122Shares

Kebanyakan rakyat Malaysia mesti mengalami sakit belakang sekali dalam seumur hidup mereka. Kebanyakan daripada masalah ini adalah lebih menjurus kepada masalah postur yang menyebabkan kecederaan kepada otot. Perkara ini menyebabkan kesakitan dalam waktu beberapa hari dan kemudian sembuh dengan sendirinya. Akan tetapi sakit belakang yang berterusan dan amat menyakitkan mungkin disebabkan penyakit lain yang melibatkan kawasan tersebut. Oleh itu, pesakit perlulah berjumpa dengan doktor jika mempunyai sakit belakang yang lama.

Punca sakit belakang

Terdapat pelbagai punca sakit belakang dan setiap rawatan perlulah spesifik untuk merawat punca sakit belakang tersebut.

Sakit belakang selalunya dikaitkan dengan masalah pada tulang belakang. Ia mungkin berkaitan dengan sendi, otot, saraf dan juga ruas tulang belakang(Intervertebral disc)

Cakera Intervertebra(Intervertebral disc)

Masalah pada tulang belakang ini boleh disebabkan:

  • Ruas tulang belakang yang terkeluar(Slipped discs) : Keadaan ini berlaku apabila tisu di dalam ruas tulang belakang terkeluar daripada tempatnya. Ianya disebabkan kapsul dibahagian ruas tersebut terkoyak. Ia boleh menyebabkan sakit belakang yang teruk apabila tisu itu menghimpit saraf dikawasan tersebut
  • Penuaan ruas tulang belakang: Ini menyebabkan ketebalan ruas tulang tersebut semakin berkurangan dan fungsi untuk menahan hentakan semakin tidak efesien. Tulang belakang yang bergesel antara satu sama lain boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang dan perkara ini selalunya berlaku apabila kita semakin menua
  • Keradangan pada sendi sacroiliac: Sendi sacroiliac terletak berdekatan dengan bahagian belakang punggung. Ia adalah kawasan dimana tulang belakang bergabung dengan tulang punggung menjadi satu sendi. Kecederaan dan keradangan pada bahagian tersebut boleh disebabkan trauma, arthritis dan juga kehamilan.
  • Spinal stenosis: Ini adalah keadaan dimana laluan saraf yang keluar daripada tulang belakang menjadi sempit. Ia menyebabkan himpitan pada saraf dan juga kesakitan pada bahagian belakang. Ia selalu berlaku pada mereka yang bermuru 60 tahun ke atas.
  • Spondylolisthesis: Keadaan dimana tulang belakang bahagian atas tergelincir ke bahagian hadapan. Ia akan menghimpit saraf tunjang di dalam tulang belakang.

Kemalangan dan juga kecederaan lepas bermain

Kemalangan kereta, jatuh, kecederaan selepas bersukan boleh menyebabkan sakit belakang. Ini kerana ia boleh menyebabkan kecederaan pada bahagian otot.

Gaya hidup

Gaya hidup yang tidak sihat juga boleh menjadi penyumbang kepada masalah sakit belakang. Berikut adalah perkara yang menyebabkan otot bahagian belakang cedera:

  • Duduk tidak mengikut postur yang betul
  • Selalu mengangkat barang yang terlampau berat
  • Tidak bersenam
  • Berlebihan berat badan
  • Merokok
  • Menggunakan kasut tumit tinggi.

Arthritis

Penyakit yang melibatkan keradangan di bahagian sendi juga boleh menyebabkan masalah sakit belakang. Penyakit-penyakit yang boleh menyebabkan keradangan pada sendi adalah seperti Systemic Lupus Erythematosus dan juga Rheumatoid arthritis

Kehamilan

Peningkatan berat badan ketika kehamilan boleh menyebabkan kepada kecederaan otot di bahagian belakang

Terdapat juga sebab-sebab lain yang boleh menyebabkan sakit belakang sepert:

Komplikasi

Komplikasi sakit belakang adalah bergantung kepada punca kepada masalah tulang belakang. Ianya adalah:

  • Ruas tulang belakang yang terkeluar(Slipped disc): Jika ia teruk boleh menyebabkan kaki merasa kebas, kaki menjadi lemah dan juga kelumpuhan. Ia juga boleh menyebabkan pesakit tidak boleh mengawal pembuangan air kencing dan juga air besar
  • Masalah spondylolesthesis dan spinal stenosis juga boleh menjadikan kaki merasa kebas, otot kaki menjadi lemah dan kelumpuhan

Slipped Disc: Punca, Simptom dan Cara Rawatan

Rawatan

Sakit belakang yang tidak terlalu serius boleh dirawat dengan:

  • Menggunakan postur duduk yang betul
  • Tidak mengangkat barang yang berat
  • Fisoterapi
  • Menggunakan ubat sapu untuk mengurangkan sakit belakang
  • Mengambil ubat tahan sakit

Rawatan yang melibatkan masalah tulang belakang perlulah dipantau dibawah pakar ortopedik. Ini kerana jika simptom sakit belakang telah menyebabkan kelumpuhan pada kaki pesakit, maka rawatan secara pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk masalah ini.

Cara untuk mencegah sakit belakang

  • Mengamalkan postur yang betul ketika duduk
  • Mengelakkan diri untuk mengangkat benda yang berat seorang diri
  • Jika terpaksa angkat juga, perlu menggunakan postur yang betul ketika mengangkat barang tersebut
  • Kurangkan berat badan
  • Tidak melakukan aktiviti yang berlebihan ketika bersukan

Jika maklumat ini bermanfaat, sila like page TheDiagnosa

Rujukan:

  1. American Academy of Pain Medicine web site: “Commonly-Reported Pain Conditions.”
  2. Chien JJ. Curr Pain Headache Rep. Dec 2008.
  3. Arthritis Foundation: “Degenerative Disc Disease;” “Understanding Arthritis;” and “What is Ankylosing Spondylitis?”
  4. National Institute of Arthritis and Musculoskeletal and Skin Diseases: “Fast Facts About Back Pain;” “Low Back Pain Fact Sheet;” and “What is Spinal Stenosis?”
  5. UCLA Spine Center: “Sacroiliac Joint Disease” and “What You Should Know About Radiculopathy.”
  6. Spine Universe: “Common and Uncommon Causes of Back Pain.”
  7. Sumber featured image: medicalnewstoday.com
Categories: Ortopedik

Dr Latif Saad

Merupakan Seorang Doktor Perubatan. Pengasas kepada FB Page Root of Science dan juga e-Diagnosa. Follow juga wall personal saya di SINI

2 Comments

BioBax · at

Terima kasih doktor atas perkongsian yg lengkap

Sakit Belakang: Punca dan Cara Mencegah – Bicara Wanita · at

[…] post Sakit Belakang: Punca dan Cara Mencegah appeared first on […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *