomerular ataupun tidak lihat pada warna air kencingnya. Jika air kencing berwarna merah, ia bukan disebabkan glomerular. Jika air kencing berwarna seperti teh, kemungkinan besar ia disebabkan masalah pada glomerular buah pinggang

Alport syndrome: Sindrom ini berlaku kerana masalah genetik iaitu mutasi pada gene yang melibatkan penghasilan kolagen jenis 4. Disebabkan perkara tersebut ia memberi kesan pada bahagian mata dan buah pinggang. Pesakit akan mengalami kencing yang mempunyai darah beserta protein, tekanan darah tinggi dan masalah penglihatan disebabkan retina dan kornea yang tidak normal

IgA Nephropathy: Ia disebabkan sel badan sendiri menghasilkan antibodi menyerang struktur glomerular menyebabkan air kencing pesakit mempunyai darah dan protein. Kebanyakkan pesakit akan mengalami kencing berdarah tetapi lebih kepada warna teh. Ia juga boleh merosakkan buah pinggang.

Pesakit mungkin akan mengalami kaki yang bengkak berserta tekanan darah yang tinggi

Hemolytic-Uremic syndrome: Ia disebabkan penghasilan shiga toxin daripada bakteria E. coli yang menyebabkan pemecahan sel darah merah dan menghasilkan microthrombi(darah beku yang kecil dalam saluran darah). Ia akan berkumpul pada bahagian glomerular dan merosakkan struktur tersebut.

Pesakit pada mulanya akan menghadapi cirit birit. Kemudian dia akan mempunyai pucat, letih, kencing berdarah, kaki sembab dan pengsan.

Henoch-scholein purpura: Dalam penyakit ini ia disebabkan penghasilan antibodi daripada sel pertahanan badan sendiri menyerang saluran darah(Vasculitis). Salur darah akan pecah pada seluruh badan dan menyebabkan penghasilan ruam-ruam merah pada badan.

Ia juga akan menyebabkan kencing berdarah, sakit sendi, sakit perut, buang air besar berdarah, cirit birit berserta darah dan beberapa simptom yang lain
Kencing kotor: Pesakit akan mengadu sakit ketika buang air kecil dan air kencing itu nampak keruh. Pesakit juga mungkin mengalami demam

Batu karang: Pesakit akan mengadu sakit dibahagian belakang badan yang kuat. Bacaan seterusnya berkenaan batu karang boleh baca disini

Kanser: Selalunya jika kanser dibahagian tempat buang air kecil tidak mendatangkan rasa sakit. Tetapi pesakit akan mengalami berat badan yang susut dan kekurangan selera makan.

3. Penyiasatan

Untuk mengesahkan pesakit itu mempunyai kencing berdarah adalah mudah dimana ujian yang selalu digunakan adalah Urine Full Examination and Microscopic Examination(UFEME).

Ujian pengesahan kencing berdarah

Dalam ujian ini ia akan menggunakan satu kertas khas yang boleh mengesan kandungan di dalam air kencing. Ia dinamakan sebagai urine dipstick. Selain daripada sel darah merah, ujian tersebut juga boleh mengesan bahan lain seperti sel darah putih, nitrate, protein, pH air kencing dan beberapa perkara yang lain.

Selepas menggunakan kertas tersebut, air kencing akan diperiksa dibawah mikroskop untuk melihat kehadiran darah tersebut.
Ujian untuk menentukan punca kencing berdarah.

Bagi kencing kotor, cukup dengan menggunakan ujian UFEME untuk mengesan masalah tersebut. Ini kerana dalam kencing kotor terdapat kandungan sel darah putih berserta kompaun nitrate. Kadang-kadang ia juga mengandungi sel darah merah.

Kemudian terdapat beberapa ujian yang spesifik untuk menentukan punca kencing berdarah tersebut berdasarkan simptom-simptom yang dilihat.

1) Bacaan Anti-streptolysin: Ujian ini dibuat untuk mengetahui seseorang itu mempunyai jangkitan kuman streptoccus ataupun tidak. Ini kerana ia boleh menyebabkan masalah kencing berdarah disebabkan Acute Post-streptococcus glomerulonephritis

2) Bacaan Anti nuclear antibody: Ujian ini untuk melihat seseorang itu mengalami masalah Systemic lupus erythematosus ataupun tidak.

3) Full Blood count: Untuk melihat bacaan semua sel darah dalam badan. Pesakit yang mengalami hemolytic uremic syndrome selalunya mempunyai bacaan sel darah merah dan platlet yang rendah.

4) X-ray ataupun ultrasound scan dibahagian abdomen: Boleh digunakan untuk memeriksa batu karang

5) Cytoscopy: Adalah prosedur dimana kamera dimasukkan ke dalam saluran buang air kecil untuk melihat kawasan di dalam pundi kencing. Prosedur ini perlu dilakukan jika seseorang pesakit itu disyaki memmpunyai kanser pundi kencing.

6) Biopsi: Jika pesakit sentiasa mengalami kencing berdarah dan fungsi buah pinggang semakin tidak bagus, pengambilan sampel pada bahagian buah pinggang mungkin perlu dilakukan untuk melihat punca sebenar masalah itu

4. Rawatan

Rawatan juga bergantung kepada punca kepada masalah kencing berdarah tersebut.

Kencing kotor: Pemberian antibiotik dan ubat untuk lawas air kencing

Batu karang: Ubat tahan sakit. Jika batu karang tidak pecah, perlu dimasukkan ‘stent’ supaya batu karang boleh lalu dalam tempat buang air kencing tanpa tersekat. Jika terlalu besar, pembedahan perlu dilakukan

Kanser pundi kencing: Melibatkan pembedahan dan juga kemoterapi

Masalah kencing berdarah disebabkan kerosakkan pada struktur glomerular akan dibincangkan pada bahagian lain kerana melibatkan rawatan yang lebih spesifik.

Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, sila like page kami Thediagnosa

Rujukan:

  1. Avner ED, Davis ID. Acute poststreptococcal glomerulonephritis. Behrman RE, Kliegman RM, Jenson HB, eds. Nelson Textbook of Pediatrics. 17th ed. Philadelphia, Pa: Elsevier Science; 2004. 1740-41.
  2. Nielsen M, Qaseem A, High Value Care Task Force of the American College of Physicians. Hematuria as a Marker of Occult Urinary Tract Cancer: Advice for High-Value Care From the American College of Physicians. Ann Intern Med. 2016 Jan 26.
  3. Committee Opinion No. 703 Summary: Asymptomatic Microscopic Hematuria in Women. Obstet Gynecol. 2017 Jun. 129 (6):1153-1154.
  4. Tu WH, Shortliffe LD. Evaluation of asymptomatic, atraumatic hematuria in children and adults. Nat Rev Urol. 2010 Apr. 7(4):189-94.
  5. Higashihara E, Nishiyama T, Horie S, et al. Hematuria: definition and screening test methods. Int J Urol. 2008 Apr. 15(4):281-4.
  6. Quigley R. Evaluation of hematuria and proteinuria: how should a pediatrician proceed?. Curr Opin Pediatr. 2008 Apr. 20(2):140-4.
  7. Kashtan CE. Familial hematuria. Pediatr Nephrol. 2009 Oct. 24(10):1951-8.

Dr Latif Saad

Seorang Pegawai Perubatan. Pengasas kepada page Root of Science dan e-Diagnosa

19 Comments

Adam · February 23, 2018 at 1:35 pm

Sekiranya melakukan senaman yg melampau dan sakit otot,adakah normal untuk kencing berdarah

    Dr Latif Saad · February 24, 2018 at 2:02 pm

    Kena check dengan doktor tu Tuan. Selalunya tak normal. Mungkin kena check air kencing untuk beberapa kali.

Khairulizaz · March 6, 2018 at 3:59 am

Assalamualaikum tuan…sy nk tanya pasal masa sy kencing last skali keluar darah..macam darah luka keluar menitik ikut saluran air kencing sy…apa masalah nya ye tuan…iya br berlaku pagi tdi.

    Dr Latif Saad · March 7, 2018 at 1:37 am

    Waalaikumsalam Tuan. Penyebab keluarnya darah daripada tempat buang air kecil boleh jadi beberapa sebab tuan. Ia boleh disebabkan batu karang, kanser pada pundi kencing, trauma dan juga beberapa perkara lagi.

    Dinasihatkan untuk tuan pergi berjumpa terus dengan doktor terlebih dahulu untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah ini.

    Terima kasih

Adam bin ahmad · March 14, 2018 at 12:17 pm

Saya mempunyai anak lelaki yg berusia 9 thn sejak dua hari ni dia kencing berdarah dan mengadu sakit dibahagian betis kaki, saya ingin penjelasan apa kah punca dan tanda tanda klu ada penyakit yg serious terhadap anak saya

Sekian terima kasih

    Dr Latif Saad · March 17, 2018 at 6:13 am

    Perlu dibawa berjumpa dengan doktor terus tuan. Ada bebarapa diagnosis yang berbahaya jika tidak dirawat awal

Syafika · March 24, 2018 at 4:25 am

assalamualaikum saya syafika berumur 12 thn saya slalu merasa sakit apabila akhir2 kencing dan mula berdarah kadang2 pula akan keluar satu daging darah apabila kencing apakah kencing berdarah itu disebabkan demam kerana selasa lalu saya mengidap penyakit demam dqn apakah saya mengidap penyakit buah pinggang.mohon penjelasan.terima kasih

    Dr Latif Saad · March 26, 2018 at 12:15 am

    Waalaikumsalam Adik Syafika. Kencing berdarah ini mempunyai pelbagai punca. Oleh itu, ia memerlukan pemeriksaan daripada doktor. Saya nasihatkan adik syafika untuk berbincangan dgn ibubapa supaya menceritakan masalah ini kepada doktor di klinik

mohamad fikri ramadan bin suhaimi · March 24, 2018 at 5:53 pm

Assalamualaikum.. 2 hari lepas saya melakukan workout pada bahagian kaki dan perut.. selepas itu badan saya mula rasa sakit otot dibahagian paha dan abs.. kemudian diikuti dgn kencing berdarah.. mcm mne tu ye?

pe · April 7, 2018 at 3:33 am

sy kekurangan tidur disebabkan menjaga org tua yg sakit.. sy juga pernah ada sejarah terkena batu karang.. hari yg sy kurang tidur keeaokan paginy sy kencing berwarna merah.. adakah ianya bahaya…

amirul · April 10, 2018 at 2:51 pm

assalamualaikum dr..sy nak bertanya sedikit..mak sy beritahu yang die pergi ke hospital untuk medical checkup..bila berjumpa doc di hospital untuk mengetahui keputusan medical checkup..doc beritahu mak sy ade darah sedikit di air kencing dan minta mak sy minum air banyak kerana kekurangan air didalam badan…tapi sy berasa mushkil bila baca blog dr sebab tak de sebut pasal kurang air dlm badan.. jadi boleh sy dapat nasihat dr…patut ke sy bawa ibu sy berjumpa pakar..dan pakar apa yang sesuai ye…

Nina · May 24, 2018 at 2:40 pm

Salam dr, saye berumur 18 thn, saye selalu rasa sakit mase kencing n pde akhir2 ada darah menitik, dan saye sering letih rase mcm nak demam, berat badan merosot nak makan tak selera, dan selalu sangat sembelit, kadang2 takut nak kencing sbb tak tahan nak tanggung sakit tu..

    ediagnosa · May 25, 2018 at 2:55 am

    Wasalam. Saya nasihatkan Cik untuk berjumpa dengan doktor. Ada banyak perkara kena periksa untuk melihat punca kepada masalah Cik.

Ammar · June 11, 2018 at 10:03 pm

Saya mengalami kencing darah.. Apa punca nya.. Awal ny saya disayaki kena batu krang.. Mohon bantuan dari doc untk jwb soalan sy.. Dan ap perlu sy lakukan..

Samsuddin Sulaiman · June 13, 2018 at 12:56 am

Saya ada buat ujian air kencing….dan di dapati air kencing bercampur darah dan bacaannya 300++
Saya sangat risau….dan bila buang air kecil berbau dan berbuih….apa perlu saya buat. Ada jumpaDr dan dicadangkan minum air yg banyak. Ini menyebabkan kerap kencing…..dan air kencing beetukar warna jernih tapi masih dikatakan air kencing bercamour darah.

AMMHAMZ · June 17, 2018 at 8:51 am

First time saya demam and bila buang air kecil berdarah. Normal ke doc?

    Dr Latif Saad · June 19, 2018 at 2:44 am

    Ia mungkin disebabkan jangkitan kuman dikawasan tersebut. Saya nasihatkan untuk pergi berjumpa dengan doktor terlebih dahulu

felzer · July 23, 2018 at 4:24 am

pada mula nya skit dan tidak selsa pda bhgian kemaluan. selpas berapa minggu sy skit untuk kencing. dan pada penghujungnya ada drah. walaupun sy tdk demam dan skit bhgian perut. apakah itu dr?

Influenza (Virus Selesema): Punca, Tanda dan Rawatan - TheDiagnosa · February 4, 2018 at 5:15 pm

[…] Kencing berdarah disebabkan virus menyerang otot […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *