276Shares

Kencing kotor juga dikenali sebagai jankitan kuman pada tempat buang air kecil. Ia selalu dihadapi oleh kaum wanita atas beberapa sebab seperti saluran tempat buang air yg pendek dan saluran tersebut dekat dengan tempat buang air besar. Ia akan memudahkan bakteria masuk ke dalammnya.

Bagi mereka yang mengandung pula, mereka lagi senang untuk menghidapi masalah ini kerana hormon yang terhasil ketika mengandung akan menyebabkan saluran buang air menjadi sedikit besar berbanding biar. Oleh itu, wanita mengandung lebih mudah untuk menghidapi kencing kotor

1. Istilah Perubatan

Kencing kotor: Juga dikenali sebagai jangkitan kuman pada tempat buang air kecil. Dalam bahasa inggeris ia dikenali sebagai urinary tract infection
Pyelonephritis: Jangkitan kuman pada buah pinggang
Patofisiologi: Bagaimana penyakit itu berlaku
Prognosis: Kesudahan kepada pesakit tersebut




2. Pengenalan

Kencing kotor ataupun jangkitan kuman pada saluran buang air kecil merupakan salah satu penyakit yang selalu dihadapi oleh seorang wanita. Pesakit selalunya akan mengadu rasa pedih ketika membuang air kecil dan juga sakit di bahagian ari-ari(abdomen bahagian bawah).

Ini adalah disebabkan jangkitan kuman yang berlaku di dalam tempat buang air kecil menyebabkan keradangan di bahagian tersebut.

3. Patofisiologi

Saluran air kecing selalunya tidak mengandungi sebarang bakteria. Akan tetapi disebabkan faktor-faktor tertentu terutamanya bagi seorang wanita, bakteria boleh masuk ke dalam saluran kencing.

Air kencing merupakan medium yang sesuai untuk pembiakan bakteria. Ini kerana ia mengandungi kepekatan urea yang tinggi, mempunyai pH yang rendah iaitu 5.5 dan mempunyai asid organik. Bahan-bahan ini akan memberi makanan dan tempat tinggal yang sesuai bagi organisma tersebut.

Hubungan seks pun sebenarnya meningkatkan kebarangkalian untuk mendapat kencing kotor terutamanya bagi wanita. Akan tetapi mereka yang kerap membuang air kecil menunjukkan peratusan yang rendah untuk mendapat masalah ini.

Jika masalah jangkitan kuman pada bahagian pundi kencing tidak dirawat, kuman boleh naik ke bahagian atas dan menyebabkan jangkitan kuman dibuah pinggang pula. Masalah itu dinamakan sebagai pyelonephritis.

4. Faktor risiko yang menyebabkan kencing kotor

Beberapa faktor risiko yang menyebabkan kencing kotor adalah:

  • Wanita. Wanita mempunyai risiko untuk mendapat kencing kotor yang lebih berbanding lelaki. Ini kerana salur buang air kecil wanita adalah lebih pendek berbanding lelaki dan ia lebih dekat dengan tempat buang air besar. Oleh itu, kuman mudah untuk masuk ke dalam saluran tersebut
  • Perempuan mengandung.
  • Pekerja seks
  • Mengalami masalah pundi kencing
  • Mempunyai masalah sistem imun sebagai contoh dalam pesakit HIV dan kencing manis
  • Mempunyai masalah batu karang
  • Wanita berumur
  • Neurogenic bladder disorder. Masalah pundi kencing yang tidak boleh dikawal disebabkan saraf tunjang yang bermasalah. Ia menyebabkan sedikit air kencing terkumpul dalam pundi kencing dan ia menyediakan tempat yang sesuai untuk bakteria membiak




5. Simptom

Untuk kencing kotor, ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu pesakit yang mempunyai simptom(Symptomatic Urinary Tract Infection) dan pesakit yang tidak mempunyai simptom(Asymptomatic Urinary Tract Infection).

Selalunya pesakit yang tidak ada simptom ini kita dapat kesan ketika mana mereka datang untuk periksa air kencing waktu mengandung. Pada ketika itu, keputusan mereka menunjukkan positif mempunyai jangkitan kuman. Akan tetapi pesakit langsung tidak mempunyai sebarang simptom. Untuk mereka yang mengandung, rawatan antibiotik masih perlu diberikan walaupun mereka tidak mempunyai simptom.

Bagi pesakit yang mempunyai simptom pula, selalunya mereka akan mengadu:

6. Prognosis (Kesudahan)

Walaupun dengan rawatan antibiotik, pesakit selalunya mengambil masa 3 hari untuk hilang daripada simptom terutamanya sakit ketika buang air kecil. Ada juga pesakit yang tidak mengambil sebarang ubat boleh sembuh dengan sendirinya, akan tetapi pengambilan antibiotik dapat mengurangkan simptom yang ada dan mengelakkan jangkitan itu pergi ke buah pinggang.

Pesakit yang mempunyai prognosis(kesudahan) yang teruk adalah:

  • Orang yang sudah berumur
  • Pesakit yang mengalami masalah sistem imun seperti pesakit HIV dan kencing manis
  • Pesakit yang mempunyai batu karang
  • Pesakit yang mempunyai masalah saraf tunjang dan menyebabkan dia tidak mampu mengawal air kencing(neurogenic bladder)
  • Pesakit kanser
  • Sedang menjalani kemoterapi

7. Diagnosa-diagnosa lain

Terdapat beberapa diagnosa lain yang menyebabkan simptom yang sama. Ianya adalah:

8. Penyiasatan

Beberapa penyiasatan boleh dibuat untuk mengesahkan seseorang itu mempunyai jangkitan kuman pada saluran kencing ataupun tidak. Spesimen yang selalu diambil daripada pesakit adalah air kencingnya.

Specimen air kencing yang bagus adalah apabila seseorang itu mengambilnya secara ‘mid-stream’. Ia boleh diambil dengan cara sesorang itu mula buang air terlebih dahulu dan spesimen itu di ambil pada aliran air bahagian tengah.

Ini kerana jika seseorang itu terus kencing di dalam bekas, spesimen itu akan tercemar dengan bakteria yang berada pada bahagian hujung salur air kencing.

Urine full examination and microscopic examination(UFEME)

Ujian ini merupakan salah satu ujian yang selalu dibuat di klinik kesihatan untuk melihat kandungan air kencing. Dalam ujian ini ia dapat menentukan sama ada air kencing tersebut mempunyai protein, gula, sel darah putih, sel darah merah, pH, nitrate dan beberapa perkara lagi.

Bagi pesakit kencing kotor, selalunya kencing mereka mesti mempunyai sel darah putih dan kehadiran kompaun nitrate. Kadang-kadang terdapat juga kehadiran sedikit sel darah merah dalam air kencing tersebut.

Jika air kencing tersebut mempunyai keputusan seperti diatas, bermaksud seseorang itu sedang mengalami kencing kotor.
Urine culture

Dalam siasatan ini, air kencing pesakit akan di ambil dan dikultur(culture). Ia bermaksud bakteria di dalam air kencing tersebut akan cuba dibiakkan. Apabila ia telah membiak, bakteria tersebut akan diuji pada beberapa jenis bahan dan antibiotik.

Kemudian, struktur nya juga akan dilihat dibawah mikroskop. Setelah mendapat keputusan semua ujian diatas, barulah jenis bakteria dapat diketahui dan antibiotik yang sesuai dapat ditentukan.

Terdapat beberapa kriteria yang diperlukan sebelum spesimen air kencing seseorang itu dibuat’urine culture’. Ianya seperti pesakit yang kerap mengalami kencing kotor, mereka yang tidak sembuh selepas pengambilan antibiotik dan beberapa kriteria yang lain

Siasatan lain

Terdapat juga siasatan lain yang boleh dijalankan seperti Full Blood Count dan Renal Profile.

Full blood count adalah ujian darah untuk melihat bilangan darah. Dalam pesakit kencing kotor yang mempunyai simptom, selalunya sel darah putih akan lebih tinggi daripada biasa

Renal profile pula ujian darah untuk melihat fungsi buah pinggang. Ini kerana jangkitan kuman yang merebak ke bahagian buah pinggang boleh menyebabkan fungsinya terganggu.

9. Komplikasi

Terdapat beberapa komplikasi yang boleh dihadapi oleh pesakit yang mengalami jangkitan kuman pada tempat buang air kecil. Ianya adalah:

  • Orhcitis: Jangkitan kuman pada testis
  • Pyelonephritis: Jangkitan kuman pada buah pinggang
  • Sepsis: Jangkitan kuman yang merebak dalam darah. Ia juga dikenali sebagai urosepsis

10. Rawatan

Penggunaan antibiotik mampu mengurangkan simptom dan menyembuhkan pesakit dalam waktu beberapa hari. Akan tetapi, ia juga boleh menghasilkan kerintangan antibiotik oleh bakteria tersebut.

Bermaksud bakteria tersebut menjadi kebal dan tidak dapat dibunuh oleh antibiotik tersebut. Ia merupakan respons normal bakteria untuk melindungi dirinya.

Oleh sebab itu, penggunaan antibiotik hanyalah perlu diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Penggunaan antibiotik

Terdapat beberapa pesakit sahaja yang perlu diberikan antibiotik

  • Pesakit yang mempunyai simptom kencing kotor
  • Pesakit yang tidak mempunyai simptom kencing kotor tetapi sedang mengandung

Bagi pesakit yang tidak mempunyai simptom tetapi ujian air kencing membuktikan ia mempunyai kencing kotor, antibiotik tidak perlu diberikan. Pesakit hanya perlu minum air dengan lebih banyak supaya bakteria tersebut dapat disingkirkan melalui air kencing.

Oleh itu, minumlah air selalu untuk mengurangkan kebarangkalian menghidapi kencing kotor terutamanya mereka yang sedang mengandung




Jika maklumat ini bermanfaat, sila like page kami TheDiagnosa

Rujukan:

  1. Gupta K, Hooton TM, Naber KG, et al. International clinical practice guidelines for the treatment of acute uncomplicated cystitis and pyelonephritis in women: A 2010 update by the Infectious Diseases Society of America and the European Society for Microbiology and Infectious Diseases. Clin Infect Dis. 2011 Mar. 52(5):e103-20
  2. Wagenlehner FM, Schmiemann G, Hoyme U, Fünfstück R, Hummers-Pradier E, Kaase M, et al. [National S3 guideline on uncomplicated urinary tract infection: recommendations for treatment and management of uncomplicated community-acquired bacterial urinary tract infections in adult patients]. Urologe A. 2011 Feb. 50(2):153-69.
  3. Abrahamian FM, Moran GJ, Talan DA. Urinary tract infections in the emergency department. Infect Dis Clin North Am. 2008 Mar. 22(1):73-87, vi.
  4. Little P, Turner S, Rumsby K, Warner G, Moore M, Lowes JA, et al. Dipsticks and diagnostic algorithms in urinary tract infection: development and validation, randomised trial, economic analysis, observational cohort and qualitative study. Health Technol Assess. 2009 Mar. 13(19):iii-iv, ix-xi, 1-73.
  5. Lane DR, Takhar SS. Diagnosis and management of urinary tract infection and pyelonephritis. Emerg Med Clin North Am. 2011 Aug. 29(3):539-52
Categories: Perubatan

Dr Latif Saad

Seorang Pegawai Perubatan. Pengasas kepada page Root of Science dan e-Diagnosa

18 Comments

Freystz · November 20, 2017 at 8:25 am

Adakah klinik biasa boleh mengenal pasti kencing kotor? Bercadang untuk pergi kerana mempunyai simptom yang sama seperti di arktikel.

    TheDiagnosa · November 20, 2017 at 8:26 am

    Klinik biasa boleh membuat pemeriksaan tersebut tuan.

Sarimah · January 9, 2018 at 2:29 pm

Apakah simtom pening yg berterusan dan nak pitam berpunca dari kencing kotor

rizduan · January 12, 2018 at 11:17 pm

saya sakit di bahagian pinggang belakang belah kiri dan sesak nafas apabila sakit di bahagian pinggang….saya pergi chek di klinik ..air kencing saya mgandungi kuman dah darah ..

    Suryani · February 1, 2018 at 6:49 am

    sy pun sma..semlm ke clinic,,doc ckp bnda yg sama..da kuman & darah..skrg sy kena mkn antibiotik & kerap minum air masak..klu still lg sakit pinggang..kena refer hosp..:(

Azura · April 1, 2018 at 8:52 am

Saya tgh mengalami masalah seperti di atas. .Dr pg td smpai ke ptg masih dlm keadaan sakit.sakit yang teramat sangat ketika buang air kecil.mnum air putih yg bnyk pn blm baik jg.tlg bantu sy apa yg perlu sy buat

    Dr Latif Saad · April 1, 2018 at 8:56 am

    Selalunya kita kena periksa sama ada Pn mengalami kencingnkotor ataupun tidak. Oleh itu, Pn perlu periksa air kencing puan di klinik utk mengetahui ada kencing kotor ataupun tidak. Jika ya, antibiotik akan diberikan kepada Puan.

    Kita pun risau masalah penyakit yg lain seperti jangkitan appendiks.

    Oleh itu, Pn perlu diperiksa di klinik terlebih dahulu

nik · April 10, 2018 at 9:13 am

Apakah rasa kerap nak kencing dan rasa sedikit perit semasa membuang air kecil dan rasa xpuas slp kencing n rasa menyucuk pada salur kencing berkaitan dgn kencing kotor @ batu karang?

Lia · April 11, 2018 at 9:39 am

Hi, sya mengalami simptom sakit smsa membuang air kecil, terutamanya dbahagian akhir sya kencing. Sakit sangat. Dibahagian ari2 sya juga terasa sakit. Stiap masa sya rasa nak kencing, dan cepat2 untuk ke tandas. Jika sya menahannya akan lebih sakit lagi. Sya juga perasan, setiap kali kencing ada sedikit buih. Ada ka simptom sya ini berbahaya?? Kerana sya belum membuat pemeriksaan di klinik.

    Dr Latif Saad · April 13, 2018 at 12:31 am

    Bahaya ataupun tidak tu kena periksa di klinik dulu. Kencing berbuih boleh jadi normal dan boleh jadi disebabkan masalah buah pinggang. Oleh itu, saya nasihatkan puan periksa terlebih dahulu

Aizura · April 17, 2018 at 12:23 am

Doc saya juga mengalami pedih ketika nak kencing . Saya dah pernah kena beberapa dari tahun 2010- skrg.. setahun maybe 2-3 kali.. bila checkup before ni, doc diagnosis kencing kotor dan doc memberi antibiotik zinnat.. cuma kali ini saya tak berani nak dptkan antibiotik tersebut memandang kan lewat period dah 7 hari. Risau juga mengandung. Dah check upt juga tapi result negative.. skrg sy ada bei serbuk ural yg minum dgn air tu utk cuci kencing yg kotor.. doc adakah kerana kencing kotor x dapat track mengandung? Coz check 3 kali tp negative.. sampai hari ni dah 7 hari lewat period.. pls help me doc..

    latif · April 17, 2018 at 12:30 am

    ada antibiotik yang boleh diambil untuk mereka yang pregnant. So, kena jumpa doktor dan check semula samada mengalami kencing kotor ataupun tidak. Lepas tu UPT boleh diperiksa semula lepas seminggu puan

      Aizura · April 17, 2018 at 12:53 am

      Okey baiklah hari ni saya pegi checkup dulu.. biasanya sy kalau mls cekup dan dah tau kncing kotor pernah juga sy direct ke farmasi beli zinnat.. zinnat selamat x utk wanita pregnen? t ksh doc Latif.

Nana · May 21, 2018 at 10:52 am

Saya sakit dekat ari2.. Sakit bukan sahaja time nak kencing… Time duduk berjln pun rasa sakit.. Pada masa yg sama.. Breast saya sakit.. Adakah itu disebabkan simpton kencing kotor juga.

eva sofia · May 22, 2018 at 5:54 am

Salam dokter .. sy dh kne sakit ni dekat 5 tahun .. baik dtg lgi baik dtg lgi .. dn sy dh mkn antibiotik n minum ural still baik kjp je nnty dtg lagi .. taade ke ubat yg bole hilangkn terus tnpa ia dtg lagi .. injection ke .. sy kadang nk give up .. sakit dokter .. mcm2 sy dh ikhtiar ..

Khairul razi · July 8, 2018 at 2:37 am

Salam doktor. Sy terkena kencing kotor setelah sy pergi check di klinik. Masalah saya kerap pergi kencing. Kencing tidak lawas. Dan tidak selesa di bgian bawah perut dan dsbbkn sy tidak slesa untuk berjalan. Sy telah mengamalkn antibiotik dan urinary alkalinizer tetapi tidak baik jgk. Ubat dan abis pun tidak baik jgk masalah sy. So apa yg sy kne buat doktor? Ada x ubat ubatan yang lain

    Dr Latif Saad · July 9, 2018 at 6:49 am

    Wslm. Jika kencing kotor selalu berlaku, saya nasihatkan untuk pergi berjumpa dengan doktor Klinik kerajaan. Selalunya air kencing akan diambil untuk melihat jenis bakteria yang menyebabkan jangkitan kuman tersebut. Kadang2 antibiotik yang diberi sudah tidak berkesan dan memerlukan antibiotik yang lebih kuat. Jika masih ada masalah yang sama selalunya doktor klinik akan rujuk kepada pakar urology

Kencing tak Lawas: Punca dan Cara Rawatan - TheDiagnosa · January 16, 2018 at 4:17 am

[…] Jangkitan kuman pada tempat pembuangan air kencing (Kencing kotor) […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *