Bangun pagi dengan rasa sakit dibahagian muka. Ini akan membuatkan anda susah untuk melakukan suatu pekerjaan. Malah anda juga mungkin akan mengalami simptom demam, selesema dan hidung tersumbat.

Pergi ke klinik dan doktor mengatakan anda menghadapi masalah sinus/Keradangan sinus ataupun dalam istilah perubatannya sinusitis(lebih tepat lagi rhinosinusitis). Tetapi apakah yang menyebabkan anda mengalami sakit muka ini?

Apakah itu Sinus?

Dibahagian tengkorak kepala kita mempunyai beberapa ruang kosong yang dikenali sebagai sinus. Terdapat beberapa fungsi ruang kosong ini iaitu:

  • Meringkankan berat kepala
  • Membuatkan suara lebih kuat
  • Melembabkan udara yang disedut ke dalam paru-paru

Ianya terletak di dahi, sebelah hidung, diantara mata dan juga di belakang mata. Namanya sinus tersebut adalah:

  • Ethmoid sinus- diantara mata
  • Frontal sinus – atas mata dibahagian dahi
  • Maxillary sinus – sebelah hidung
  • Sphenoid sinus – belakang mata

Kedudukan sinus pada kepala. Sumber: Rhinoplastyinseattle.com

Kenapa masalah sinus menyebabkan muka anda rasa sakit?

Jika terdapat berlaku jangkitan kuman pada ruang sinus tersebut seperti maxillary sinus ataupun frontal sinus, ia akan menyebabkan kawasan sinus tersebut mengalami keradangan(inflammation). Sel darah putih juga akan merembeskan bahan prostaglandin yang akan merangsang reseptor sakit dibahagian tersebut.

Inilah punca kenapa muka anda sakit ketika mengalami jangkitan kuman di bahagian sinus.

Untuk mengetahui lebih lanjut rawatan keradangan sinus, boleh baca di siniĀ Masalah Sinus

Categories: Kenapa?

Dr Latif Saad

Seorang Pegawai Perubatan. Pengasas kepada page Root of Science dan e-Diagnosa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *