Kulit berminyak berlaku apabila kalenjar sebum pada bahagian muka menghasilkan sebum dengan banyak. Sebum adalah bahan berlilin dan juga berminyak yang berfungsi untuk melindungi dan melembapkan kulit.

Sebum adalah sesuatu bahan yang penting untuk mengekalkan kesihatan kulit. Akan tetapi, jika ia berlebihan ia akan menyebabkan kulit berminyak dan juga jerawat. Untuk merawat kulit muka berminyak, ia memerlukan seseorang itu selalu menjaga kulit mukanya dengan menggunakan produk penjagaan kulit yang betul.

Simptom

Beberapa simptom kulit berminyak adalah:

  • Kulit muka yang berkilat
  • Liang roma yang besar
  •  Kulit yang nampak seperti menebal dan kasar
  • Jerawat

Mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak juga mengalami masalah mencari kosmetik yang sesuai dengan kulit mereka. Ini kerana kosmetik tersebut akan bercampur dengan sebum yang dikeluarkan oleh kulit.

Rawatan Kulit berminyak

Terdapat 6 cara untuk merawat kulit muka yang berminyak. Ia adalah:

1. Selalu membasuh muka

Selalu membasuh muka boleh mengurangkan kuantiti minyak pada muka. Kaedah berikut boleh digunakan untuk membasuh muka anda. Ia adalah:

  • Basuh dengan sabun pelembab dan juga air suam
  • Elakkan sabun yang mempunyai pewangi, pelembab tambahan yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit ataupun menyebabkan kulit menjadi terlalu kering. Ini akan menyebabkan kulit menghasilkan lebih banyak sebum
  • Elakkan daripada menggosok muka terlalu kuat kerana ia boleh menyebabkan kulit menghasilkan lebih banyak minyak. Hanya tekap muka dengan tuala buat beberapa saat dan ulang beberapa kali.

Penggunaan produk pencuci muka juga boleh membantu bagi sesetengah orang. Kajian pada 2015 menunjukkan pengunaan pencuci muka yang mengandungi laureth carboxylate dan juga alkyl carboxylate boleh membantu untuk merawat pesakit yang mengalami masalah jerawat

2. Penggunaan toner

Penggunaan toner yang mengandungi alkohol boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Tetapi, kajian pada tahun 2014 menunjukkan penggunaan toner semula jadi daripada tumbuhan ‘Witch Hazel’ dapat memberikan rasa selesa pada kulit.

Toner daripada Witch Hazel ini menggunakan kompaun tannin yang tinggi menyebabkan ia boleh mengurangkan keradangan kulit. Kebanyakan mereka yang mengalami kulit berminyak akan menggunakan produk jenis ini untuk kulit mereka.

Akan tetapi, produk ini tidaklah berkesan kepada semua orang. Terdapat juga beberapa orang yang mengalami kesan sampingan ketika menggunakan produk ini.

Dinasihatkan untuk mencuba toner tersebut pada sebahagian kulit badan terlebih dahulu untuk melihat kesesuaiannya pada diri anda.

3. Tekap muka sehingga kering

Ketik selepas membasih muka ataupun menggunakan toner, anda dinasihati untuk menekap muka anda beberapa saat dan diulang beberapa kali untuk mengeringkan muka tersebut. Elakkan daripada menggosok muka ataupun menggunakan tuala yang kasar ini kerana ia boleh menyebabkan penghasilan sebum meningkat.

4. Guna kertas menyerap minyak

Blotting paper ataupun kertas menyerap minyak boleh digunakan untuk menyerap minyak pada bahagian kulit.

Penggunaan kertas ini tidaklah merawat masalah ini tetapi ia boleh mengurangkan masalah kulit berminyak pada hari tersebut

5. Facial mask

Terdapat beberapa jenis facial mask yang boleh digunakan untuk merawat muka berminyak. Ia adalah:

  • Tanah liat (Clay): Pengunaan facial mask yang mengandungi kompaun smectite dan bentonite boleh menyerap minyak pada kulit dan mengurangkan kulit muka yang berkilau.
  • Madu: Kajian pada 2011 menunjukkan madu asli bertindak seperti antibakteria dan juga antiseptik. Penggunaan madu selama 10 minit boleh mengurangkan jerawat dan menjadi kulit kurang berminyak disamping kulit menjadi lebih lembut
6. Pelembab muka

Ada sesetengah daripada mereka risau untuk menggunakan pelembap muka kerana ada yang mengatakan ia boleh menyebabkan kulit muka bertambah berminyak.

Bagi mereka yang mempunyai kulit yang berminyak, penggunaan pelembap muka yang tidak mempunyai minyak digalakkan kerana ia boleh menambah kelembapan muka tanpa menyebabkan kulit rasa berminyak

Kajian pada tahun 2014 menunjukkan penggunaan aloe vera boleh membantu dalam melembapkan kulit muka untuk merawat jerawat dan juga kulit berminyak

Terdapat beberapa jenis kompaun di dalam aloe vera yang memberikan rasa selesa pada bahagian kulit. Kajian tersebut menyatakan, produk tersebut perlu mempunyai lebih kurang 10% kandungan aloe vera di dalamnya untuk ia bertindak dengan berkesan.

Tetapi perlu diingatkan juga terdapat juga produk yang mempunyai alkohol di dalamnya menyebabkan kulit muka menjadi lebih kering selepas penggunaan produk tersebut.

Cara untuk mengelakkan kulit muka berminyak

Kulit berminyak disebabkan pengaruh genetik adalah susah untuk dielakkan. Malah kulit berminyak disebabkan perubahan hormon juga susah untuk dikawal dan dielak.

Cara yang paling bagus untuk mengelakkan kulit muka berminyak adalah dengan mencari produk penjagaan kulit yang sesuai untuk diri. Jika ia berkesan untuk anda, maka teruskan penggunaannya. Jika ia mendatangkan kerengsaan pada kulit, elakkan daripada menggunakannya lagi.

Jika kulit berminyak, ia akan menyebabkan sesetngah daripada kita menggunakan mekap yang tebal untuk menghilangkan kesan kulit berminyak tersebut. Penggunaan mekap yang berasaskan minyak boleh menyebabkan simptom menjadi semakin teruk dan boleh menyumbat lubang roma. Ini menyebabkan jerawat lagi mudah timbul.

Bagi mereka yang mengalami masalah ini, mekap yang mudah luntur dengan air adalah lebih sesuai digunakan. Ada juga yang tidak menggunakan mekap langsung untuk mengelakkan masalah tersebut menjadi lebih teruk

Elakkan penggunaan produk timbang kilo untuk muka anda kerana kebanyakkan mempunyai bahan yang boleh menyebabkan kulit muka anda menjadi semakin teruk

Rujukan:

  1. Mandal MD, et al. (2011). Honey: Its medicinal property and antibacterial activity. 
    ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3609166/
  2. Mayo Clinic Staff. (2013). Aloe (aloe vera): Evidence. 
    mayoclinic.org/drugs-supplements/aloe/evidence/hrb-20058665
  3. Isoda K, Takagi Y, Endo K, Miyaki M, Matsuo K, Umeda K, Umeda-Togami K, Mizutani H. Effects of washing of the face with a mild facial cleanser formulated with sodium laureth carboxylate and alkyl carboxylates on acne in Japanese adult males. Skin Res Technol. 2015 May;21(2):247-53. doi: 10.1111/srt.12183. Epub 2014 Aug 13.
  4. Manisha Deb Mandal and Shyamapada Mandal. Honey: its medicinal property and antibacterial activity. Asian Pac J Trop Biomed. 2011 Apr; 1(2): 154–160. doi: [10.1016/S2221-1691(11)60016-6]
Categories: Kulit

Dr Latif Saad

Seorang Pegawai Perubatan. Pengasas kepada page Root of Science dan e-Diagnosa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *