Lebih kurang 15 peratus pasangan adalah mandul ataupun sukar untuk mendapatkan zuriat. Walaupun mereka telah melakukan hubungan seks yang kerap tanpa mengamalkan kaedah perancang keluarga. Lebih kurang 1/3 daripada pasangan ini adalah berpunca daripada masalah pada lelaki. Lelaki mandul berpunca daripada kuantiti sperma yang rendah, sperma yang mempunyai bentuk yang tidak normal dan juga sperma yang tidak aktif.

Penyakit kronik dan gaya hidup yang tidak sihat menjadi punca kepada masalah ini. Tidak mampu hamil boleh menyebabkan rasa tertekan kepada pasangan dan terdapat beberapa rawatan yang boleh dibuat untuk lelaki yang menghadapi perkara ini.

Simptom

Terdapat beberapa tanda lain yang menunjukkan seseorang lelaki itu mempunyai masalah yang menyebabkan ia mandul. Beberapa tanda tersebut adalah:

  • Masalah pada fungsi seks: Lelaki tersebut mungkin menghadapi masalah untuk ejakulasi, ejakulasi yang menghasilkan air mani dalam kuantiti yang sedikit, kurangnya rasa untuk melakukan hubungan seks ataupun mempunyai masalah mati pucuk
  • Sakit pada bahagian testis
  • Pembesaran bahagian tetek(Seolah-olah mempunyai payudara. Istilah perubatan dipanggil sebagai Gynecomastia)

Punca yang menyebabkan seseorang lelaki itu mandul

Seseorang lelaki perlu mempunyai fungsi yang normal. Fungsi tersebut adalah:

  • Penghasilan sperma yang sihat: Ini melibatkan pembesaran organ reproduktif ketika seseorang itu mencapai akil baligh. Sekurang-kurangnya salah satu daripada testisnya perlu berfungsi secara normal. Badan pula perlu menghasilkan hormon testosterone dengan kadar yang mencukupi.
  • Sperma perlu dibawa oleh semen: Apabila sperma dihasilkan, ia akan bercampur dengan semen sebelum dipancut keluar daripada badan
  • Kuantiti sperma perlu banyak di dalam semen: Sperma yang kurang daripada 15 juta /militer didefinasikan mempunyai jumlah sperma yang kurang
  • Sperma perlu berfungsi dan bergerak: Jika sperma tidak dapat bergerak dengan normal, ia tidak akan boleh bergerak untuk sampai kepada ovum yang terletak dibahagian tiub fallopio.

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan seseorang menjadi lelaki mandul. Ia adalah:

1) Penyakit

Terdapat beberapa jenis penyakit yang menyebabkan seorang itu menjadi mandul. Ia adalah:

  • Varicocele: Penyakit varicocele adalah saluran darah vena yang banyak dibahagian testis. Perkara ini akan menyebabkan suhu dibahagian testis meningkat dan kualiti sperma menjadi kurang. Rawatan vericocele akan memperbaiki kuantiti dan penghasilan sperma yang dihasilkan oleh testis.
  • Jangkitan kuman: Sesetengah jangkitan kuman boleh menyebabkan keradangan pada saluran sperma dan juga testis. Perkara ini akan menyebabkan saluran tersebut menjadi tersumbat ataupun testis tidak mampu menghasilkan sperma yang cukup
  • Masalah ejakulasi: Sesetengah lelaki yang mengalami masalah tulang belakang, kencing manis akan mengalami masalah ejakulasi berbalik(Retrograde ejaculation). Dimana sepatutnya sperma tersebut dipancut keluar tetapi sperma itu termasuk ke dalam pundi kencing.
  • Testis yang tidak turun(undescended testis): Ketika bayi membesar, ada sesetengah testis bayi tidak turun sepenuhnya ke dalam scrotum. Ini membuatkan testis tersebut tidak dapat menghasilkan sperma dengan efektif.
  • Masalah berkaitan dengan seks; Mereka yang mengalami mati pucuk, ejakulasi pramatang, sakit ketika melakukan hubungan seks boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah mandul
  • Ubat-ubatan: Beberapa jenis ubat seperti penggunaan ubat steroid pada jangka masa panjang, ubat kemoterapi dan beberapa jenis ubat anti-fungal boleh menyebabkan perkara ini berlaku.

2) Persekitaran

Pendedahan kepada kawasan sekitar yang panas, beberapa jenis bahan kimia boleh menyebabkan seseorang itu mandul. Punca tersebut adalah:

  • Bahan kimia daripada industri: Pendedahan kepada bahan bezene, toluene, racun yang digunakan dalam pertanian boleh menyebabkan kuantiti sperma menjadi rendah
  • Pendedahan pada logam berat
  • Pendedahan pada radiasi: Pendedahan pada radiasi x-ray boleh menyebabkan kuantiti sperma menurun.
  • Pemanasan bahagian testis: Penggunaan sauna yang kerap boleh menyebabkan kuantiti sperma menjadi kurang

3) Gaya hidup

Beberapa jenis gaya hidup perlu diubah supaya kualiti sperma yang dihasilkan lebih baik. Beberapa perkara tersebut adalah:

  • Merokok
  • Penggunaan alkohol
  • Stress dan depressi
  • Penggunaan ubat seperti steroid untuk menambah otot
  • Berat badan

Faktor risiko

Terdapat beberapa faktor risiko yang meningkatkan kebarangkalian seseorang itu menghadapi masalah lelaki mandul. Faktor risiko tersebut adalah:

  • Merokok
  • Penggunaan alkohol
  • Penyalah gunaan dadah
  • Berlebihan berat badan
  • Stress yang melampau
  • Pendedahan kepada radiasi
  • Trauma pada bahagian testis
  • Mempunyai penyakit kronik

Penyiasatan

Untuk mengesahkan seseorang lelaki itu mempunyai masalah ini, air maninya perlulah diambil untuk dibuat ujian.

Ujian yang selalunya dibuat adalah untuk melihat:

  • Isipadu air mani
  • Kuantiti sperma
  • Pergerakan sperma
  • Struktur sperma sama ada normal ataupun tidak

Rawatan untuk lelaki mandul

Terdapat beberapa rawatan yang boleh dilakukan bergantung kepada punca masalah tersebut. Rawatan tersebut adalah:

  • Pembedahan: Seseorang yang mengalami masalah vericocele boleh menjalani pembedahan untuk membuang salur darah vena dibahagian zakar.
  • Rawatan untuk masalah seks yang dihadapo: Boleh rujuk kepada link ini. Mati pucuk, Ejakulasi pramatan
  • Prosedur Invitro fertilization(IVF): Melibatkan pengambilan sperma. Sperma yang terbaik sahaja akan dipilih untuk disenyawakan dengan ovum di dalam petri. Kemudian hasil persenyawaan akan dimasukkan semula ke dalam rahim pasangannya.

Cara untuk mengelakkan masalah lelaki mandul

Terdapat beberapa cara untuk mengelakkan masalah ini iaitu;

  • Berhenti merokok
  • Kurangkan ataupun berhenti menghambil alkohol
  • Elakkan daripada penyalahgunaan dadah
  • Kekalkan berat badan ideal
  • Elakkan daripada meningkatkan suhu testis
  • Kurangkan stress
  • Mengelakkan diri daripada terdedah kepada racun pertanian dan juga logam berat.

Rujukan:

  1. What is male infertility? Urology Care Foundation. http://www.urologyhealth.org/urologic-conditions/male-infertility.
  2. Townsend CM Jr, et al. Urologic surgery. In: Sabiston Textbook of Surgery: The Biological Basis of Modern Surgical Practice. 20th ed. Philadelphia, Pa.: ElsevierĶ¾ 2017. https://www.clinicalkey.com.
  3. How common is male infertility, and what are its causes? National Institute of Child Health and Human Development. https://www.nichd.nih.gov/health/topics/menshealth/conditioninfo/infertility.
  4. Anawalt BD, et al. Approach to the male with infertility. https://www.uptodate.com/contents/search.
  5. Jameson JL, et al., eds. Clinical management of male infertility. In: Endocrinology: Adult and Pediatric. 7th ed. Philadelphia, Pa.: Saunders ElsevierĶ¾ 2016. https://www.clinicalkey.com.
Categories: Urologi

Dr Latif Saad

Seorang Pegawai Perubatan. Pengasas kepada page Root of Science dan e-Diagnosa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *