Mata kabur bermaksud seolah-olah terdapat sesuatu yang menghalang padangan anda yang menyebabkan pemandangan tersebut tidak menjadi fokus. Pemandangan yang tajam dan tidak kabur akan membantu anda untuk berjalan, membaca tanda jalan dan juga membaca buku.

Mata kabur boleh mempengaruhi kesemua kawasan penglihatan. Tetapi sebenarnya ia juga boleh menyebabkan kekaburan pada kawasan tepi pemandangan yang meunyebabkan sesorang itu menghadapi satu keadaan yang dinamakan sebagai tunnel vision iaitu dia akan melihat dunia seolah-olah dia berada di dalam terowong.

Apakah punca Mata kabur?

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan mata kabur. Ia adalah:

  • Rabun dekat dan rabun jauh
  • calar pada kornea mata
  • Macular degeneration: Sel retina yang berfungsi untuk menghantarkan maklumat ke otak berkenaan dengan pemandangan telah mati
  • Katarak
  • Gloucoma
  • Migraine
  • Optic neuritis: Jangkitan ataupun keradangan pada saraf optik yang membawa maklumat pemandangan ke otak
  • Retinopathy: Ia boleh disebabkan kencing manis
  • Angin ahmar
  • Trauma kepada mata
  • Tekanan darah tinggi

Bila saya perlu berjumpa dengan doktor?

Anda perlu berjumpa dengan doktor jika anda mengalami simptom dan tanda tanda ini iaitu:

  • Sakit kepala yang teruk
  • Tidak boleh bercakap dengan betul
  • Badan menjadi lemah atau lumpuh
  • Otot muka tidak dapat dikawal
  • Tidak mampu melihat
  • Pemandangan yang semakin lama semakin teruk
  • Pemandangan yang tidak boleh dibetulkan dengan penggunaan cermin mata

Penyiasatan

Pesakit selalunya akan diperiksa oleh doktor terlebih dahulu untuk mengetahui punca kepada masalah tersebut.

Beberapa pemeriksaan tersebut adalah

  • Opthalmoscopy: Untuk melihat keadaan dalam mata seperti retina dan juga salur darah dalam mata
  • ‘Refraction test‘: Untuk menguji jarak mana mata boleh melihat dengan jelas
  • Tonometry: Untuk menguji tekanan dalam mata
  • Slit lamp examination

Bagaimanakah untuk mengelakkan mata kabur berlaku?

Walaupun masalah mata kabur tidak boleh dihalang, tetapi terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menjaga mata. Ia adalah

  • Menggunakan kaca mata yang melindungi mata daripada cahaya matahari secara berlebihan
  • Pengambilan makanan yang sihat dan kurang minyak. Ia bertujuan untuk mengelakkan dari terkena kencing manis dan darah tinggi.
  • Jangan merokok
  • Basuh tangan anda ketika mana ingin menggunakan kanta lekap
  • Menggunakan kaca mata bila menggunakan mesin yang berat

Rujukan:

  1. Blurred vision. (n.d.). covd.org/?page=Blurred_Vision
  2. Blurred vision. (2018). merckmanuals.com/professional/eye-disorders/symptoms-of-ophthalmologic-disorders/blurred-vision
  3. Diseases of the eye. (n.d.). joslin.org/info/Diseases_of_the_Eye.html
  4. Keep an eye on your vision health. (2016). cdc.gov/features/healthyvision/
Categories: Simptom

Dr Latif Saad

Merupakan Seorang Doktor Perubatan. Pengasas kepada FB Page Root of Science dan juga e-Diagnosa. Follow juga wall personal saya di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *