644Shares

Resdung adalah salah satu penyakit yang berpunca daripada alahan ataupun dikenali sebagai Allergic Rhinitis. Ia melibatkan keradangan pada saluran hidung hingga menyebabkan beberapa simptom yang selalu berlaku pada pesakit resdung iaitu bersin, hidung berair, gatal hidung dan juga hidung tersumbat.

Jika anda mengalami perkara ini setiap pagi, anda mungkin adalah orang yang mengalami penyakit resdung.

Ia disebabkan sistem imun badan yang bertindak secara berlebihan ataupun istilah sainsnya dipanggil sebagai hypersensitiviti. Apabila sistem imun badan terlampau sensitif, ia akan menghasilkan simptom yang berlebihan juga. Dalam resdung, lapisan yang menyelaputi bahagian dalam hidung sangat sensitif terhadap habuk mahupun debunga.

1. Istilah perubatan

Allergic Rhinits: Juga dikenali sebagai Resdung
Rhinitis: Keradangan pada lapisan yang meliputi bahagian dalam hidung berserta simptom hidung berair
Allergen: Bahan yang menyebabkan simptom alahan berlaku

2. Pengenalan

Rhinitis bermaksud keradangan pada lapisan dalam bahagian hidung. Mereka yang sedang mengalami rhinitis akan mempunyai simptom bersin, hidung tersumbat, gatal hidung dan hidung berair. Ia mungkin akan melibatkan organ mata, telinga dan tekak.

Apabila dikatakan allegic rhinitis ataupun resdung pula ia bermaksud seseorang itu mempunyai alahan kepada habuk dan debunga hingga menyebabkan simptom rhinitis seperti yang dikatakan di atas.

Resdung adalah penyakit yang selalu berlaku dikalangan masyarakat hingga melibatkan 20% populasi masyarakat.

Walaupun ia bukanlah penyakit yang mengancam nyawa, tetapi komplikasi boleh berlaku dan ia memberi kesan kepada kualiti hidup. Sebagai contoh, tidur yang tidak selesa ataupun mengalami sumbatan sewaktu tidur(Obstructive sleep apnea) ketika resdung menyerang. Ia boleh menyebabkan prestasi kerja merudum kerana rasa mengantuk ketika waktu kerja.

Malah, sumbatan saluran pernafasan yang berlaku ketika tidur ataupun dikenali sebagai Obstructive sleep apnea(OSA) ini pun boleh membawa kepada penyakit lain seperti darah tinggi dan serangan sakit jantung. Kajian menemukan sesiapa yang mengalami Obstructive Sleep Apnea mempunyai risiko yang tinggi untuk menghadapi serangan sakit jantung

3. Patofisiologi

Di dalam individu yang berisiko iaitu individu yang mempunyai sejarah keluarga dengan masalah alahan seperti asma dan ekzema, mereka senang mengalami masalah ini.

Ia bermula apabila protein atau bahan daripada luar masuk ke dalam rongga hidung. Dalam individu yang berisiko, pendedahan kepada bahan luar ini akan menyebabkan sistem imun lebih sensitif kepada bahan tersebut. Ia berlaku apabila sel darah putih menghasilkan satu protein imun yang dikenali sebagai Immunoglobulin E(IgE) setelah pendedahan kepada bahan ataupun protein itu.

Seterusnya, IgE pula secara automatik melekat pada satu jenis sel darah putih yang dikenali sebagai ‘mast cell’.

Kali pertama seseorang yang terdedah dengan bahan tersebut tidak akan mengalami sebarang simptom resdung. Tetapi jika dia terdedah semula pada bahan yang sama, bahan tersebut akan melekat pada IgE di Mast cell. Mast cell ini pula akan mengeluarkan pelbagai jenis kompaun yang akan menyebabkan simptom alahan hidung(resdung).

4. Simptom dan Tanda Tanda Resdung

4 simptom yang klasik menunjukkan seseorang itu menghidapi resdung adalah:

Keempat-empat simptom ini selalunya berlaku waktu pagi ataupun bila terdedah kepada allergen iaitu bahan yang menyebabkan simptom alahan.

Selain daripada simptom ini, ada juga simptom-simptom lain yang mungkin berlaku bersama-sama iaitu

5. Punca Resdung

Beberapa perkara menjadi pencetus ataupun bahan allergen yang akan memulakan simptom resdung. Ianya adalah

1. Debunga
Disebabkan Malaysia bukan negara 4 musim, rakyat Malaysia senang terdedah dengan debunga yang boleh menyebabkan mereka mengalami simptom resdung selalu. Di negara 4 musim, selalunya simptom resdung menjadi teruk ketika musim bunga kerana banyak daripada pokok akan menghasilkan debunga pada musim tersebut.

2. Kulat
Di dalam keadaan rumah yang lembab, kulat senang tumbuh dan menghasilkan spora. Spora inilah yang akan berterbangan di dalam rumah dan masuk ke dalam saluran pernafasan pesakit dan menyebabkan serangan resdung bermula

3. Habuk
4. Bulu haiwan peliharaan
5. Asap
6. Karpet

6. Komplikasi

Terdapat beberapa komplikasi yang boleh dihadapi oleh pesakit Resdung iaitu:

  • Keradangan sinus: Sinus merupakan rongga kosong di tengkorak bahagian muka dan kepala
  • Otitis media: Jangkitan kuman di bahagian tengah saluran telinga iaitu di belakang gegendang telinga
  • Sleep Apnea: Berhenti bernafas terutamanya ketika waktu tidur
  • Tiub Eustachian yang bermasalah

7. Diagnosa-diagnosa lain

Terdapat  beberapa diagnosa lain yang mempunyai simptom yang sama iaitu:

  • Polip dalam saluran hidung
  • Kanser dalam hidung
  • Jangkitan kuman pada bahagian rongga muka(acute sinusitis)

8. Penyiasatan

Untuk mengatakan seseorang itu mempunyai masalah resdung ataupun tidak pesakit sepatutnya menjalani satu satu ujian yang dinamakan sebagai ujian alahan kulit(allergy skin test). Dalam ujian tersebut ia juga boleh mengesan bahan manakah yang menyebabkan pesakit alah padanya.

Tetapi di Malaysia, diagnosa penyakit resdung selalunya dibuat secara klinikal sahaja disebabkan kekurangan sumber. Bermaksud mereka yang mempunyai 4 simptom yang dikatakan iaitu selalu bersin, hidung berair, gatal hidung dan hidung tersumbat selalunya waktu pagi, mereka akan dikatakan mempunyai masalah resdung.

Hanya pesakit yang benar-benar memerlukan sahaja seperti pesakit yang mengalami simptom resdung yang teruk dan kerap hingga mengganggu aktiviti harian dan juga pekerjaan, baru ujian itu akan dilaksanakan

Ia dibuat untuk mengetahui bahan yang manakah pesakit alah terhadapnya supaya pesakit boleh mengelakkan diri daripada terdedah kepada bahan tersebut.

9. Rawatan Resdung

Rawatan untuk pesakit resdung terbahagi kepada 3 iaitu mengelakkan diri daripada allergen, penggunaan ubat dan juga terapi imun.

1) Mengelakkan diri daripada allergen

Beberapa perkara yang boleh dibuat di dalam rumah seperti:

  • Elakkan menggunakan perabut yang akan berhabuk seperti karpet
  • Selalu membersihkan habuk
  • Elakkan daripada membela haiwan peliharaan
  • Sarung tilam perlu selalu ditukar
  • Sentiasa memastikan keadaan di dalam rumah kering agar kulat tidak tumbuh

Pesakit juga boleh mengelakkan diri daripada mencium bunga kerana debunga akan menyebabkan mereka mempunyai simptom resdung

2) Penggunaan ubat

Beberapa jenis ubat boleh digunakan untuk merawat masalah resdung tersebut. Ianya adalah:

  • Ubat anti-histamine: Ia berfungsi untuk menghentikan proses yang akan menyebabakan simptom alahan. Contoh ubat adalah Chlorpheniramine, cetrizine dan loratadine
  • Ubat untuk mengurangkan hidung berair: Ia berfungsi untuk mengecilkan saluran darah di bahagian hidung supaya penghasilan air hidung dapat dikurangkan. Contoh ubat adalah pseudoephedrine
  • Ubat spray hidung yang berasaskan steroid: Ia berfungsi untuk mengurangkan keradangan di bahagian hidung. Kajian telah dibuat menunjukkan penggunaan spray hidung ini adalah lebih berkesan daripada penggunaan anti-histamine dan juga ubat yang mengurangkan hidung berair. Ia bertanggungjawab mengurang 4 simptom resdung yang utama iaitu bersih, gatal hidung, hidung berair dan juga hidung tersumbat. Oleh itu, simptom resdung akan lebih terkawal dan aktiviti harian pesakit akan lebih tidak terganggu

3) Terapi Imun

Di dalam terapi ini, ubat akan diberikan sama ada melalui suntikan ataupun diletakkan dibawah lidah untuk mengurangkan sensitiviti sistem imun badan terhadap allergen. Peratusan untuk sembuh dengan menggunakan terapi imun ini boleh dikatakan tinggi tetapi selalunya ia digunakan hanya untuk pesakit yang mempunyai simptom resdung yang teruk dan kerap walaupun sudah menggunakan ubat.

Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapat diagnosa yang tepat jika anda menghadapi simptom-simptom tersebut

Jika rasa perkongsian ini bermanfaat, sila like page kami TheDiagnosa

Rujukan:

  1. Togias AG. Systemic immunologic and inflammatory aspects of allergic rhinitis. J Allergy Clin Immunol. 2000 Nov. 106(5 Suppl):S247-50
  2. Blaiss MS. Quality of life in allergic rhinitis. Ann Allergy Asthma Immunol. 1999 Nov. 83(5):449-54
  3. Walls AF, He S, Buckley MG, McEuen AR. Roles of the mast cell and basophil in asthma. Clin Exp Allergy. 2001. 1:68
  4. McColley SA, Carroll JL, Curtis S, Loughlin GM, Sampson HA. High prevalence of allergic sensitization in children with habitual snoring and obstructive sleep apnea. Chest. 1997 Jan. 111(1):170-3.
  5. Dykewicz MS, Fineman S, Skoner DP, Nicklas R, Lee R, Blessing-Moore J. Diagnosis and management of rhinitis: complete guidelines of the Joint Task Force on Practice Parameters in Allergy, Asthma and Immunology. American Academy of Allergy, Asthma, and Immunology. Ann Allergy Asthma Immunol. 1998 Nov. 81(5 Pt 2):478-518
  6. Sumber featured image:

Dr Latif Saad

Seorang Pegawai Perubatan. Pengasas kepada page Root of Science dan e-Diagnosa

14 Comments

Yies · September 5, 2017 at 12:47 pm

Is there any Natural remedy for resdung?

mohd haizam ishak · December 30, 2017 at 11:38 pm

assalam sy keliru di sini.. ade artikel lain mengatakan .. resdung ngan alahan rhinitis dua benda yg berbeza
http://www.doktorbudak.com/2014/07/09/1049/

    Dr Latif Saad · January 3, 2018 at 2:02 am

    Wasalam tuan. Ini macam lebih kepada masalah istilah. Resdung yang saya faham adalah lain daripada yang Doktorbudak.com faham. Lupa nak bagitahu yang pemilik doktor budak tu adalah pakar kanak-kanak.

    Resdung yang difahami oleh doktor tersebut adalah bermaksud Keradangan sinus iaitu sinusitis.
    Resdung yang saya fahami pula adalah bermaksud allergic rhinitis.(ini pun Boss saya sebelum ini iaitu pakar kanak-kanak yang berikan istilah tersebut).

    Jadi, kalau kita konfius kita guna terus istilah perubatan supaya ia merujuk kepada perkara yang tepat

Muhammad Adib · May 4, 2018 at 1:21 pm

Assalamualaikum Dr. Saya nak tanya, saya ade masalah sensitif pd masakan contoh yg guna smbal n rempah. Adakah itu juga resdung? Saya jrg bersin waktu pagi tapi biasa bersin bila tgh sapu sampah 2 tgh masak.

Syika · June 5, 2018 at 11:44 am

Asslm. Dr. Saya ada pertanyaan tentang resdung ni. Saya sekarang sudah ada simtom tersebut. Tapi hingus yang saya keluarkan beserta dengan darah. Apakah kemungkinan penyakit yang saya alami ?

    ediagnosa · June 5, 2018 at 3:28 pm

    Wasalam Puan. Hidung berdarah ataupun hingus berdarah mungkin disebabkan resdung itu sendiri. Kerana ketika resdung menyerang saluran darah dikawasan tersebut akan membesar dan ia boleh pecah menyebabkan hingus mempunyai darah. Walaubagaimanapun , ia juga boleh disebabkan ‘polip’ iaitu unjuran tidak normal daripada dinding salur dihindung. Jika Puan risau, saya syorkan puan untuk bertemu doktor terlebih dahulu

Keradangan Sinus(Sinusitis): Simptom, Punca dan Cara Rawatan - TheDiagnosa · September 7, 2017 at 4:50 am

[…] Bacaan seterusnya: Penyakit Resdung […]

Psoriasis: Punca, Simptom dan Rawatan - TheDiagnosa · September 10, 2017 at 7:41 am

[…] Bacaan seterusnya: Resdung […]

Hidung Berdarah(Epistaxis): Punca dan Cara Rawatan - TheDiagnosa · October 26, 2017 at 11:30 am

[…] Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, sila like page kami TheDiagnosa Bacaan seterusnya: Resdung(Punca dan Cara Rawatan) […]

Eczema : Punca, Simptom and Cara Rawatan - TheDiagnosa · January 10, 2018 at 4:22 pm

[…] akan mudah juga untuk mendapat penyakit alahan yang lain seperti asma, allergic conjunctivitis, resdung(allergic rhinitis), alahan pada makanan dan […]

Rawatan Resdung: Jenis Ubat dan Penggunaannya - Dr Latif Saad · January 22, 2018 at 4:13 am

[…] lengkap berkenaan Resdung boleh rujuk link ini Jika maklumat ini bermanfaat, sila like FB page saya Dr Latif […]

Batuk: Punca dan Jenis Ubat Batuk - TheDiagnosa · January 22, 2018 at 6:26 am

[…] Resdung(allergic rhinitis) […]

Adakah Resdung boleh diubati dengan menghidu asap ataupun habuk kayu??? - Root of Science · January 27, 2018 at 9:58 am

[…] di luar sana yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Menggunakan pelbagai kaedah untuk merawat resdung ataupun dalam istilah perubatannya dipanggil sebagai Allergic […]

Kenali Apa Itu Resdung? | Semuanya Sihat · March 5, 2018 at 6:57 pm

[…] Kredit : thediagnosa.com […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *