Kencing tikus (leptospirosis) merupakan salah satu penyakit yang sering dikaitkan dengan keberadaan tikus. Ini kerana kuman ini sangat tinggi di dalam air kencing haiwan yang dijangkiti

1.  Istilah perubatan

Kencing tikus: Leptospirosis
Zoonosis: jangkitan kuman dikalangan haiwan(selalunya haiwan bertulang belakang/Vertebra) yang juga menjangkiti manusia
Patofisiologi: Bagaimana penyakit itu berlaku

2. Pengenalan

Leptospirosis ataupun yang dikenali sebagai kencing tikus merupakan jangkitan kuman kepada manusia dan haiwan disebabkan bakteria jenis spirochetes iaitu Leptospira. Jangkitan leptospirosis merupakan salah satu Zoonosis iaitu jangkitan kuman daripada haiwan kepada manusia dan dalam hal ini tikus selalunya menjadi perumah utama. Kajian juga menyatakan bahawa zoonosis yang selalu berlaku di kebanyakkan negara adalah penyakit leptospirosis.

Spesies leptospira juga boleh menjangkiti kebanyakkan haiwan yang lain seperti burung, jenis reptilia dan mammal dan beberapa jenis haiwan yang lain. Jarang bagi manusia menjadi pembawa iaitu membawa bakteria tersebut di dalam badannya tanpa mempunyai simptom.

Walaupun penyakit kencing tikus selalu berlaku ditempatyang mempunyai kehadiran tikus yang banyak, tetapi penyakit ini juga boleh menjangkiti seseorang yang terlibat dengan akitiviti sukan luar terutamanya yang melibatkan air.

Kuman leptospirosis selalunya banyak ditemui pada gigi air sumber air seperti tasik mahupun sungai. Ini kerana haiwan selalunya akan membuang air pada kawasan tersebut termasuk mereka yang telah dijangkiti dengan kuman leptospirosis

Kes yang melibatkan haiwan tikus ini selalunya berlaku di kawasan bandar. Manakala, kes pedalaman akan melibatkan aktivit air di sungai ataupun tasik. Kumpulan yang selalu dijangkiti leptospira ini adalah golongan muda dalam lingkungan umur 20 hingga 30 tahun kerana mereka adalah golongan yang aktif dan selalu pergi ke kawasan permainan air tersebut.

3. Patofisiologi (Punca Kencing tikus)

Kuman Leptorspira adalah nipis dan bergulung. Ia merupakan organisma yang menggunakan oksigen untuk hidup. Ianya boleh bergerak dan hujungnya mempunyai cangkuk berserta sepasang Flagella untuk pergerakkan. Pergerakkan ini membuatkan kuman ini mampu membenamkan dirinya ke dalam tisu badan.

Leptospira merupakan dibawah kumpulan(order) Spirocheatales dan ia di dalam keluarga(family) Leptospiraceae.

3.1 Haiwan Perumah

Kebanyakkan haiwan perumah bagi bakteria leptospira ini adalah terdiri daripada haiwan mammal yang liar. Ia meliputi tikus, khinzir, anjing, kucing, lembu dan beberapa lagi. Tetapi perumah yang paling utama untuk penyakit ini adalah tikus dan ia menjadi sumber jangkitan yang utama di seluruh dunia.

Jangkitan leptospira pada haiwan selalunya tidak mendatangkan apa-apa simptom terhadap haiwan tersebut. Oleh kerana itu, kita memanggil mereka sebagai haiwan perumah kerana ia tidak memberi kesan yang buruk kepada haiwan tersebut. Selalunya bakteria ini akan duduk di dalam organ buah pinggang dan akan keluar bersama air kencing haiwan. Oleh itu, air kencing haiwan tersebut menjadi punca utama merebaknya penyakit leptospirosis ini.

3.2 Cara Jangkitan

Air kencing daripada haiwan perumah merupakan salah satu sumber jangkitan yang utama. Dipercayai kuman leptospira memasuki badan manusia melalui:

  • Kulit yang melelas(abrasion)
  • Gigitan haiwan mahupun tikus yang dijangkiti leptospira
  • Pengambilan air yang tercemar dengan bakteria tersebut(sebagai contoh air daripada sungai yang tercemar)
  • Menghirup udara yang mengandungi bakteria tersebut

4. Simptom dan tanda tanda kencing tikus

Pesakit akan mempunyai simptom dan tanda yang selalu dialami oleh demam biasa seperti:

  • Demam
  • Sakit kepala
  • Rasa seram sejuk
  • Sakit badan
  • Rasa loya dan muntah-muntah
  • Cirit-birit
  • Batuk tanpa kahak

Tetapi simptom tambahan yang selalu dihadapi oleh pesakit leptospirosis adalah merah pada bahagian konjunktiva mata(conjunctival effusion). Malah dalam keadaan yang teruk pesakit akan mempunyai kekuningan disebabkan masalah hati. Malah boleh mengalami pendarahan jika jangkitan kuman dalam darah berlaku dengan teruk.

5. Komplikasi

Jangkitan kuman pada manusia selalunya boleh memberi kesan kepada hati dan buah pinggang. Sebab itu dalam jangkitan kuman leptospira yang teruk pesakit akan mempunyai kegagalan hati berserta simptom kekuningan pada mata. Malah buah pinggang seseorang itu pun boleh rosak.

Disini kami senaraikan beberapa komplikasi yang boleh dihadapi oleh seseorang yang menghidapi penyakit ini:

  • Kegagalan hati
  • Kegagalan buah pinggang
  • Jangkitan kuman pada selaput otak(Meningitis)
  • Keradangan pada organ pankreas(pancreatitis)
  • Keradangan pada otot jantung(myocarditis) yang boleh menyebabkan jantung berhenti berdenyut dengan sendirinya
  • Disseminated Intravascular Coagulopathy(DIVC): Dalam komplikasi ini, terdapat kecelaruan dalam pembekuan darah hingga menyebabkan penggunaan protein pembekuan darah sehingga habis dan pembentukan darah beku di seluruh tempat pada bahagian badan. Ketika mana protein pembekuan darah sudah habis digunakan, seseorang individu tersebut akan mempunyai risiko pendarahan yang tinggi.

6. Diagnosa-diagnosa lain

Terdapat beberapa diagnosa lain yang menunjukkan simptom yang sama. Ianya adalah

7. Rawatan kencing tikus

Disebabkan leptopsirosis adalah jangkitan bakteria leptospira, maka ubat yang selalu digunakan adalah antibiotik.

Jenis antibiotik yang selalu digunakan untuk merawat jangkitan yang tidak serius adalah Doxicyline dan juga amoxycillin.
Tetapi jika jangkitan kuman itu teruk hingga dimasukkan ke dalam hospital, rawatan yang selalu diberikan adalah pemberian antibiotik Ceftriaxone.

Walaubagaimanapun ada beberapa jenis antibiotik yang lain digunakan untuk merawat jangkitan kuman tersebut.

8. Antibiotik untuk mengelakkan jangkitan kuman leptospira (kencing tikus)

Kepada mereka yang  akan terdedah dengan jangkitan kuman leptospirosis, penggunaan antibioitik doxycycline sebanyak 200mg yang diambil seminggu sebelum aktiviti air tersebut dapat membantu mengelakkan daripada terkena jangkitan tersebut.

Beberapa tempat yang dikatakan boleh dijangkiti kuman kencing tikus ini adalah:

  1. Tasik
  2. Sungai
  3. Kolam yang terbiar

Jika anda menjalankan aktiviti air pada tempat yang tersebut adalah dinasihatkan untuk mengambil antibiotik seperti yang dinyatakan untuk mengelak jangkitan kuman leptospirosis

Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, jangan lupa like dan follow page kami The Diagnosa


3 Comments

Syarafina · at

As salam ..baru ii ini sya mmbeli air mineral sejuk dkt kedai runcit dan saya telah minum sedikit ..ketika sya minum tu sya terhidu bau kencing tikus kt penutup botol itu ..sya tnya mak sya mak sya ckp mmng bau air kencing tikus ..sya nak tnya adakah air didlm botol itu terjejas juga?

Demam Denggi: Punca, Simptom dan Cara Rawatan - TheDiagnosa · at

[…] Kencing tikus(Leptospirosis) […]

Kes Adik Thaqif: Kenapa doktor potong kaki Thaqif dan kenapa keputusan dapat lambat? - Root of Science · at

[…] Kami telah membuat post sebelum ini berkenaan dengan apa yang mungkin di alami oleh adik Thaqif. Iaitu dia mungkin mengalami Disseminated Intravascular Coagulopathy. Ini disebabkan jangkitan kuman yang sangat teruk dan dalam hal ini penyebab kepada perkara tersebut adalah kuman leptospirosis. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *