Penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) merupakan penyakit yang selalu menyerang kanak-kanak. Ia boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak itu kekurangan air di dalam badannya kerana dalam penyakit ini akan menyebabkan ulser yang banyak di dalam mulut.

Oleh itu, kanak-kanak selalunya akan menolak daripada meminum air kerana ia akan menyebabkan mulutnya sakit dan pedih

1. Istilah perubatan

Penyakit Kaki, tangan dan mulut juga dikenali sebagai HFMD yang bermaksud Hand, foot, mouth disease.
Patofisiologi: Bermaksud bagaimana sesuatu penyakit itu berlaku
Prognosis: Bagamainakah kesudahan kepada sesuatu penyakit
Masa Inkubasi: Adalah jarak masa daripada mula terdedah dengan kuman tersebut sehinggalah simptom pertama muncul

2. Pengenalan

Penyakit kaki tangan dan mulut merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan jangkitan virus. Pesakit selalunya akan mengadu ulser yang banyak di dalam mulut berserta ruam di tangan dan kaki. Penyebab kepada penyakit ini adalah disebabkan 2 jenis virus iaitu virus Coxsackie dan virus enterovirus.

3. Punca penyakit kaki, tangan dan mulut

Virus coxsackie sangat mudah menjangkiti orang lain. Ia boleh merebak dengan cara sentuhan kepada cecair daripada mulut dan hidung pesakit yang dijangkiti virus tersebut.

Virus tersebut akan masuk ke dalam saluran limfa melalui kulit dibahagian mulut dan lapisan usus. Daripada saluran limfa itu ia akan merebak ke kalenjar limfa dan masuk ke dalam darah. Kemudian, virus akan merebak ke seluruh badan terutamanya kawasan kulit dan lapisan mulut. Disitulah, ruam penyakit kaki, tangan dan mulut akan terbentuk dan virus itu bersedia menjangkiti orang lain

Pada hari yang ke tujuh, Antibodi badan sudah meningkat dan akan menghapuskan virus yang berada di dalam badan pesakit. Beberapa hari kemudian, ruam pada badan akan semakin kurang dan sembuh

Masa inkubasi bagi virus ini adalah 3-6 hari

4. Prognosis

Kesudahan(prognosis) kepada penyakit kaki tangan dan mulut adalah baik. Kebanyakkannya akan sembuh dengan sendiri tanpa memerlukan ubat-ubatan mahupun kemasukan ke dalam wad.

Penyakit ini selalunya lebih teruk memberi kesan kepada kanak-kanak berbanding orang dewasa.

Jangkitan ini juga boleh menyebabkan keradangan pada otot jantung(Myocarditis), jangkitan pada paru-paru, jangkitan pada otak dan selaputnya(Meningoencephalitis) dan juga kematian.

Apabila seseorang itu sudah dijangkiti penyakit ini, sangat jarang untuk ia berlaku semula.

Terdapat juga kes kematian dan juga masalah saraf bagi wabak penyakit ini jika virus yang terlibat adalah enterovirus. Komplikasi ini berlaku terutamanya pada kanak-kanak dan ia melibatkan wabak yang besar.

5. Pendidikan kesihatan

Virus yang menyebabkan penyakit ini akan hadir di dalam najis pesakit lebih kurang dalam 1 bulan. Walaupun demikian, pesakit masih boleh pergi ke sekolah. Terutamanya pesakit yang sudah sihat dan tidak mempunyai ruam tersebut

Bagi mengelakkan orang lain daripada berjangkit dengan virus yang ada di dalam najis pesakit ini, teknik basuhan tangan yang betul perlu diketahui. Najis bayi pula perlulah diletak pada tempat yang tidak terdedah dengan orang lain dan dalam tempat yang tertutup.

Dan untuk mengelakkan virus tersebut daripada terus merebak, jangan sesekali memecahkan air daripada ruam tersebut

6. Simptom dan tanda penyakit kaki, tangan dan mulut (Tanda HFMD)

Sebelum pesakit mempunyai ruam dan ulser, pesakit akan masuk ke dalam fasa prodrome iaitu fasa dimana pesakit akan mempunyai simptom seperti:

  • Demam yang tidak tinggi(suhu 38.2 darjah celcius)
  • Kurang selera makan
  • Sakit perut
  • Batuk
  • Sakit mulut
  • Ulser dalam mulut

Selepas itu, ulser akan timbul di dalam mulut dan diikuti dengan ruam pada kaki dan tangan. Ruam pada kaki dan tangan selalunya akan timbul selama 5-10 hari

Ketika mana ulcer banyak di bahagian mulut, ia akan menyebabkan pesakit terutamanya kanak-kanak kurang selera makan dan minum. Pesakit akan menangis ketika mengambil makanan dan juga minuman.

Selain daripada itu pesakit juga mungkin mempunyai simptom cirit-birit dan muntah-muntah jika dijangkiti virus jenis enterovirus.

7. Komplikasi

Beberapa komplikasi yang boleh dihadapi oleh pesakit ini adalah

  • Dehidrasi: Ia selalu berlaku pada kanak-kanak kerana mereka akan menolak untuk minum ketika menghadapi penyakit ini. Ia disebabkan ulcer yang teruk di dalam mulut mereka
  • Meningoencephalitis: Jangkitan kuman pada otak dan selaputnya
  • Myocarditis: keradangan pada otot jantung
  • Mempunyai masalah penglihatan ataupun Buta. Ia disebabkan jangkitan kuman ini membentuk parut pada macula di bahagian retina mata. Tetapi ia sangat jarang berlaku

Oleh kerana itu, ibubapa perlulah melihat keadaan anak-anak mereka. Jika pesakit kurang sangat minum, asyik menangis, tidak bermaya dan apa-apa perkara yang merisaukan ibubapa, kanak-kanak perlulah dibawa segera berjumpa dengan doktor

8. Diagnosa yang lain

Beberapa penyakit yang lain boleh menunjukkan simptom yang sama seperti penyakit kaki, tangan dan mulut adalah:

9. Rawatan

Disebabkan penyakit kaki, tangan dan mulut ini merupakan penyakit yang disebabkan virus dan boleh baik dengan sendirinya, maka rawatan penyakit ini lebih kepada rawatan sokongan.

Bermaksud ia akan melibatkan rawatan yang akan membuatkan pesakit itu selesa ketika mana sedang menghidapi penyakit ini sehinggalah dia sembuh sepenuhnya.

Beberapa perkara yang perlu dibuat untuk menghadapi pesakit ini adalah:

  1. Perlu selalu memberi minum air. Ini kerana kita tahu terutamanya kanak-kanak akan kurang minum air ketika menghadapi penyakit ini. Ia boleh menyebabkan dehidrasi berlaku pada kanak-kanak. Maka, kanak-kanak perlu diingatkan untuk meminum air ataupun ibubapa sendiri yang perlu memberi anak-anak mereka minum air
  2. Ais krim boleh mengurangkan sakit pada ulcer. Jika anak mempunyai ulcer yang teruk, pemberian aiskrim dapat mengurangkan sakit pada ulcer malah menggembirakan mereka. Disamping itu, pemberian air kosong boleh dilakukan ketika ini.
  3. Penggunaan ubat parcetamol boleh mengurangkan rasa sakit dan demam
  4. Ubat titis untuk mengurangkan sakit juga boleh didapati daripada klinik dan farmasi terdekat.
  5. Jika pesakit mempunyai simptom yang lebih teruk, ibubapa perlulah membawa anak mereka ke  Klinik ataupun hospital

Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, sila like page kami TheDiagnosa

Rujukan:

  1. Wolff K, Johnson RA, Suurmond D. Viral infections of skin and mucosa. Fitzpatrick’s Color Atlas & Synopsis of Clinical Dermatology. 5th ed. New York, NY: McGraw-Hill; 2005. 790-92.
  2. Wang SM, Lei HY, Liu CC. Cytokine immunopathogenesis of enterovirus 71 brain stem encephalitis. Clin Dev Immunol. 2012. 2012:876241
  3. Nassef C, Ziemer C, Morrell DS. Hand-foot-and-mouth disease: a new look at a classic viral rash. Curr Opin Pediatr. 2015 Aug. 27 (4):486-91.
  4. Marks M. Viral and presumably viral syndromes. Pediatric Infectious Diseases for the Practitioner. 1985. 494-6.