Rotavirus adalah salah satu jenis virus yang menyebabkan keradangan pada bahagian perut dan juga usus. Pesakit selalunya akan mengalami simptom muntah dan cirit-birit.

Virus ini terletak dalam keluarga virus yang dikenali sebagai Reoviridae. Ia adalah jangkitan yang boleh baik dengan sendirinya. Pesakit yang mengalami dehidrasi disebabkan muntah dan cirit-birit yang teruk boleh menyebabkan kematian terutamanya di negara membangun.

Punca Jangkitan Rotavirus

Ia berpunca dari sentuhan barang yang telah dikotori oleh virus tersebut. Sebagai contoh mereka yang menggunakan tuala pesakit rotavirus. Apabila mereka makan, tangan tersebut tidak dibasuh terlebih dahulu menyebabkan dia dijangkiti viru tersebut

Rotavirus pada mulanya akan menjangkiti sel yang melapisi kawasan perut dan juga kawasan usus. Perlu diketahui bahawa sel dikawasan ini penting untuk penyerapan makanan yang telah dicernakan.

Disebabkan jangkitan virus ini, ia menyebabkan serapan ini tidak berlaku secara efektif. Ini menghasilkan kepekatan yang tinggi di dalam usus. Oleh itu, air dari dinding usus akan ditarik masuk ke dalam saluran usus menyebabkan najis menjadi cair.

Virus ini akan dirembeskan masuk ke dalam najis yang cair ini membolehkan ia menjangkiti orang lain. Oleh sebab itu, mereka yang merawat ataupun menguruskan pesakit ini, perlulah sentiasa membasuh tangannya untuk mengelakkan jangkitan virus tersebut.

Simptom dan tanda tanda jangkitan Rotavirus

Pesakit akan mempunyai beberapa simptom dan tanda tanda masalah tersebut iaitu:

Pesakit juga akan mengalami simptom dehidrasi jika tidak mengambil air yang secukupnya. Simptom tersebut adalah

  • Bibir kering
  • Jantung berdebar

Kanak-kanak yang mengalami beberapa simptom ini perlulah terus dibawa berjumpa doktor

  • Kurang buang air kencing
  • Muntah yang kerap
  • Pesakit tidak boleh minum air langsung
  • Kelihatan letih
  • Menangis tanpa mengeluarkan air mata
  • Mata cengkung

Penyiasatan

Jika pesakit tidak mengalami simptom yang terlalu teruk, selalunya tiada pengambilan darah ataupun najis diperlulkan. Rawatan lebih kepada untuk mengelakkan pesakit daripada mengalami dehidrasi.

Jika pesakit mengalami simptom yang teruk dan dimasuki hospital terutamanya kanak-kanak, pesakit akan diambil beberap sampel darah dan juga najis.

Sampel Darah

Ia digunakan untuk melihat fungsi buah pinggang. Seseorang yang mengalami dehidrasi yang teruk disebabkan muntah dan cirit-birit akan menyebabkan fungsi buah pinggang terganggu

Sampel Najis

Ia digunakan untuk mengesan kehadiran kuman di dalam najis tersebut

Rawatan Rotavirus

Pesakit yang mengalami jangkitan rotavirus ini selalunya dirawat sama seperti seseorang yang mengalami muntah dan cirit-birit. Tiada ubat seperti antibiotik dan antiviral yang digunakan untuk membunuh kuman tersebut. Kerana jangkitan ini boleh baik dengan sendirinya. Tugas para doktor adalah untuk mengurangkan simptom dan membantu supaya tidak mengalami dehidrasi.

1) Pesakit yang tidak mengalami dehidrasi ataupun mengalami dehidrasi yang sederhana

Pesakit selalunya akan diperiksa oleh doktor untuk melihat tahapan dehidrasi seseorang. Jika pesakit tidak terlalu teruk sangat, pesakit akan diberi pulang berserta ubat untuk mengurangkan simptom dan juga untuk membantuk hidrasi badan.

2) Pesakit yang mengalami dehidrasi yang teruk

Selalunya pesakit akan dimasukkan ke dalam hospital. Jarum akan dimasukkan ke dalam salur darah supaya air dapat dimasukkan terus ke dalam badan.

Cara untuk mengelakkan jangkitan ini berlaku

Sebagaimana yang kita tahu, jangkitan ini berlaku disebabkan kita memegang kawasan yang telah tercemar dengan virus tersebut. Oleh itu, beberapa perkara perlu dilakukan untuk mengelakkan masalah ini berlaku. Ia adalah:

  • Membasuh tangan setiap kali ingin mengendalikan makanan ataupun ketika ingin makan
  • Jika tiada air, anda boleh menggunakan ‘hand sanitizer’
  • Tidak berkongsi barangan mandi
  • Mengambil vaksin rotaviris

Rujukan:

  1. Cortese MM, Parashar UD. Prevention of rotavirus gastroenteritis among infants and children: recommendations of the Advisory Committee on Immunization Practices (ACIP). MMWR Recomm Rep. 2009 Feb 6. 58:1-25.
  2. Gilger MA, Matson DO, Conner ME, Rosenblatt HM, Finegold MJ, Estes MK. Extraintestinal rotavirus infections in children with immunodeficiency. J Pediatr. 1992 Jun. 120(6):912-7.
  3. FDA Approves New Vaccine to Prevent Gastroenteritis Caused by Rotavirus. US Food and Drug Administration. April 3, 2008. Available at http://www.fda.gov/bbs/topics/NEWS/2008/NEW01814.html.
  4. Yee EL, Staat MA, Azimi P, Bernstein DI, Ward RL, Schubert C, et al. Burden of rotavirus disease among children visiting pediatric emergency departments in Cincinnati, Ohio, and Oakland, California, in 1999-2000. Pediatrics. 2008 Nov. 122(5):971-7.
  5. Christie CD, Duncan ND, Thame KA, Onorato MT, Smith HD, Malcolm LG, et al. Pentavalent rotavirus vaccine in developing countries: safety and health care resource utilization. Pediatrics. 2010 Dec. 126(6):e1499-506.
Categories: Perubatan

Dr Latif Saad

Merupakan Seorang Doktor Perubatan. Pengasas kepada FB Page Root of Science dan juga e-Diagnosa. Follow juga wall personal saya di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *