Kanser yang sudah merebak ke tempat lain akan dikategorikan sebagai kanser tahap 4. Selalunya pesakit yang mempunyai kanser tahap ini sangat sukar untuk sembuh dan cara rawatan kanser yang diberikan lebih kepada paliatif. Iaitu kita hanya mengurangkan simptom kanser tersebut dan memberi keselesaan kepada pesakit sahaja. Tidak menyembuhkan.

Berlainan pula kanser yang mempunyai tahap 1 hingga 3, ia dikatakan mempunyai harapan untuk sembuh terutamanya yang masih berada pada tahap 1.

Tetapi penemuan terbaru ini mungkin akan membuka cara rawatan kanser yang baru dan memberi harapan pada pesakit kanser yang sudah berada pada tahap 4.

Ia melibatkan suntikan partikel nano emas ke dalam tisu kanser dan kemudian menembak mereka menggunakan laser. Kemudian suhu partikel nano akan meningkat hingga membunuh sel kanser disitu. Ia juga akan di kombinasikan dengan satu lagi rawatan terapi imun dalam kajian ini.

Kajian terbaru

Pada kajian ini, saintis menggunakan 2 cara baru untuk merawat kanser iaitu:
1) Partikel nano yang dipanggil sebagai ‘Gold nanostar’. Disebabkan ia mempunyai permukaan yang tercacak-cacak, oleh itu ia dipanggil sebagai nanostar.

Tuan Vo-Dinh yang merupakan salah satu pengkaji menerangkan,”Pancang yang terdapat pada ‘nanostar’ ini berfungsi sebagai rod elektrik, dimana ia memfokuskan tenaga elektromagnet pada hujungnya”.

2) Terapi imun(Immunotherapy). Di dalam terapi ini ia menggunakan ubat yang boleh menghalang fungsi satu kompaun yang dinamakan sebagai PD-L1. PD-L1 adalah kompaun yang dihasilkan oleh kanser untuk menghalang T-cells(salah satu jenis sel darah putih) daripada membunuhnya. Oleh itu, PD-L1 seolah-olah menyembunyikan kanser tersebut dan membuatkan ia membesar tanpa sebarang halangan.

Penggunaan ubat ini telah dibenarkan oleh FDA dan sekarang baru dalam fasa permulaan ujian klinikal

Bagaimana kajian ini dilakukan?

Kajian ini dilakukan dengan cara menyuntik kanser pundi kencing(bladder cancer) ke dua-dua belah kaki tikus makmal yang digunakan. Kemudian mereka akan menggunakan terapi tersebut untuk sebelah kaki sahaja untuk melihat keberkesanan rawatan itu.

Tikus yang tidak menerima apa-apa rawatan akan mati disebabkan kanser tersebut. Begitu juga pada tikus yang disuntik dengan partikel ‘nanostar’ sahaja. Tikus yang diberi terapi imun pula, mempunyai masa yang lebih lama untuk hidup. Tetapi berlainan pula tikus yang telah diberi kedua-dua kombinasi terapi tersebut. Mereka dapat hidup lebih lama.

“Apabila sebahagian sel kanser itu mati, ia akan melepaskan partikel yang memulakan sistem imun untuk menyerang kanser yang belum mati,’Kata Vo-Dinh. “Dengan membunuh kanser tersebut(dengan menggunakan nanostar) ia akan mengaktifkan imun sistem untuk membunuh sel kanser yang tertinggal dan penggunaan terapi imun pulak akan mengelakkan kanser daripada menyembunyikan dirinya.

Adakah vaksin kanser telah ditemui?

Dalam kajian tersebut juga telah menjumpai perkara yang menarik, salah satu tikus telah mempunyai imuniti terhadap kanser. Ia dibuktikan dengan cara menyuntik balik sel kanser kepada tikus yang terselamat daripada kanser sebelum ini. Tanpa memberikan apa-apa rawatan, badan tikus tersebut dengan sendirinya membunuh sel kanser yang telah disuntik sebelum ini.

Ia seolah-olah telah diberi satu vaksin untuk mengelakkan daripada terkena kanser

Walaubagaimanapun, kajian ini baru permulaan sahaja dan hanya diuji pada tikus. Diharapkan ia akan boleh digunakan pada manusia untuk merawat pesakit kanser pada tahap 4 mahupun sebagai vaksin untuk mengelakkan kanser.

Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, sila like page TheDiagnosa
Bacaan seterusnya: Gula penyebab masalah mentalĀ 

Rujukan:

  1. http://www.iflscience.com/health-and-medicine/gold-nanostars-and-immunotherapy-drugs-used-to-vaccinate-mice-against-cancer/
  2. Yang Liu, Paolo Maccarini, Gregory M. Palmer, Wiguins Etienne, Yulin Zhao, Chen-Ting Lee, Xiumei Ma, Brant A. Inman & Tuan Vo-Dinh. Synergistic Immuno Photothermal Nanotherapy (SYMPHONY) for the Treatment of Unresectable and Metastatic Cancers. Scientific Reports 7, Article number: 8606 (2017) doi:10.1038/s41598-017-09116-1
Categories: Berita

Seorang Pegawai Perubatan. Pengasas kepada page Root of Science dan e-Diagnosa