1033Shares

Slipped disc merupakan salah satu penyakit disebabkan postur badan yang tidak betul, keturunan dan dikaitkan juga dengan berat badan. Selalunya pesakit akan mengadu sakit belakang dan jika ia teruk pesakit akan mengadu kebas pada bahagian kaki. Malah kaki juga boleh menjadi lemah ataupun lumpuh jika keadaan slipped disc tersebut semakin teruk

1. Istilah perubatan

Intervertebral Disc: Adalah cakera yang terletak diantara tulang belakang
Degenerasi: Adalah proses penuaan pada sesuatu tisu ataupun struktur badan

2. Pengenalan

Slipped disc adalah penyakit yang melibatkan masalah cakera intervertebra(Intervertebral disc). Ia disebabkan kandungan di dalam cakera intervertebra iaitu nucleus polposus terkeluar dan menghimpit saraf dikawasan tulang belakang.

Selain daripada itu, koyakkan pada cakera intervertebra juga sebenarnya menyebabkan keradangan disekeliling kawasan saraf tulang belakang. Keradangan ini sendiri akan menyebabkan saraf tersebut dihimpit dan menyebabkan kesakitan pada tulang belakang dan juga kebas pada kaki.

Sebab itu, kadang-kadang ada masalah cakera intervertebra yang tidak teruk tetapi masih menyebabkan kebas pada kaki dan sakit belakang. Ia disebabkan keradangan yang berlaku, bukan disebabkan himpitan pada saraf

3. Anatomi

Cakera intervertebra terletak diantara tulang belakang. Ia berfungsi sebagai penyerap hentakan, menambah ketinggian dan menjadikan tulang belakang fleksibel.

Ia dikelilingi oleh lapisan fiber yang dikenali sebagai ‘Annulus fibrosus’ dan di dalamnya mempunyai ‘Nucleus polpopsus’

Koyakkan pada Annulus fibrosus akan menyebabkan nucleus polposus terkeluar dan menghimpit saraf dikawasan tulang belakang

Untuk bacaan selanjutnya tentang anatomi Cakera intervertebra boleh rujuk pautan dibawah ini

Cakera Intervertebra (Intervertebral disc)

4. Patofisiologi

Degenerasi(degeneration)

Sakit bahagian belakang adalah salah satu perkara yang selalu berlaku. Lebih kurang 60-80% mereka yang mengalami masalah sakit belakang, selalunya berlaku pada jangkamasa yang pendek sahaja. Bila mereka mengambil rehat yang secukupnya dan menjaga postur badannya, maka kesakitan itu akan hilang dengan sendiri.

Perlu diketahui bahawa semakin berusia seseorang itu, struktur cakera intervertebranya akan semakin rapuh, air di dalamnya semakin berkurangan dan menyebabkan seseorang itu senang untuk menghidapi penyakit slipped disc. Ia disebabkan proses degeneration ataupun penuaan pada cakera tersebut.

Kajian menunjukkan genetik juga memainkan peranan penting dalam prosed degenerasi ini. Pesakit yang mempunyai genetik masalah intervertebra akan lebih senanga mempunyai masalah degenerasi yang akan membawa kepada slipped disc.

Dalam proses degenerasi ini, air dan juga tisu di dalam nucleus polposus akan berkurangan dan menyebabkan annulus fibrosis tersembul keluar. Ia menyebabkan koyakan pada annulus fibrosus senang berlaku ketika mana tulang belakang bergeser. Jika koyakan berlaku, Nucleus polposus akan keluar daripada cakera tersebut dan menghimpit saraf.

Bahkan ia juga akan menyebabkan keradangan di bahagian tersebut yang membawa kepada himpitan saraf yang lebih teruk serta fungsi saraf yang akan semakin berkurang. Himpitan pada saraf ini akan membawa simptom sakit, kebas dan juga kelumpuhan pada bahagian kaki

5. Simptom dan Faktor Risiko Slipped Disc

Terdapat beberapa faktor risiko yang akan menyebabkan pesakit mempunyai masalah slipped disc. Ianya adalah

  • Obesiti: Berat badan yang tinggi akan menyebabkan tekanan yang lebih berat kepada cakera intervertebra. Ini akan menyebabkan cakera tersebut lebih senang untuk koyak dan cedera
  • Pekerjaan: Mereka yang berkerja melibatkan angkat barang, pindah barang dan sebagainya mempunyai risiko yang lebih tinggi sebab tekanan yang lebih tinggi dikenakan pada tulang belakang
  • Genetik: Sesetengah pesakit memang mempunyai keturunan yang senang untuk mengalami masalah tersebut

Beberapa simptom akan timbul disebabkan himpitan saraf dan keradang pada bahagian tersebut adalah:

  • Sakit pada bahagian kaki: Selalunya akan sakit pada bahagian punggung, peha dan betis. Sakit tersebut kadang-kadang berlaku ketika bersih ataupun dalam posisi menunduk
  • Rasa kebas dan menyucuk
  • Lumpuh ataupun lemah pada bahagian kaki
  • Kebas Tangan jika masalah ini berlaku pada tulang belakang bahagian leher

6. Komplikasi

Beberapa komplikasi yang mungkin dihadapi oleh pesakit ini adalah:

  • Lumpuh bahagian kaki
  • Tidak mampu mengawal pembuangan air kencing dan juga pembuangan air besar

Jika pesakit mempunyai simptom ini, mereka perlulah segera berjumpa dengan doktor

7. Diagnosa-diagnosa lain

Beberapa diagnosa lain yang mempunyai simptom yang sama adalah

  • Kanser tulang belakang
  • Kanser saraf tunjang
  • Spondylolisthesis
  • Spondylosis
  • Pott’s disease
  • Spinal stenosis

8. Penyiasatan

Untuk melihat sama ada seseorang itu mempunyai slip disc ataupun tidak, penyiasatan pertama yang perlu dibuat adalah x-ray tulang belakang. Cakera intervertebra tidak boleh dilihat di dalam x-ray kerana ia akan berwarna gelap. Apa yang boleh dilihat adalah jarak diantara tulang belakang akan semakin berkurang berbanding dengan tulang belakang yang lain

Selain daripada itu, Ct- Scan dan terutamanya MRI boleh dibuat untuk melihat slipped disc yang berlaku. Di dalam pengimejan jenis ini, Gambar cakera intervertebra dapat dilihat dengan lebih jelas

9. Rawatan

Rawatan bagi slipped disc terbahagi kepada dua iaitu rawatan sokongan dan juga pembedahan

a) Rawatan sokongan

Sebelum ini ramai yang mengamalkan rehat di atas katil untuk beberapa minggu.. Tetapi mengikut kajian, ia hanya bagus untuk 1 hingga 2 hari apabila slipped disc menyerang. Rehat yang lebih daripada itu adalah sesuatu yang tidak produktif.

 Ubat tahan sakit dan anti-keradangan

Disebabkan slipped disc juga menyebabkan keradangan, penggunaan ubat tahan sakit serta anti keradangan seperti non-steroidal anti-inflammatory drug(nSAID) dapat mengurangkan keradangan dan mengurangkan simptom tersebut. Terdapat pelbagai jenis ubat nSAID seperti mefenemic acid, diclofenac, naproxen sodium dan sebagainya

Ubat untuk relakskan otot

Ubat untuk relakskan otot boleh digunakan pada fasa awal serangan slipped disc. Ia disebabkan pada awal serangan, Sakit slipped disc akan menyebabkan kekejangan otot di bahagian tulang belakang dan perkara tersebut menyebabkan kesakitan. Ubat itu dapat merelakskan otot tersebut dan membuatkan rasa sakit berkurangan

Elakkan daripada melakukan aktiviti yang tidak bagus untuk tulang belakang

Pesakit slip disc perlulah menjaga postur dan mengelakkan perkara yang akan membebankan tulang belakang. Apabila menundukkan badan, tulang belakang perlulah dalam keadaan lurus. Jika ingin mengangkat barang, bengkokkan lutut dan juga sendi pinggul. Posisi tulang belakang perlulah lurus ketika mengangkat barang.

Duduk perlulah dalam postur menegak. Tidak boleh bengkok ataupun menyandar sehingga tulang belakang menjadi bengkok

Bagi pesakit yang hendak baring, baring pada sisi terdahulu dan barulah pusing untuk baring secara menelentang. Elakkan baring secara meniarap

Penggunaan Alat untuk Membetulkan Postur

Terdapat beberapa alat seperti bengkung yang digunakan untuk mengelakkan badan berada pada posture yang tidak betul. Alat ini boleh mengelakkan daripada serangan slipped disc berlaku dengan kerap

b) Rawatan secara pembedahan

Selalunya rawatan pembedahan diperlukan apabila pesakit mempunyai kriteria ini:

  • Kesakitan pada bahagian kaki dan belakang yang berlaku lebih daripada 4 minggu dan ia mengganggu aktiviti harian, pekerjaan dan memerlukan ubat tahan sakit yang kuat
  • Mempunyai komplikasi kelumpuhan
  • Imej MRI menunjukkan bahawa masalah tersebut boleh dirawat dengan menggunakan pembedahan

Pembedahan yang selalunya dilakukan untuk masalah ini ialah ‘Disectomy’ iaitu melibatkan pengeluaran Cakera intervertebra yang menekan saraf pesakit Slipped disc. Selalunya pesakit akan diberi ubat bius sepenuhnya untuk melakukan pembedahan tersebut.

Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, sila like page FB kami TheDiagnosa

 

Rujukan:

  1. Battie MC, Videman T, Parent E. Lumbar disc degeneration: epidemiology and genetic influences. Spine. 2004 Dec 1. 29(23):2679-90.
  2. Mixter WJ, Barr J. Rupture of the intervertebral disc with involvement of the spinal cord. N Engl J Med. 1934. 211:210-4.
  3. White AA, Panjabi MM (eds). Clinical Biomechanics of the Spine. Philadelphia, Pa: JB Lippincott Company. 1978:462.
  4. Kirkaldy-Willis WH. Managing Low Back Pain. 2nd ed. New York, NY: Churchill Livingstone. 1988.
  5. Weinstein JN, Lurie JD, Tosteson TD, et al. Surgical vs nonoperative treatment for lumbar disk herniation: the Spine Patient Outcomes Research Trial (SPORT) observational cohort. JAMA. 2006 Nov 22. 296(20):2451-9.
  6. Gambar ‘featured images’ adalah daripada http://health.usnews.com/health-news/patient-advice/articles/2015/02/20/back-pain-natural-ways-to-get-relief
  7. Sumber featured image: nlphysio.co.uk

Dr Latif Saad

Seorang Pegawai Perubatan. Pengasas kepada page Root of Science dan e-Diagnosa

13 Comments

Diana · January 27, 2018 at 12:57 pm

Terima kasih doktor untuk info ni. Skrg saya ada simptom sakit di bhg tulang bhg pinggang yg kerap. Dan baru dlm minggu ni kaki sblh kiri saya rasa kebas dan menyucuk2 terutamanya bhg betis. Saya pernah jatuh terduduk ketika main bola dengan anak. Memang sakit juga pinggang dan kaki masa tu. Dan sejak tu saya tak dapat pakai sandal yg ada tumit walau sikit ataupun keras. Mula2 saya tak terfikir pun sbb pinggang. Tapi sebab sejak kebelakangan ni sakit ni semakin kerap, saya risau.

    Dr Latif Saad · January 28, 2018 at 4:00 am

    Kena periksa tu Puan. Sbb riasu ada slipped disc ataupun apa2 masalah pada tulang belakang. Klu sudah ada rasa kebas tu mungkin disebabkan saraf telah menghimpit bahagian tersebut. Jika terlalu teruk, kaki boleh menjadi lemah dan tidak boleh bergerak. Puan boleh periksa di klinik yang berdekanan

MOHD AZLEN BIN IDERIS · February 9, 2018 at 12:11 am

Terima kasih Doktor, saya pesakit slipped disc sudah 2 tahun dan sudah buat pembedahan lebih kurang 10 bulan yang lalu dan pada Januari 2018 saya sakit kembali dan report MRI yang saya buat slipped disc saya terkeluar balik,dan sekarang ni saya tak boleh nak berdiri lama, saya nak minta nasihat doktor apa yang perlu saya buat, ada kah saya perlu menjalani pembedahan lagi sekali dan letak 4 screw di dalam tulang belakang saya? Saya perlukan pendapat doktor.terima kasih..

    Dr Latif Saad · February 14, 2018 at 8:20 am

    Bila bercakap berkenaan tulang belakang ini ia memerlukan doktor pakar untuk memberi komen. Setahu saya jika simptom sudah terlalu teruk sehingga sukar untuk berdiri, adalah lebih baik untuk melakukan pembedahan. Sebab perkara tersebut telah menunjukkan masalah tulang belakang tersebut adlaah serius. Mgkn kena berbincang balik dengan doktor yang merawat apakh cara yang terbaik.

Siti aisyah · February 18, 2018 at 3:59 pm

Asalmualiakum Dr dn slm sejahtera.sy siti.sy berumur 29 thun.berat sy skarang 67/66 kg..tinggi sy 151..sy mngalami sakit dbahagian tengkuk skiranya sy mendongak terlalu tinggi, ada kalanya sy mngalami sakit yg amat sangat dibahagian dlm punggung dn mngakibatkan sy hmpir tjatuh.sakitnya itu umpama bisa yg dtg mcm kilat.skjap sahaja.dn sy juge mngalami sakit dibahagian kedua2 tumit kaki.terutama bhgian kanan.rase yg mnyucuk2 dn teramat sakit stiap kali ingin mmulakan langkah… adekah ini sintom2 slipdis?mohon dpt berikan ulasan.

Muhammad Aidil · February 21, 2018 at 4:12 pm

Assalamualaikum Dr. Saya pesakit yg dah lama menghidap slipped disc. Saya ingin pandangan Dr. Bila saya diserang sakit slipped disc saya sukar untuk menahan rasa buang air besar dan pernah smpai satu tahap saya hampir muntah dan ingin pitam. Saya juga pernah diserang sakit slipped disc hampir 2 minggu. Bila sudah tahap begitu adakah saya perlu melakukan pembedahan atau ada rawatan lain? Saya ingin pendapat dan pandangan Dr.

    Dr Latif Saad · February 24, 2018 at 2:05 pm

    Waalaikumsalam Tuan. Bagi saya tuan perlu follow up dengan doktor pakar orthopaedic. Kerana pemeriksaan secara klinikal yang boleh menentukan perlu atau tidak pembedahan tersebut. Selalunya kalau kaki dah jadi lemah, nak berjalan pun tak boleh, selalunya better buat operation.

Fazdrid Samsudin · March 20, 2018 at 3:06 am

Assalamualaikum Dr.. saya psakit slipdisk L5/S1 & sudah jalani 2 pembedahan bulan lalu sbab hasil pmeriksaan MRI di bhg spine ade ssuatu yg trkeluar (kata doktor biase nya bhg tu ade didalam) so trpakse gunakan kaedah pmbedahan laser… skrang ni sy dalam rawatan fisioterapi slama 3 minggu…. tpi di bhg L5/S1 tu masih lgi rse sakit… adakah itu normal? sebab sy ade trbace pngalaman orng lain yg sakit nye akan dtang bile2 masa. mohon dr. beri pndapat dr. tntang msalah sy.. terima kasih

Solehah · May 5, 2018 at 7:36 am

Assalamualaikum Dr. Saya Solehah berusia 19 thn. Sudah hampir sebulan saya sakit pinggang pada bahagian kanan sahaja. Setiap kali saya melakukan pergerakan yg memerlukan pergerakan pinggang kanan..pinggang kanan saya akan sakit,begitu juga jika saya membongkok. Saya belum melakukan pemeriksaan doktor. Boleh saya tau pandangan Dr. Terima kasih.

ismah · May 25, 2018 at 11:12 am

salam doktor. saya pernah beberapa kali jatuh terduduk dan sekarang pinggang saya sakit tak hilang2 dah seminggu. kaki saya juga jadi kebas2 dan sakit ditumit bila berdiri lama. kadang2 kaki saya juga rasa lemah. kadang2 tulang belakang saya pon sakit bila bongkok. slip disc ke ni doktor ?

    ediagnosa · May 25, 2018 at 12:51 pm

    Wasalam. Selalunya slipped disc boleh jadi sakit belakang yang teruk. Tetapi kalau dah ada rasa kebas-kebas yang berterusan, lebih baik berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut

Amizan · June 3, 2018 at 3:51 pm

Dr nak tanya adakah penyakit slipped disc ni boleh sembuh?

    ediagnosa · June 3, 2018 at 4:46 pm

    Selalunya ia tidak boleh sembuh. Tetapi simptom tersebut boleh dikurangkan dengan mengamalkan penjagaan tulang belakang dengan betul. dan sentiasa mengekalkan postur badan dengan betul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *