Sakit payudara juga dikenali sebagai ‘mastalgia’ dalam istilah perubatan. Ia termasuk rasa sakit bila ditekan, rasa seolah-olah dibakar ataupun rasa ketat di bahagian payudara. Sakit tersebut boleh berterusan ataupun datang dan pergi

Masalah ini boleh berlaku seperti berikut:

  • Berlaku selama beberapa hari dalam sebulan. Sebagai contoh 2 ataupun 3 hari sebelum datang bulan. Selalunya perkara ini adalah suatu yang normal terutamanya bagi mereka yang muda
  • Berlaku lebih kurang seminggu ataupun lebih. Selalunya ia bemula pada
  • Berlaku sepanjang bulan

Wanita yang sudah menopause selalunya jarang menghadapi perkara ini. Tetapi bagi mereka yang masih muda, terutamanya yang baru datang haid, selalunya mereka akan mengalami perkara ini

Selalunya sakit payudara bukanlah tanda perkara yang berbahaya seperti kanser. Akan tetapi jika ia berturusan sakit ataupun mempunyai ketulan, pesakit perlulah segera berjumpa dengan doktor.

Jenis sakit payudara

Kebanyakan masalah ini diklasifikan kepada dua jenis iaitu ia mengikut kitaran ataupun tidak.

1) Sakit payudara mengikut kitaran (cyclical breast pain)

  • Selalunya disebabkan perubahan hormon dalam badan.
  • Berkait dengan kedatangan bulan
  • Selalunya melibatkan kedua-dua payudara
  •  Menjadi teruk ketika mana mendekati datang bulan. Lepas daripada seminggu datang period, pesakit akan semakin normal
  • Selalunya berlaku pada wanita yang berumur 20 hingga 30 tahun

2) Sakit payudara yang tidak mengikut kitaran (non-cyclical breast pain)

  • Selalunya tidak mempunyai kaitan dengan datang haid
  • Selalunya melibatkan satu jenis payudara saja
  • Selalunya ia melibatkan pesakit yang sudah menopause

Bila perlu berjumpa dengan doktor?

Pesakit perlulah berjumpa dengan doktor jika

  • Sakit tersebut berterusan berminggu-minggu lamanya
  • Sakit tersebut menjadi semakin teruk
  • Benjolan yang semakin membesar
  • Mengganggu aktiviti harian

Punca sakit payudara

Terdapat pelbagai punca dan penyebab yang boleh menjadikan payudara merasa sakit. Ia adalah:

  • Hormon reproduktif: Kesakitan payudara yang mempunyai kitaran selalunya disebabkan hormon ini.
  • Ubat: Ubat yang berkait dengan hormon reproduktif juga akan menyebabkan kesakitan pada kawan payudara
  • Saiz payudara: Payudara yang besar akan menyebabkan rasa sakit padanya dan selalunya ia tidak akan mengikut kitaran. Bahkan ia juga akan menyebabkan sakit pada bahagian leher, bahu dan belakang badan kerana terpaksa menampung berat payudara tersebut
  • Trauma: Trauma pada kawasan payudara boleh menyebabkan keradangan dikawasan tersebut
  • Jangkitan kuman: Jangkitan kuman disebabkan luka boleh menyebabkan rasa sakit. Jangkitan kuman dikawasan ini mempunyai istilah perubatan yang dipanggil sebagai ‘mastitis’
  • Kanser Payudara

Penyiasatan

Pesakit boleh memeriksa payudara sendiri untuk melihat samada mempunyai ketulan ataupun tidak. Jika ia mempunyai ketulan, luka yang besar, keluar nanah dan sebagainya, pesakit perlulah berjumpa dengan doktor

Beberapa prosedur mungkin akan dilakukan kepada pesakit jika memerlukanya:

  • Mammogram: Ini merupakan salah satu x-ray yang berfungsi untuk melihat kawasan payudara samada ianya mempunyai penemuan yang abnormal ataupun tidak. Selalunya ujian ini akan dijalankan bagi mereka yang sudah dewasa ataupun berumur
  • Ultrasound: Ultrasound juga membantu dalam melihat ketulan di dalam payudara. Selalunya wanita yang muda akan menjalani ujian ini.
  • Biopsi payudara: Jika penemuan daripada pemeriksaan pesakit dan juga daripada mammogram/ultrasound menjuruskan kepada penyakit kanser, maka pengambilan sampel daripada ketulan tersebut perlu dibuat untuk mengesahkan samada pesakit mengalami kanser ataupun tidak

Rawatan sakit payudara

Kebanyakan pesakit tidak memerlukan rawatan kerana semakin seseorang itu dewasa, sakit payudara ketika mana datang bulan akan semakin berkurangan.

Tetapi jika anda memerlukan rawatan juga disebabkan perkara yang tidak serius, maka anda boleh mencuba tips ini:

  • Jika saiz besar, cuba pakai bra yang mempunyai penyokong yang lebih untuk mengurangkan tekanan pada bahagian badan yang lebih
  • Gunakan ubat tahan sakit
  • Jika menggunakan pil perancang, pesakit dinasihati untuk menukar pil perancang tersebut di farmasi yang berdekatan

Bagi sakit payudara yang spesifik seperti jangkitan kuman di payudara, kanser dan sebagainya akan diceritakan di dalam post yang lain.

Rujukan:

  1. Jokich PM, et al. ACR Appropriateness Criteria breast pain. American College of Radiology (ACR). https://acsearch.acr.org/docs/3091546/Narrative/. Accessed Oct. 24, 2015.
  2. Rapkin AJ, et al. Premenstrual syndrome. First consult. https://www.clinicalkey.com. Accessed Oct. 24, 2015.
  3. Balleyguiera C, et al. Breast pain and imaging. Diagnostic and Interventional Imaging. 2015;96:1009.
    Rodden AM. Common breast concerns. Primary Care: Clinics in Office Practice. 2009;36:103.

Seorang Pegawai Perubatan. Pengasas kepada page Root of Science dan e-Diagnosa