Sakit tapak kaki adalah perkara yang selalu berlaku di dalam kehidupan kita. Sekurang-kurangnya seseorang itu mesti mengalami sakit pada tapak kaki sekali dalam seumur hidup.

Oleh itu, kita perlu tahu sedikit sebanyak punca dan cara rawatan bagi masalah ini.

Tapak kaki merupakan kawasan yang akan menampung berat badan seseorang tidak kira ia berada dalam keadaan berdiri mahupun berjalan. Ia juga membantu anda untuk pergi ke mana sahaja. Disebabkan perkara itu, tapak kaki akan selalu menerima tekanan daripada berat badan dan selalu mengalami kesakitan.

Sakit tapak kaki bermaksud kesakitan yang berlaku pada mana-mana bahagian tapak kaki iaitu:

  • Jari kaki
  • Tapak kaki bahagian tengah
  • Tumit

Punca Sakit Tapak Kaki

Sakit tapak kaki selalunya disebabkan gaya hidup yang salah sehingga menyebabkan tekanan pada kaki bertambah. Akan tetapi ia juga boleh berpunca daripada penyakit lain. Punca yang selalu menyebabkan sakit tapak kaki adalah:

Gaya hidup

Penggunaan kasut yang tidak sesuai boleh menyebabkan tekanan tidak dapat disebarkan secara sama rata dipermukaan tapak kaki. Ini menyebabkan sesetengah kawasan tapak kaki akan menerima tekanan yang lebih. Kawasan tersebut sudah tentu akan mengalami kesakitan.

Memakai kasut tumit tinggi juga akan menyebabkan sakit kaki kerana ia menyebabkan tekanan pada tapak kaki ditumpukan pada bahagian jari kaki.

Bagi mereka yang selalu bersukan dengan terlampau aktif juga mempunyai risiko untuk mendapat sakit pada tapak kaki juga

Keadaan pesakit

Terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan pesakit mengalami masalah tersebut. Ianya adalah:

  • Berlebihan berat badan
  • Mengandung
  • Terlebih bersukan menyebabkan otot merasa sengal

Penyakit yang menyebabkan sakit tapak kaki

Terdapat beberapa penyakit yang menyebabkan masalah ini. Ia adalah:

  • Kematu
  • Ketuat
  • Kuku cekam
  • Ubat yang menyebabkan kaki menjadi sembab
  • Plantar fascitis
  • Gout

Rawatan sakit tapak kaki dirumah

Sakit tapak kaki yang boleh dirawat di rumah adalah sakit kaki yang tidak terlalu serius. Sebagai contoh sakit kaki yang disebabkan terlalu banyak berjalan, terlebih bersenam, terlebih berat badan dan sebagainya.

Jika sakit tersebut disebabkan perkara yang serius ataupun tidak boleh dirawat di rumah, pesakit perlulah berjumpa dengan doktor

Bagi rawatan dirumah, pesakit boleh mencuba:

  • Meletakkan ais pada kawasan yang terlibat. Sesuai untuk sakit tapak kaki yang disebabkan trauma
  • Mengambil ubat tahan sakit di farmasi
  • Menggunakan pad tapak kaki supaya tapak kaki tidak ditekan pada permukaan yang keras
  • Ketika baring ataupun tidur, naikkan sedikit tapak kaki dengan meletakkannya di atas batal supaya keradangan pada kawasan tersebut dapat dikurangkan
  • Kurangkan berjalan ataupun bersukan ketika sakit

Jika anda berminat untuk membeli alat pelapik tapak kaki, boleh tekan butang LIHAT dibawah.

Bila kena berjumpa dengan doktor?

Kebanyakan orang tahu apakah yang menyebabkan mereka sakit kaki dan boleh mengelakkan perkara tersebut untuk mengelakkan sakit kaki tersebut berlaku.

Akan tetapi, terdapat beberapa keadaan yang memerlukan seseorang itu berjumpa dengan doktor. Keadaan tersebut adalah:

  • Kesakitan yang menjadi semakin teruk
  • Sakit kaki yang disebabkan trauma yang teruk (Sebagai contoh tulang kaki patah)
  • Tidak boleh berdiri disebabkan tapak kaki yang sakit
  • Mempunyai tapak kaki yang sakit disebabkan masalah peredaran darah
  • Bengkak yang teruk dibahagian tersebut
  • Mengalami demam

Sakit Tumit: Punca, Rawatan dan Aktiviti Mengurangkan Sakit

Rujukan:

  1. Foot Health. apma.org/learn/FootHealthList.cfm?navItemNumber=498
  2. Medications to treat feet. arthritis.org/about-arthritis/where-it-hurts/foot-heel-and-toe-pain/treatment/foot-arthritis-medication.php

Seorang Pegawai Perubatan. Pengasas kepada page Root of Science dan e-Diagnosa