189Shares

Gastrik dalam masyarakat kita dikenali sebagai angin. Beberapa tanda tanda gastrik pada pesakit adalah mereka akan mengalami sendawa yang banyak dan pedih ulu hati. Dalam istilah perubatan masalah gastrik juga dikenali sebagai gastritis

Gastric bermaksud Organ perut. Dan ‘gastritis’ pula bermaksud keradangan dalam perut

Punca masalah gastrik

Terdapat dua punca utama masalah gastrik iaitu:

  • Bakteria Helicobacter pylori yang bertindak merosakkan lapisan yang melindungi dinding perut
  • Ubat tahan sakit jenis nsaids(non-steroidal anti-inflammatory drug). Contoh ubat tersebut adalah seperti aspirin, ibuprofen, voltaren, ponstan dan beberapa lagi

Walaubagaimanapun terdapat juga penyebab lain yang boleh menyebabkan gastrik. Ianya adalah

  • Pengambilan alkohol
  • Keracunan makanan
  • Merokok
  • Stress
  • Alahan kepada makanan

Tanda tanda gastrik

Terdapat beberapa tanda seseorang itu mengalami gastrik seperti

  • Pedih ulu hati
  • Perut rasa penuh dan kembung (bloated)
  • Selalu sendawa
  • Kadang sakitnya naik ke bahagian kiri dada
  • Jika teruk, asid boleh naik ke bahagian atas iaitu esofagus menyebabkan pesakit sesak nafas

Jika gastrik terlalu teruk, ia boleh menghasilkan ulser di dalam perut dan boleh menyebabkan pendarahan. Pesakit mungkin datang ke hospital dengan masalah muntah darah.

Rawatan

Bagi mereka yang mempunyai tanda tanda gastrik, selalunya kita akan nasihatkan pesakit untuk elakkan makanan yang berasid dan juga makanan yang penas. Sebab ia boleh menyebabkan keradangan dan hakisan pada dinding perut.

Pesakit juga dinasihatkan untuk ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap. Ia berfungsi sebagai pelapik kepada dinding perut supaya asid yang dihasilkan oleh perut hanya digunakan untuk menguraikan makanan.

Pesakit juga dinasihatkan untuk berhenti merokok dan perlunya kawalan stress dengan betul

Selain daripada itu, terdapat ubat yang boleh digunakan untuk merawat masalah gastrik

1. Antasid: Ubat ini bersifat alkali. Fungsinya untuk meneutralkan asid dalam perut. Contoh ubat:

  • Magnesium tricylicate
  • Aluminium hydroxide

2. H2 Blocker: Ubat ini berfungsi untuk merencat reseptor H2 supaya perut tidak menghasilkan asid dengan banyak. Contoh ubat:

  • Cimetidine
  • Ranitidine

3. Proton pum inhibitor: Berfungsi untuk merencat pam proton yang diberfungsi untuk menghasilkan keadaan asid dalam perut. Contoh ubat:

  • Omeprazole
  • Pantoprazole
  • Esomeprazole

4. Antibiotik: Digunakan jika pesakit dikesan mempunyai jangkitan bakteria H. pylori

Untuk bacaan sepenuhnya berkenaan gastrik  dan juga diet yang sesuai untuk merawat masalah ini anda boleh rujuk link ini

Sumber featured image daripada diseasespictures.com

Categories: Pembedahan

Dr Latif Saad

Seorang Pegawai Perubatan. Pengasas kepada page Root of Science dan e-Diagnosa

1 Comment

adzurah · April 20, 2018 at 10:44 am

doc saya salah sorang pesakit gastrik dan dah cuba bermacam macam ubat. contoh ubat yang saya makan ialah nexium mups, ganaton, gastrove tetapi tetap panas perut pedih hulu hati dan kembung perut doc ada suggestions yang lain ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *