168Shares

Seseorang yang sudah berumur itu mesti risau apabila dia menghadapi sakit kepala kerana ada sesetengah sakit kepala adalah disebabkan tekanan darah tinggi. Oleh sebab itu, mereka mengganggap ia adalah tanda tanda darah tinggi dalam seseorang pesakit

Tetapi tahukah anda bahawa kebanyakan mereka yang mengalami tekanan darah tinggi tidak mempunyai apa-apa simptom sehinggalah tekanan darah tersebut menyebabkan sakit jantung ataupun angin ahmar.

Oleh sebab itulah, pemeriksaan awal perlu dibuat walaupun tiada tanda tanda darah tinggi dirasakan. Ini kerana ia boleh mengelakkan komplikasi

Apakah tekanan darah tinggi?

Tekanan darah tinggi didefinisikan sebagai tekanan darah melebihi 140/90 mmHg dan ia perlu diambil pada 2 masa yang berbeza. Ia penting diambil dua kali kerana kadang-kadang ada waktu-waktu tekanan darah itu menjadi tinggi terutamanya ketika tidak sihat ataupun dalam kesakitan.

Selalunya pesakit yang mempunyai tekanan darah tinggi hanya diketahui ketika mana dia sakit pada hari tersebut dan datang ke klinik. Ketika di klinik, bacaan tekanan darah menjadi tinggi pula. Sebab itulah perlu bacaan tekanan darah itu diulang ketika pesakit sihat, kerana mungkin disebabkan pada ketika ia sakit, bacaan tekanan darah tersebut menjadi sedikit tinggi. Jika ketika pesakit sihat pun bacaan tekanan darah tersebut masih tinggi, barulah kita sahkan pesakit mempunyai tekanan darah tinggi

Tanda Tanda Darah tinggi

Majoriti daripada mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi tidak mempunyai apa-apa simptom kecuali tekanan darah tersebut terlalu tinggi. Antara beberapa simptom yang boleh dikaitkan dengan tanda tanda darah tinggi adalah:

  • Sakit kepala
  • Pemandangan menjadi kabur
  • Muntah-muntah
  • Sakit dada
  • Rasa berdebar-debar
  • Sesak nafas
  • Badan seolah-olah jadi lumpuh

Kebanyakan simptom ini berlaku ketika mana tekanan darah tersebut terlalu tinggi dan ia boleh menyebabkan komplikasi seperti angin ahmar dan sakit jantung

Komplikasi tekanan darah tinggi

Terdapat beberapa komplikasi kepada mereka yang menghadapi tekanan darah tinggi. Ia adalah:

Cara-cara untuk kurangkan tekanan darah

Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan tekanan darah tanpa pengambilan ubat

  • Kurangkan pengambilan garam dan juga makanan yang mengandungi garam seperti kicap
  • Bersenam 3 kali seminggu untuk mengurangkan berat badan
  • Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi gula dan lemak yang tinggi. Kerana ia boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan
  • Kena selalu relakskan minda agar jiwa tidak tertekan

Jika anda dapat mengurangkan berat badan anda, selalunya tekanan darah anda juga akan semakin berkurangan.

Artikel yang penuh boleh rujuk kepada link ini.

Categories: Uncategorized

Dr Latif Saad

Seorang Pegawai Perubatan. Pengasas kepada page Root of Science dan e-Diagnosa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *