Kencing kotor juga dikenali sebagai jangkitan kuman pada tempat buang air kecil. Ia selalu dihadapi oleh kaum wanita atas beberapa sebab seperti saluran tempat buang air yg pendek dan saluran tersebut dekat dengan tempat buang air besar. Ia akan memudahkan bakteria masuk ke dalammnya.

Bagi mereka yang mengandung pula, mereka lagi senang untuk menghidapi masalah ini kerana hormon yang terhasil ketika mengandung akan menyebabkan saluran buang air menjadi sedikit besar berbanding biar. Oleh itu, wanita mengandung lebih mudah untuk menghidapi kencing kotor

Istilah Perubatan

Kencing kotor: Juga dikenali sebagai jangkitan kuman pada tempat buang air kecil. Dalam bahasa inggeris ia dikenali sebagai urinary tract infection
Pyelonephritis: Jangkitan kuman pada buah pinggang
Patofisiologi: Bagaimana penyakit itu berlaku
Prognosis: Kesudahan kepada pesakit tersebut

Pengenalan

Kencing kotor ataupun jangkitan kuman pada saluran buang air kecil merupakan salah satu penyakit yang selalu dihadapi oleh seorang wanita. Pesakit selalunya akan mengadu rasa pedih ketika membuang air kecil dan juga sakit di bahagian ari-ari(abdomen bahagian bawah).

Ini adalah disebabkan jangkitan kuman yang berlaku di dalam tempat buang air kecil menyebabkan keradangan di bahagian tersebut.

Patofisiologi

Saluran air kecing selalunya tidak mengandungi sebarang bakteria. Akan tetapi disebabkan faktor-faktor tertentu terutamanya bagi seorang wanita, bakteria boleh masuk ke dalam saluran kencing.

Air kencing merupakan medium yang sesuai untuk pembiakan bakteria. Ini kerana ia mengandungi kepekatan urea yang tinggi, mempunyai pH yang rendah iaitu 5.5 dan mempunyai asid organik. Bahan-bahan ini akan memberi makanan dan tempat tinggal yang sesuai bagi organisma tersebut.

Hubungan seks pun sebenarnya meningkatkan kebarangkalian untuk mendapat kencing kotor terutamanya bagi wanita. Akan tetapi mereka yang kerap membuang air kecil menunjukkan peratusan yang rendah untuk mendapat masalah ini.

Jika masalah jangkitan kuman pada bahagian pundi kencing tidak dirawat, kuman boleh naik ke bahagian atas dan menyebabkan jangkitan kuman dibuah pinggang pula. Masalah itu dinamakan sebagai pyelonephritis.

Faktor risiko yang menyebabkan kencing kotor

Beberapa faktor risiko yang menyebabkan kencing kotor adalah:

  • Wanita. Wanita mempunyai risiko untuk mendapat kencing kotor yang lebih berbanding lelaki. Ini kerana salur buang air kecil wanita adalah lebih pendek berbanding lelaki dan ia lebih dekat dengan tempat buang air besar. Oleh itu, kuman mudah untuk masuk ke dalam saluran tersebut
  • Perempuan mengandung.
  • Pekerja seks
  • Mengalami masalah pundi kencing
  • Mempunyai masalah sistem imun sebagai contoh dalam pesakit HIV dan kencing manis
  • Mempunyai masalah batu karang
  • Wanita berumur
  • Neurogenic bladder disorder. Masalah pundi kencing yang tidak boleh dikawal disebabkan saraf tunjang yang bermasalah. Ia menyebabkan sedikit air kencing terkumpul dalam pundi kencing dan ia menyediakan tempat yang sesuai untuk bakteria membiak

Simptom

Untuk kencing kotor, ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu pesakit yang mempunyai simptom(Symptomatic Urinary Tract Infection) dan pesakit yang tidak mempunyai simptom(Asymptomatic Urinary Tract Infection).

Selalunya pesakit yang tidak ada simptom ini kita dapat kesan ketika mana mereka datang untuk periksa air kencing waktu mengandung. Pada ketika itu, keputusan mereka menunjukkan positif mempunyai jangkitan kuman. Akan tetapi pesakit langsung tidak mempunyai sebarang simptom. Untuk mereka yang mengandung, rawatan antibiotik masih perlu diberikan walaupun mereka tidak mempunyai simptom.

Bagi pesakit yang mempunyai simptom pula, selalunya mereka akan mengadu:

Prognosis (Kesudahan)

Walaupun dengan rawatan antibiotik, pesakit selalunya mengambil masa 3 hari untuk hilang daripada simptom terutamanya sakit ketika buang air kecil. Ada juga pesakit yang tidak mengambil sebarang ubat boleh sembuh dengan sendirinya, akan tetapi pengambilan antibiotik dapat mengurangkan simptom yang ada dan mengelakkan jangkitan itu pergi ke buah pinggang.

Pesakit yang mempunyai prognosis(kesudahan) yang teruk adalah:

  • Orang yang sudah berumur
  • Pesakit yang mengalami masalah sistem imun seperti pesakit HIV dan kencing manis
  • Pesakit yang mempunyai batu karang
  • Pesakit yang mempunyai masalah saraf tunjang dan menyebabkan dia tidak mampu mengawal air kencing(neurogenic bladder)
  • Pesakit kanser
  • Sedang menjalani kemoterapi