281Shares

Pening kepala adalah suatu simptom yang akan dihadapi oleh kebanyakkan orang. Pening kepala adalah satu istilah yang digunakan untuk mengambarkan rasa tidak sedap dibahagian kepala seperti terawang-awang, rasa berpusing yang juga boleh menyebabkan badan tidak stabil untuk berjalan.

Kepala pening yang menyebabkan rasa pemandangan yang berpusing dipanggil sebagai Vertigo. Rawatan masalah ini bergantung kepada punca masalah tersebut. Ia boleh jadi sesuatu yang biasa dan tidak perlukan sebarang rawatan ataupun sesuatu yang serius hingga perlu dirujuk kepada doktor pakar.

Simptom dan tanda pening kepala

Mereka yang mengalami simptom ini selalunya akan mengambarkan masalah ini seperti:

  • Merasakan keadaan sekeliling berpusing (Vertigo)
  • Kepala terasa ringan ataupun rasa ingin pengsan
  • Rasa badan tidak stabil ketika berjalan ataupun berdiri
  • Rasa kepala terawang-awang

Perasan ini mungkin akan menjadi semakin teruk bila berjalan, berdiri ataupun menggerakkan kepala. Pening kepala tersebut boleh berlaku selama beberapa saat ataupun berlaku berhari-hari.

Punca Pening Kepala

Pening kepala mempunyai pelbagai punca termasuk masalah telinga bahagian tengah, mabuk laut dan kesan daripada pengambilan ubat.

Ciri-ciri pening kepala itu sendiri adalah penting untuk membezakan punca kepada masalah tersebut.

1) Masalah pada bahagian dalam telinga

Kestabilan badan ketika berjalan ataupun berdiri bergantung kepada beberapa organ deria yang akan menghantar maklumat tersebut kebahagian otak. Organ tersebut adalah:

  • Mata
  • Saraf deria
  • Bahagian dalam telinga: yang akan mengesan pergerakan ke atas, ke bawah, ke depan, ke belakang dan juga berpusing. Oleh sebab itulah, jika kita tutup mata ketika naik kereta, kita masih akan merasakan kereta itu bergerak ke hadapan.

Masalah dalam bahagian telinga akan menyebabkan vertigo iaitu keadaan yang merasakan dirinya seolah sedang berpusing sedangkan pada ketika pesakit tidak berpusing. Beberapa keadaan yang menyebabkan vertigo adalah:

Benign Paroxysmal Positional Vertigo (BPPV): Keadaan ini berlaku ketika mana berlakunya perubahan pada posisi kepala seperti berpusing dengan terlalu cepat. BPPV merupakan keadaan yang selalu menyebabkan masalah vertigo

Jangkitan kuman: jangkitan kuman pada saraf yang menghantar maklumat daripada bahagian telinga akan menyebabkan masalah vertigo yang berterusan. Masalah ini dipanggil sebagai labyrinthitis

Meniere’s Disease: Ia melibatkan penghasilan penghasilan cecair dibahagian dalam telinga yang akan menyebabkan beberapa jenis simptom seperti vertigo dan telinga berdesing

2) Masalah pada peredaran darah

Anda mungkin akan mengalami masalah ini jika pesakit mengalami kekurangan darah

  • Tekanan darah rendah: Tekanan darah yang rendah boleh menyebabkan kurangnya darah yang dipam ke bahagian otak. Perkara ini boleh menyebabkan seseorang itu pening kepala ataupun pengsan. Terdapat juga mereka yang pening kepala jika bangun daripada duduk dengan cepat. Perkara ini dipanggil sebagai ‘Orthostatic hypotension’
  • Penyakit: Penyakit lain seperti serangan sakit jantung, ritma jantung tidak normal ataupun cardiomyopathy boleh menyebabkan kurangnya darah dipam kebahagian otak

3) Punca-punca lain yang menyebabkan pening kepala

  • Masalah saraf: Penyakit Parkinson’s dan Multiple sclerosis
  • Ubat: Ubat ubat seperti ubat tahan sawan, ubat anti-depressi dan sesetengah ubat tahan sakit boleh menyebabkan masalah ini
  • Kurang darah merah (anemia)
  • Kurang gula dalam darah (hypoglycemia
  • Dehidrasi (kekeringan)

Faktor Risiko

Terdapat beberapa faktor risiko yang boleh membuatkan seseorang pening kepala. Ia adalah:

  • Umur: umur yang meningkat boleh meningkatkan risiko untuk seseorang itu mengalami masalah ini.
  • Pernah mengalami episod pening kepala

Penyiasatan

Selalunya apabila berjumpa dengan doktor, soalan yang akan ditanya adalah adakah ia pening kepala ataupun sakit kepala ataupun kedua-duanya sekali.

Penting untuk membezakan kedua-dua perkara ini kerana punca kepada perkara tersebut adalah berbeza

Selepas anda memberitahu anda pening kepala, doktor akan bertanyakan kepada anda adakah pening kepala itu seperti pemandangan yang berpusing ataupun kepala rasa ringan dan terawang.

Jika anda mengatakan pemandangan rasa berpusing selalunya anda mengalami keadaan yang dipanggil sebagai vertigo. Jika rasa terawang, kepala rasa ringan ataupun nak pengsan, ianya adalah disebabkan perkara lain.

Jika pesakit mengalami simptom vertigo, doktor akan melakukan satu ujian dimana ia akan melihat sama pergerakan ujian mata. Jika mata pergerakkan mata bergerak-gerak ke kiri dan kanan ketika mengikut arahan doktor, bermakna pesakit mungkin mempunyai masalah vertigo

Pesakit yang mengalami masalah vertigo perlulah diperiksa telinganya untuk melihat keadaan telinga pesakit

Manakala pesakit yang mengalami pening tetapi bukan disebabkan vertigo perlu memeriksa beberapa perkara seperti:

  • Tekanan darah
  • Electrocardiogram (ECG) untuk melihat keadaan gelombang jantung
  • Bilangan sel darah merah
  • Bacaan gula

Rawatan Pening kepala

Pening kepala selalunya boleh baik dengan sendirinya tanpa memerlukan rawatan terutamanya pening kepala yang tidak serius.

Rawatan pening kepala juga bergantung kepada punca pening kepala tersebut sebagai contoh jika seseorang itu mengalami anemia iaitu kekurangan sel darah merah. Ia perlulah diberikan ubat untuk menambahkan sel darah tersebut.

Punca dan rawatan:

  • Vertigo: Ubat yang selalu diberikan adalah beta-serc
  • Anemia: Tablet zat besi untuk menambahkan sel darah merah. Jika anemia tersebut disebabkan pendarahan dalam perut, masalah tersebut perlu diselesaikan untuk mengelakkan anemia berlaku.
  • Kurang gula dalam darah: Mengambil gula dalam bentuk minuman ataupun disuntik terus ke dalam darah
  • Dehidrasi (Kekeringan): Mengambil air lebih air minuman

Rujukan:

  1. Marx JA, et al., eds. Dizziness and vertigo. In: Rosen’s Emergency Medicine: Concepts and Clinical Practice. 8th ed. Philadelphia, Pa.: Mosby Elsevier; 2014. http://www.clinicalkey.com. Accessed June 23, 2015.
  2. Kim JS, et al. Benign paroxysmal positional vertigo. New England Journal of Medicine. 2015;370:1138.
  3. Tucci DL. Dizziness and vertigo. Merck Manual Professional Version. http://www.merckmanuals.com/professional/ear-nose-and-throat-disorders/approach-to-the-patient-with-ear-problems/dizziness-and-vertigo. Accessed June 23, 2015.
  4. Dizziness and motion sickness. American Academy of Otolaryngology — Head and Neck Surgery. http://www.entnet.org/content/dizziness-and-motion-sickness. Accessed June 23, 2015.
  5. Dizziness/vertigo. https://naturalmedicines.therapeuticresearch.com/databases/medical-conditions/d/dizzinessvertigo.aspx. Accessed June 23, 2015.
  6. Branch WT, et al. Approach to the patient with dizziness. www.uptodate.com/home. Accessed June 23, 2015.

Dr Latif Saad

Seorang Pegawai Perubatan. Pengasas kepada page Root of Science dan e-Diagnosa

6 Comments

Atikah bt yatim · July 5, 2018 at 6:36 am

Sy nk tnya klau pening tu setiap hri tnpa kita ambil ubt blh ka hilang ??

    Dr Latif Saad · July 9, 2018 at 6:51 am

    Kalau setiap hari, kena siasat puncanya tu Puan.

Hasmawati · August 4, 2018 at 12:39 am

Saya berumur 46 thn.krp pening dan rasa nk muntah.imbangan bdn pun tak stabil.

    Dr Latif Saad · August 5, 2018 at 8:28 am

    Pemandangan rasa seperti berpusing ke puan?

Alia Zulkifli · August 7, 2018 at 1:37 am

Assalamualaikum Dr.Latif.

Saya Alia. Saya mengalami pening kepala sejak dua hari lepas. Sakit kepala saya datang & pergi. Saya sangka saya lambat makan, selepas makan pening hilang tetapi ia datang semula. Selepas mandi saya terus tidur awal pada jam 10.30 mlm. Kebiasaan saya akan tidur 12 tgh mlm – 1 pagi. Selepas bangun daripada tidur, pening hilang tetapi 2 jam kemudian pening serang lagi.

Saya harap Dr.Latif dapat membantu saya. Terima kasih.

    Dr Latif Saad · August 11, 2018 at 1:35 pm

    Waalaikumsalam Puan. ada beberapa soalan terlebih dahulu puan

    1. Adakah pening kepala tersebut menjadi teruk ketika mana kepala digerakkan ataupun ketika menoleh?
    2. Puan rasa kepala jadi ringan ataupun pemandangan puan berpusing?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *