309Shares

Ketika mana saintis masih bergelut secara berterusan untuk mencari penawar kepada penyakit HIV, iaitu penyakit yang telah membunuh jutaan ramai manusia, sekumpulan pengkaji telah membuat penemuan baru.

Dalam satu kajian, para saintis telah melaporkan yang mereka telah menemui satu jenis antibodi yang mampu merawat malah mengelakkan daripada jangkitan HIV

Kenapa rawatan untuk HIV sukar untuk ditemui?

Salah satu sebab kenapa jangkitan HIV sangat sukar disembuhkan adalah disebabkan ia bersifat seperti virus influenza. Iaitu permukaan virus influenza mempunyai ‘antigen’ yang cepat berubah.

‘Antigen’ berfungsi sebagai kad pengenalan iaitu untuk tujuan pengecaman virus ataupun bakteria tersebut. Kemudian barulah sel darah putih boleh menyerang dan menghasilkan antibodi untuk menyerang kuman itu.

Tetapi, apabila ‘antigen’ tersebut cepat berubah, maka sel darah putih tidak akan sempat mengenal pasti mahupun menghasilkan antibodi untuk melawan virus tersebut. Sebab itulah kenapa virus HIV boleh bermaraja-lela dalam badan pesakit.

Kebolehan Virus HIV yang mampu mengubah bentuk antigennya adalah disebabkan kadar mutasi genetik HIV yang tinggi. Disebabkan perkara tersebut juga, pencarian ubat untuk merawat penyakit ini rumit dan memerlukan kajian yang mendalam.

Kajian terbaru berkenaan rawatan HIV

Kajian terbaru daripada saintis telah menemukan sejenis antibodi yang boleh melawan jangkitan kuman HIV sebanyak 99 peratus. Di mana kajian mereka di dalam haiwan menunjukkan majoriti daripada jenis virus HIV di dalam badan haiwan tersebut telah dihapuskan dengan menggunakan antibodi tersebut.

Ia berfungsi dengan cara menyerang 3 bahagian virus yang lemah. Ini menyebabkan peratusan untuk virus tersebut membina kekebalan kepada rawatan itu berkurangan.

Pada kajian yang terdahulu, terdapat beberapa orang yang menghasilkan antibodi tersebut secara semula jadi menyebabkan 90% daripada jenis virus HIV dapat dihapuskan. Tetapi dengan hanya membuat sedikit perubahan pada antibodi tersebut, keberkesanan antibodi ini ditingkatkan sehingga 99%.

Dr Gary Nabel iaitu salah seorang saintis tersebut berkata,” Kita telah dapat mengawal virus HIV sebanyak 99% dengan hanya menggunakan antibodi tersebut pada kepekatan yang rendah”.

Kajian tersebut telah dibuat pada 24 ekor monyet. Sangat menakjubkan, kesemua monyet tersebut tidak dijangkiti virus HIV apabila kajian ini dibuat.

Antibodi yang baru ini dijangka menjalani percubaan klinikal iaitu kajian pada manusia pada tahun hadapan.

Tetapi rawatan ini masih mempunyai jalan yang panjang sebelum ia dipasarkan.

Bacaan seterusnya: Rawatan kanser terbaru

Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, sila like page kami TheDiagnosa.

Sumber:

  1. Laman web: http://www.iflscience.com/health-and-medicine/newly-developed-hiv-treatment-can-fight-99-percent-of-all-strains/
  2. Ling Xu, Amarendra Pegu, Ercole Rao, Nicole Doria-Rose, Jochen Beninga, Krisha McKee, Dana M. Lord, Ronnie R. Wei, Gejing Deng, Mark Louder, Stephen D. Schmidt, Zachary Mankoff, Lan Wu, Mangaiarkarasi Asokan, Christian Beil, Christian Lange, Wulf Dirk Leuschner, Jochen Kruip, Rebecca Sendak, Young Do Kwon, Tongqing Zhou, Xuejun Chen, Robert T. Bailer, Keyun Wang, Misook Choe, Lawrence J. Tartaglia, Dan H. Barouch3, Sijy O’Dell, John-Paul Todd, Dennis R. Burton, Mario Roederer, Mark Connors, Richard A. Koup, Peter D. Kwong, Zhi-yong Yang, John R. Mascola, Gary J. Nabel1. Trispecific broadly neutralizing HIV antibodies mediate potent SHIV protection in macaques. Published online: 20 Sep 2017. DOI: 10.1126/science.aan8630
Categories: Berita

Dr Latif Saad

Seorang Pegawai Perubatan. Pengasas kepada page Root of Science dan e-Diagnosa

2 Comments

Hidir shaari · January 28, 2018 at 2:18 am

Assalam.
Saya berminat ingin tahu labih lanjut rawatan hiv
Hidir…0122960929

    Dr Latif Saad · January 28, 2018 at 4:03 am

    Rawatan yang saya ceritakan ini masih dalam kajian, Tuan. Ia masih belum lagi boleh digunapakai pada manusia. Setakat ini, rawatan HIV adalah mcm biasa iaitu pemberian ubat HAART untuk mengurangkan pembiakan virus HIV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *