Asyik nak pergi tandas kerana masalah kerap kencing? Bagi kebanyakan individu, ia mampu menyimpan air kencing hinggalah ia rasa ingin ketandas lebih kurang 4 kali sehari.

Akan tetapi jika ia selalu melebihi 8 kali sehari, ia mungkin menunjukkan anda minum secara berlebihan mahupun mengalami masalah kesihatan.

Punca kerap kencing

Kencing kerap boleh menjadi simptom kepada pelbagai penyakit. Bermula daripada masalah buah pinggang hinggalah kepada minum air dalam kuantiti yang banyak.

Terdapat beberapa penyebab kepada masalah kerap kencing:

  • Kencing kotor: Jangkitan kuman pada tempat buang air kecil. Selalunya ia pesakit seperti ini akan mengadu sakit dibahagian ari-ari, sakit ketika buang air kecil dan juga boleh demam
  • Kencing manis: Pesakit selalunya kerap kencing dengan kuantiti yang banyak. Ia merupakan salah satu tanda kencing manis yang tidak terkawal dimana gula akan masuk ke dalam air kencing dan menyebabkan air kencing menjadi banyak.
  • Kehamilan: Pembesaran rahim disebabkan bayi membesarkan akan memberi tekanan pada pundi kencing. Ini akan menyebabkan isipadu yang boleh ditampung oleh pundi kencing semakin berkurangan. Oleh sebab itu, perempuan yang hamil akan mudah mempunyai masalah kerap kencing
  • Masalah prostate: Masalah prostate bengkak boleh menyebabkan himpitan pada saluran air kencing. Ini akan menyebabkan dinding pundi kencing menebal dan akan mengeluarkan air kencing walaupun pada kuantiti yang sedikit. Lalu masalah kerap kencing pun berlaku
  • Pengambilan ubat lawas air kencing(ubat diuretic). Ubat yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi seperti ubat diuretic akan menyebabkan kuantiti air kencing semakin banyak. Oleh itu, kencing pun akan menjadi lebih kerap bagi pesakit ini
  • Kanser pundi kencing: Selalunya pesakit jua akan mempunyai masalah kencing berdarah

Kencing Kotor: Punca, Simptom dan Cara Rawatan

Penyiasatan

Terdapat beberapa penyiasatan yang boleh dilakukan untuk mengesan punca masalah kerap kencing. Ianya adalah

  • Bacaan gula: Seseorang yang mengadu kerap kencing perlu untuk diambil bacaan gula dalam darah. Ini kerana salah satu punca kerap kencing adalah kencing manis.
  • Analisa air kencing(urinalysis) : Ujian air kencing boleh menentukan beberapa punca kencing kerap. Jika air kencing itu mempunyai sel darah putih atau bacaan nitrate yang positif, maka pesakit mungkin mempunyai masalah kencing kotor. Jika bacaan gula dalam air kencing positif pula, mungkin dia mempunyai kencing manis tetapi perlu disahkan semula dengan bacaan gula dalam darah
  • Ultrasound: Untuk melihat saiz prostate dan juga sama ada masih tersisa air kencing di dalam pundi kencing.
  • Cystoscopy: Ujian yang digunakan untuk melihat keadaan dalam pundi kencing
  • Bacaan Prostate Spesific Antigen(PSA): Bacaan ini sesuai diambil jika seseorang pesakit itu disyaki mengalami kanser prosate. Bacaan PSA bagi mereka yang mengalami kanser Prosate adalah tinggi

Rawatan bagi masalah kerap kencing

Rawatan bagi masalah ini bergantung kepada punca. Sebagai contoh:

  • Kencing manis: Untuk mengurangkan kencing kerap pada mereka yang mengalami kencing manis, maka kawalan gula perlu dititik beratkan.
  • Kencing kotor: Rawatan yang selalu digunakan adalah dengan menggunakan antibiotik
  • Prostate bengkak(Benign Prostatic Hyperplasia): Penggunaan ubat untuk mengecilkan prostate

Kencing Manis(Type 2): Punca, Simptom dan Cara Rawatan

Jika maklumat ini bermanfaat, sila like page TheDiagnosa

Rujukan:

  1. Wagenlehner FM, Schmiemann G, Hoyme U, Fünfstück R, Hummers-Pradier E, Kaase M, et al. [National S3 guideline on uncomplicated urinary tract infection: recommendations for treatment and management of uncomplicated community-acquired bacterial urinary tract infections in adult patients]. Urologe A. 2011 Feb. 50(2):153-69.
  2. Clinical Practice Guidelines: Management of Type 2 Diabetes Mellitus(5th Edition), Dec 2015
  3. Diagnosis and classification of diabetes mellitus. Diabetes Care. 2010 Jan. 33 Suppl 1:S62-9.
  4. Takahashi, Satoru; Takei, Mineo; Nishizawa, Osamu; Yamaguchi, Osamu; Kato, Kumiko; Gotoh, Momokazu; Yoshimura, Yasukuni; Takeyama, Masami; Ozawa, Hideo; Shimada, Makoto; Yamanishi, Tomonori; Yoshida, Masaki; Tomoe, Hikaru; Yokoyama, Osamu; Koyama, Masayasu: Clinical Guideline for Female Lower Urinary Tract Symptoms. LUTS: Lower Urinary Tract Symptoms. 8 (1): 5–29. doi:10.1111/luts.12111.
  5. https://www.hopkinsmedicine.org/healthlibrary/test_procedures/urology/urin
Categories: Perubatan

Dr Latif Saad

Seorang Pegawai Perubatan. Pengasas kepada page Root of Science dan e-Diagnosa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *