Sakit ketika kencing adalah satu istilah yang digunakan untuk menunjukkan ketidakselesaan ketika ingin membuang air kecil terutamanya pada bahagian ari-ari. Kencing sakit juga merupakan salah satu perkara yang selalu dialami oleh kebanyakan orang.

Perlu diketahui bahawa kebanyakan daripada mereka yang mengalami masalah ini adalah berpunca daripada jangkitan kuman pada tempat buang air kecil.

Punca Kencing sakit

Terdapat beberapa punca yang selalu menyebabkan masalah kencing sakit. Ianya adalah:

Jangkitan kuman biasa selalunya berlaku pada kaum wanita kerana tempat buang air kecilnya sangat hampir dengan tempat buang air besar membuatkan kuman tersebut boleh pergi ke tempat buang air kecil.

Ia diterukkan lagi apabila seseorang wanita itu mengandung. Ketika seorang wanita itu mengandung, hormon estrogennya akan lebih tinggi. Hormon ini akan membuatkan salur pembuangan air kencing menjadi relaks dan diameternya menjadi semakin besar. Oleh itu, kuman lebih mudah naik ke dalam salur air kencing.

Disamping itu, rahim yang membesar juga akan menyebabkan air kencing tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya ketika buang air. Air kencing yang tertinggal ini boleh menjadi perumah untuk bakteria membiakĀ  dan menyebabkan kencing kotor.

Berlawanan dengan kaum lelaki pula, mereka sukar untuk menghadapi masalah kencing kotor. Jika seseorang individu itu sering melakukan seks bebas ataupun melakukan seks dengan pekerja seks, mereka akan lebih mudah untuk mendapat jangkitan gonorrhea, chlamydia dan juga herpes yang boleh menyebabkan masalah sakit ketika membuang air kencing

Penyiasatan untuk mengesan punca kencing sakit

Ujian yang selalu dibuat untuk mengesan punca kepada masalah kencing sakit adalah ujian air kencing.

Ujian air kencing ini dinamakan sebagai ‘Urine Full Examination and Microscopic Examination’ (UFEME). Dalam Ujian ini, ia akan melihat kehadiran beberapa jenis sel darah berserta bahan di dalamnya.

Pesakit yang mengalami jangkitan kuman selalunya mempunyai air kencing yang mengandungi sel darah putih berserta kompaun nitrate di dalamnya. Kadang-kadang ia juga mempunyai sedikit sel darah merah

Bagi pesakit yang mempunyai batu karang, selalunya pesakit akan mempunyai sel darah merah di dalam air kencingnya.

X-ray

Ujian X-ray juga boleh dilakukan untuk melihat kehadiran batu karang.

Rawatan Kencing Sakit

Rawatan yang selalu diberikan adalah melihat kepada punca penyakit. Tetapi pesakit selalunya akan diberikan ubat tahan sakit terlebih dahulu.

Antibiotik: Jika pesakit disyaki mempunyai kencing kotor ataupun jangkitan kuman di tempat buang air kecil, pesakit akan diberikan antibiotik terutamanya pesakit yang disebabkan melakukan seks bebas.

Pengalkalian air kencing: Pesakit yang mengalami kencing kotor juga selalunya akan diberi ubat untuk mengalkalikan air kencing dengan tujuan untuk membunuh bakteria yang ada

Minum air banyak: Pesakit perlulah meminum air yang banyak untuk memecahkan batu karang yang sedia ada

Pembedahan: Jika terdapat batu karang yang di dalam pundi kencing, beberapa prosedur seperti pembedahan perlu dilakukan untuk mengeluarkan batu karang tersebut

Cara untuk mengelak kencing kotor ataupun kencing sakit

Ada beberapa cara untuk mengelakkan kencing sakit dengan cara mengubah gaya hidup. Ia adalah:

  • Sentiasa membersihkan tempat buang air kecil dan besar dengan bersih. Seeloknya bersihkan tempat buang air kencing terlebih dahulu. Sebelum membersihkan tempat buang air besar yang mempunyai kuman
  • Sentiasa mengelakkan seks bebas kerana anda akan berisiko untuk dijangkiti penyakit yang boleh merebak melalui hubungan seks
  • Minum air dengan kadar yang banyak supaya dapat mengelakkan penghasilan batu karang
  • Jangan menahan air kencing

Rujukan:

  1. Rakel RE, et al., eds. Urinary tract disorders. In: Textbook of Family Medicine. 9th ed. Philadelphia, Pa.: Elsevier Saunders; 2016. https://www.clinicalkey.com. Accessed Aug. 3, 2017.
  2. Henderson MC, et al. Dysuria. In: The Patient History: An Evidence-Based Approach to Differential Diagnosis. 2nd ed. New York, N.Y.: The McGraw-Hill Companies; 2012. http://accessmedicine.mhmedical.com. Accessed Aug. 3, 2017.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *