Kudis buta dalam istilah perubatan dipanggil sebagai Scabies. Ia adalah keadaan dimana berlakunya kegatalan yang teruk dibahagian kulit disebabkan satu parasit bernama Sarcoptes scabiei.

Dijangkakan bahawa terdapat 300 juta kes yang dilaporkan seluruh dunia setiap tahun

Disebabkan masalah ini mempunyai simptom yang sama dengan penyakit yang lain, diagnosis dan rawatan kepada masalah ini selalunya lambat. Ia selalunya berlaku kanak-kanak

Bagaimana Kudis Buta merebak?

Kudis buta merebak selalunya melalui sentuhan antara kulit ke kulit pesakit scabies. Dan disebabkan perkara ini, ia juga boleh merebak apabila berlakunya hubungan seks.

Kutu scabies selalunya tidak akan menembusi lapisan dalam kulit. Ia akan berada pada bahagian permukaan kulit sahaja iaitu pada bahagian epidermis.

Seseorang yang mempunyai masalah ini boleh merebakkan penyakit tersebut walaupun dia tidak mempunyai simptom. Ini kerana ia boleh mengambil masa selama 10 minggu untuk seseorang itu mula mempunyai simptom scabies.

Apakah Punca Kudis buta?

Masalah ini berpunca daripada satu kutu dinamakan sebagai Sarcoptes scabiei hominis. Ia adalah parasit kepada manusia sahaja. Bermaksud kutu itu hanya boleh menyelesaikan kitaran hidupnya dengan tinggal di dalam manusia sahaja.

Terdapat juga kutu S scabiei dairpada haiwan peliharaan dan juga ternakan. Tetapi ia selalunya tidaklah seterus S scabiei hominis

Apakah faktor risiko(risk faktor) penyakit ini?

Kudis buta lazimnya berlaku pada kanak-kanak dan juga mereka yang aktif melakukan seks. Pesakit yang mempunyai masalah sarah seperti kusta dan juga mereka yang mengalami masalah sistem imun seperti pesakit HIV, kencing manis dan kanser adalah mudah untuk mengalami kudis buta yang sangat teruk

Kajian menunjukkan beberapa faktor risiko yang memudahkan seseorang itu mengalami masalah ini. Ianya adalah:

  • Umur yang masih muda
  • Kanak-kanak yang ramai di dalam sebuah rumah
  • Pendapatan dalam rumah yang rendah
  • Keadaan rumah yang tidak terurus
  • Berkongsi tuala da pakaian
  • Tidak selalu mandi

Apakah simptom kudis buta?

Simptom kudis buta selalunya adalah:

  • Rasa gatal yang teruk di bahagian kulit
  • Ruam pada bahagian kulit yang terlibat
  • Terowong kecil pada ruam tersebut dan mempunyai kutu scabies yang bergerak-gerak.

Kutu S scabies cenderung untuk menetap pada beberapa bahagian badan. Ia adalah:

  • Kawasan celah jari
  • Bahagian bawah pergelangan tangan
  • Siku
  • Ketiak
  • Kaki
  • Scrotum(lelaki)
  • Areolae iaitu bahagian disekliling puting(perempuan)

Diagnosa-diagnosa lain

Terdapat beberapa diagnosa lain yang menjadi boleh jadi sama dengan masalah ini. Ia adalah:

Penyiasatan untuk mengesahkan masalah ini

Diagnosa kepada masalah ini boleh dilakukan dengan membuat pemeriksaan fizikal sahaja. Ruam yang mempunyai lubang dan terowong yang lurus selalunya adalah tanda kepada kudis buta.

Untuk mengesahkannya, pengambilan sampel daripada kulit perlulah dibuat untuk melihat kutu, larva atau ova(telur) dibawah mikroskop. Ia boleh didapati dengan mengikis kulit yang disyaki

Apakah rawatan scabies?

Rawatan yang selalu digunakan adalah dengan menyapukan ubat antiscabies. Ubat yang selalu digunakan adalah

  • Losyen Crotamiton
  • Losyen Benzyl benzoate
  • Losyen permethrin

Pesakit perlulah menggunakan losyen ini selama beberapa hari untuk membunuh kutu tersebut. Guna losyen ini pada waktu malam ketika hendak tidur. Bilas losyen tersebut pada waktu bangun pagi

Manakala kudis buta yang sudah mempunyai jangkitan kuman pula perlulah disertakan dengan krim antibiotik ataupun ubat antibiotik makan

Beberapa perkara yang boleh menyebabkan rawatan tersebut gagal adalah:

  • Sapuan yang tidak sempurna
  • Sapuan yang tidak cukup
  • Dijangkiti semula daripada orang yang terdekat
  • Kerintangan parasit tersebut. Bermaksud parasit S scabies sudah kebal dengan racun yang digunakan

Perlu diingatkan bahawa ahli keluarga yang lain juga perlu dirawat dengan menggunakan rawatan yang sama. Ini untuk mengelakkan ia merebak semula kepada ahli keluarga yang lain

Jika maklumat ini bermanfaat, sila like page kami TheDiagnosa

Rujukan:

  1. Hay RJ. Scabies and pyodermas–diagnosis and treatment. Dermatol Ther. 2009 Nov-Dec. 22(6):466-74.
  2. Kapadia N. Dermatology. Tschudy MM, Arcara KM, eds. The Johns Hopkins Hospital: The Harriet Lane Handbook. 19th ed. Philadelphia, Pa: Mosby Elsevier; 2012. 201-25.
  3. Hicks MI, Elston DM. Scabies. Dermatol Ther. 2009 Jul-Aug. 22(4):279-92.
  4. Centers for Disease Control and Prevention. Parasites – Scabies. http://www.cdc.gov/parasites/scabies/index.html.
  5. Chosidow O. Clinical practices. Scabies. N Engl J Med. 2006 Apr 20. 354(16):1718-27.
  6. Galadari I, Sheriff MO. Cell typing of the scabetic lesion and its clinical correlation. Eur Ann Allergy Clin Immunol. 2006 Feb. 38(2):55-8.
  7. Gilmore SJ. Control strategies for endemic childhood scabies. PLoS One. 2011 Jan 25. 6(1):e15990.
Categories: Kulit

Dr Latif Saad

Seorang Pegawai Perubatan. Pengasas kepada page Root of Science dan e-Diagnosa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *