Penyakit kawasaki juga dikenali sebagai Kawasaki sindrom dimana ia akan menyerang kanak-kanak dan melibatkan keradangan di pembuluh darah. Ia juga dikenali dengan nama lain iaitu mucocutenous lymph node syndrome.

Penyakit Kawasaki mula dikesan pada tahun 1967 oleh Dr Tomisaku Kawasaki. Pada ketika itu, dia telah menjumpai 50 kes yang mempunyai ciri-ciri yang sama di Pusat Perubatan Red Cross, Tokyo.

Kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri yang sama sepert demam yang tinggi, ruam, konjunktiva yang kemerah-merahan, bengkak pada kalenjar limfa dan keradangan di dalam mulut dan bilik.

Patofisiologi (Bagaimana penyakit ini berlaku)

Penyakit ini akan menyebabkan keradangan diseluruh saluran darah dalam badan. Keradangan pada salur darah ini dipanggil sebagai ‘Vasculitis’. Akan tetapi keradangan ini akan berlaku dengan lebih teruk dikawasan pembuluh darah bahagian jantung yang dikenali sebagai salur darah koronari.

Keradangan di bahagian salur darah inilah yang akan mewujudkan simptom-simptom penyakit kawasaki seperti ruam atas badan, mulut yang kemerah-merahan dan juga demam yang tinggi.

Disamping itu, ia juga akan membunuh sel otot dibahagian salur darah menyebabkan dinding salur darah tersebut menjadi lemah. Perkara ini akan menyebabkan dinding salur darah yang terlibat membesar seolah-olah seperti belon. Keadaan ini dipanggil sebagai Aneurysm.

Manakala darah yang terkumpul dalam Aneurysm pula akan membeku disebabkan struktur salur darah tersebut yang tidak normal hingga menyebabkan salur darah tersebut tersumbat. Jika salur darah yang tersumbat itu berlaku dibahagian jantung, ia akan menyebabkan serangan sakit jantung pada pesakit. Oleh kerana itu, kanak-kanak yang menghadapi penyakit ini mempunyai risiko untuk terkena serangan sakit jantung yang lebih tinggi berbanding orang lain.

Punca dan Penyebab Penyakit Kawasaki

2 punca kepada masalah ini adalah:

  • Jangkitan kuman: Penyakit ini dikaitkan dengan jangkitan kuman. Akan tetapi tiada satu kuman spesifik yang dikatakan menjadi penyebab kepada masalah ini. Secara amnya, dikatakan jika seseorang itu mengalami jangkitan kuman, dia mungkin boleh menyebabkan Penyakit Kawasaki berlaku
  • Genetik: Adik-beradik yang pernah mengalami penyakit Kawasaki akan mempunyai risiko 10-20 kali ganda berbanding orang lain

Komplikasi Penyakit Kawasaki

Terdapat beberapa komplikasi yang mungkin dihadapi oleh pesakit ini. Ia adalah:

Simptom dan Tanda tanda penyakit Kawasaki

Kanak-kanak yang mempunyai masalah ini akan mempunyai beberapa simptom. Ia adalah

  • Demam dengan suhu yang tinggi dan berpanjangan untuk beberapa hari
  • Konjunktivitis pada kedua-dua mata (Mata akan menjadi merah)
  • Ruam pada badan
  • Lidahnya akan kemerah-merahan seperti strawberi (Dikenali sebagai ‘Strawbery tongue’)
  • Kalenjar limfa yang bengkak
  • Kemerahan-merahan pada bahagian tangan berserta kulit yang tercabut dibahagian kuku

Lidah seperti Strawberi (Sumber: Wiki)

Pesakit juga mungkin akan ada simptom lain yang tidak spesifik seperti:

Diagnosa-diagnosa lain

Terdapat beberapa diagnosa lain yang mungkin menunjukkan simptom yang sama:

Penyiasatan

Untuk mengesahkan seorang kanak-kanak mempunyai penyakit ini adalah lebih kepada pemeriksaan fizikal sahaja.

Pengambilan darah untuk mengetahui beberapa parameter badan lebih kepada untuk menguatkan bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai penyakit yang dikatakan.

Beberapa jenis darah akan diambil seperti:

  • Full Blood Count; Dalam penyakit kawasaki, selalunya jumlah platlet akan bertambah.
  • Bacaan Erythrocyte Sedimentation Rate (ESR) dan C-Reactive Protein (CRP) akan meningkat

Tetapi kedua-dua siasatan ini tidak begitu spesifik terdapat penyakit Kawasaki. Ini kerana jangkitan kuman yang lain juga akan menyebabkan bacaan tersebut meningkat.

Echocardiogram akan dilakukan untuk melihat keadaan jantung sama ada mempunyai masalah seperti kerosakan pada injap, pembentukan aneurysm dan sebagainya.

Rawatan Penyakit Kawasaki

Tujuan rawatan penyakit kawasaki adalah untuk mengurangkan simptom serta mengelakkan masalah pada salur darah koronari.

Intravenous Immunoglobulin (IVIG)

Immunoglobulin digunakan mengurangkan keradangan pada saluran darah.Ia terbukti menurunkan kadar komplikasi pada kanak-kanak yang mempunyai penyakit ini dari 25% kepada 1-5% sahaja.

Oleh itu, Pesakit Kawasaki selalunya akan diberi ubat ini terus ke dalam salur darah untuk mengawal penyakit tersebut

Aspirin

Aspirin membantu kesan IVIG untuk mengurangkan keradangan pada pembuluh darah dan menjadi prosedur standard dalam rawatan masalah Kawasaki.

Selalunya, doktor akan memberi dos yang tinggi untuk mengawal keradangan tersebut. Malah penggunaannya akan diteruskan beberapa minggu lepas daripada demam pesakit sembuh.

Ini kerana kemampuannya bertindak sebagai anti-platlet iaitu melawan fungsi platlet. Ini akan mengelakkan daripada pembekuan darah berlaku dalam salur darah. Oleh itu, ia boleh mengurangkan risiko untuk terkena serangan sakit jantung dalam pesakit seperti ini

Pesakit akan menjalani pantauan dengan doktor yang merawat selama beberapa bulan ataupun tahun untuk memastikan keadaan pesakit benar-benar pulih sepenuhnya.

 

Rujukan:

  1. Hussain Imam Hj Muhammad Ismail, Ng Hoonh Phak, Terrence Thomas. Paediatric Protocols For Malaysian Hospital 3rd Edition
  2. Kawasaki T. [Acute febrile mucocutaneous syndrome with lymphoid involvement with specific desquamation of the fingers and toes in children]. Arerugi. 1967 Mar. 16(3):178-222.
  3. Wolff AE, Hansen KE, Zakowski L. Acute Kawasaki disease: not just for kids. J Gen Intern Med. 2007 May. 22(5):681-4.
  4. Han RK, Sinclair B, Newman A, Silverman ED, Taylor GW, Walsh P, et al. Recognition and management of Kawasaki disease. CMAJ. 2000 Mar 21. 162(6):807-12.
  5. Satou GM, Giamelli J, Gewitz MH. Kawasaki disease: diagnosis, management, and long-term implications. Cardiol Rev. 2007 Jul-Aug. 15(4):163-9.
  6. Wood L, Tulloh R. Kawasaki disease: diagnosis, management and cardiac sequelae. Expert Rev Cardiovasc Ther. 2007 May. 5(3):553-61.
  7. Featured image dari: Medicalnewstoday.com
Categories: Kanak-kanak

Dr Latif Saad

Seorang Pegawai Perubatan. Pengasas kepada page Root of Science dan e-Diagnosa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *