421Shares

Lipoma adalah ketumbuhan sel lemak yang membentuk kapsul kerana diliputi oleh tisu badan yang nipis. Selalunya ia dijumpai dibawah kulit. Ketulan tersebut bukanlah kanser tetapi ia ada kemungkinan yang sangat kecil untuk berubah menjadi kanser.

Selalunya ia dijumpai pada bahagian leher, peha, lengan, badan dan juga ketika. Tetapi ia boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan. Satu atau lebih ketulan ini boleh wujud secara serentak

Ketulan ini adalah sejenis ketumbuhan bukan kanser dan paling selalu dialami oleh manusia

Apakah penyebab lipoma?

Punca masalah ini masih tidak diketahui sepenuhnya. Tetapi kecenderungan untuk mengalaminya boleh dikaitkan dengan genetik. Orang yang obese tidak semestinya mempunyai ketumbuhan ini. Kecederaan yang sedikit boleh menyebabkan masalah ini dibahagian yang tercedera itu

Simptom dan tanda tanda Lipoma?

Lipoma selalunya wujud seperti benjolan dibawah kulit. Ianya adalah lembut dan mudah digerakkan. Ia tiadak menyebabkan kesakitan dan selalunya penambahan saiz adalah memakan masa yang sangat lama

Ia selalunya tidak mengganggu aktiviti harian mahupun pekerjaan. Tetapi lokasiĀ  ketumbuhan tersebut kadang-kadang membuat pesakit tidak rasa selesa apabila orang lain memandangnya. Sebagai contoh jika ketulan itu tumbuh dibahagian leher.

Ketumbuhan lipoma di leher juga akan menyebabkan leher sakit

Bagaimana untuk mengesahkan benjolan itu adalah lipoma?

Selalunya dengan pemeriksaan fizikal daripada sifat-sifat benjolan itu sudah dapat menentukan ia adalah lipoma ataupun ketumbuhan lain

Bagaimana lipoma dirawat?

Selalunya masalah ini tidak dirawat jika ia tidak mengganggu aktiviti pesakit mahupun mengganggu penampilan. Tetapi jika pesakit merasakan benjolan itu semakin membesar dengan cepat ataupun mengganggu penampilannya dihadapan orang ramai, pembedahan mungkin dijalankan.

Untuk rawatan, pesakit akan dibawa masuk ke dalam bilik pembedahan. Bius setempat akan diberikan pada kawasan ketulan tersebut. Selepas itu, doktor akan memotong kulit pada bahagian benjolan tersebut untuk mengeluarkan tisu lemak itu.

Tetapi jika ketulan itu terletak pada bahagian yang lebih dalam dan susah untuk dicapai dengan hanya pemotongan kulit, maka bius keseluruhan badan akan digunakan untuk menidurkan pesakit. Ini akan memudahkan pembedahan supaya potongan yang lebih dalam dapat dibuat.

Siapa yang selalunya cenderung mendapat lipoma?

Masalah ini selalunya berlaku pada usia pertengahan iaitu 30 hingga ke 40 tahun dan selalunya lelaki akan mempunyai lebih daripada satu benjolan tersebut

Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, sila like page kami TheDiagnosa
Rujukan:

  1. Sakurai H, Kaji M, Yamazaki K, et al. Intrathoracic lipomas: their clinicopathological behaviors are not as straightforward as expected. Ann Thorac Surg. 2008 Jul. 86(1):261-5
  2. Koyanagi I, Hida K, Iwasaki Y, et al. Radiological findings and clinical course of conus lipoma: implications for surgical treatment. Neurosurgery. 2008 Sep. 63(3):546-51; discussion 551-2
  3. Signorini M, Campiglio GL. Posttraumatic lipomas: where do they really come from?. Plast Reconstr Surg. 1998 Mar. 101(3):699-705
  4. sumber featured image: findatopdoc.com
Categories: Pembedahan

Dr Latif Saad

Seorang Pegawai Perubatan. Pengasas kepada page Root of Science dan e-Diagnosa

10 Comments

Fakhrul Anwar Hussin · December 21, 2017 at 6:02 am

Adakah cyst sama dgn lipoma? Saya ada benjolan di kepala, semenjak 25 tahun lalu , skg dah hampir sebesar bola ping pong

    Dr Latif Saad · December 27, 2017 at 11:37 am

    Lipoma adalah benjolan disebabkan sel lemak. Cyst pulak terhasil disebabkan penghasilan bendalir/sebum dalam suatu kantung. Klu dekat kepala mungkin sebaceous cyst kut. Dr ke yang cakap tuan ada cyst?

      Mimi amira · May 4, 2018 at 8:44 am

      Saya juga ada bonjolan pada ketiak. Dari umur 16 tahun dan makin membesar dan sekarang saya umur 21 tahun. Risau jugak sebab nampak makin membesar. Doktor cakap lemak ja

Yusri Rashid · January 28, 2018 at 6:00 am

Saya pun ade benjolan di atas dahi satu kecik satu besar doc ckp lebihan tengkorak yg membesar sbab keras..

    Nor khairiah · April 17, 2018 at 7:21 am

    Sama dgn sy ada ketumbuhan kecil di tengah2 dahi,agak keras. Risau juga sbb rasa mcm dah besar sikit.. Pernah mengadu pd doktor, doktor kata kalau dh besar mcm syiling 5sen,baru jumpa dia lg atau terus ke hospital

RUBY MERICAN · May 22, 2018 at 6:37 am

As salam…Dr Latif Saad.
Bolehkah Doctor cadangkan di mana saya boleh buang/buat pembedahan Lipoma di KL/Selangor.Ada Klinik yang Bagus yang boleh buat ? Berapa anggaran kosnya ? Saya punya sebesar duit Syiling 50 sen di bahagian belakang bahu. Sudah lebih kurang 7 tahun. Terima Kasih Doctor

Razreena Razli · July 5, 2018 at 2:03 pm

Salam, doktor. Boleh kongsi tentang thymoma cancer dan lymphoma cancer.. Tq doktor

    Dr Latif Saad · July 9, 2018 at 6:51 am

    Kami akan cuba Puan

Carpal Tunnel Syndrome(sindrom terowong Karpal): Punca dan simptom - TheDiagnosa · September 26, 2017 at 11:42 am

[…] seterusnya: Lipoma Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, sila like page kami […]

Goiter: Punca, Simptom dan Cara Rawatan - TheDiagnosa · February 5, 2018 at 12:51 pm

[…] Lipoma […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *