3571Shares

Anda mungkin tahu bahawa makanan yang berasal daripada haiwan dan tumnbuh tumbuhan mungkin mempunyai pelbagai patogen(kuman) yang menyebabkan pelbagai penyakit. Ianya termasuk cacing parasit hinggalah bakteria yang boleh menyebabkan cirit-birit. Kes terbaru yang melibatkan pengambilan makanan mentah telah berlaku di Korea selatan dimana tangan seorang lelaki menjadi bengkak dan berair disebabkan jangkitan kuman yang jarang berlaku.

Seperti yang dilaporkan oleh The New England Journal of Medicine, seorang warga emas berumur 71 tahun telah pergi ke hospital disebabkan tangannya mengalami bengkak seperti melecur. Tetapi, berlainan dengan bengkak melecur yang mempunyai cecair yang jernih, bengkak yang disebabkan penyakit ini mengandungi darah dan digelarkan sebagai ‘Hemorrhagic Bullae’. Ia berlaku pada tangan kirinya selepas 12 jam pengambilan makanan laut yang mentah.

Setelah 2 hari pesakit mengalami simptom ini disamping demam dan sakit yang teruk, Pesakit baru membuat keputusan untuk pergi ke jabatan kecemasan. Di hospital pula, pesakit terpaksa digegaskan masuk ke dalam bilik bedah untuk membuang kandungan di dalam kawasan bengkak tersebut.

Analisa pada cecair dan darah dibuat untuk mengetahui penyebab kepada keadaan pesakit. Mereka menemui bakteria yang terlibat adalah Vibrio vulnificus iaitu salah satu bakteria gram-negatif yang sangat ganas. Bakteria ini mempunyai saudara terdekat iaitu Vibrio cholera yang menyebabkan cirit-birit yang teruk kepada manusia.

Gambar V. vulnifcus. Sumber:Wikipedia

V. vulnificus adalah salah satu bakteria semula jadi yang selalunya berada di dalam tiram, kerang dan sebagainya. Mengikut pengkaji dari Malaysia, mereka menganggar terdapat lebih daripada 100 kes yang berlaku dalam setahun diseluruh dunia disebabkan bakteria ini.

“V. vulnificus boleh menyebabkan jangkitan kuman pada kulit apabila terdapat luka yang terdedah pada air laut yang tercemar. Ia juga boleh disebabkan bakteria tersebut merebak melalui saluran darah disebabkan pengambilan makanan laut yang mentah ataupun tidak cukup masak”.” Pesakit yang mempunyai masalah sistem imun seperti mereka yang mengalami kegagalan hati kronik ataupun kanser mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan kuman ini dan juga komplikasi”

Bagi pesakit ini, dia mempunyai penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan sedang dirawat untuk masalah buah pinggang. 3 keadaan ini menyebabkan keadaan imun pesakit tidak boleh berfungsi dengan baik menyebabkan kuman tersebut senang merebak.

Mengikut Jurnal American Family Physician, kadar kematian apabila seseorang itu mengalami jangkitan di dalam darah berserta bengkak tersebut dianggarkan sebanyak 50%. Walaupun setelah pembedahan dibuat dan antibiotik diberikan kepada pesakit, 30-40% pesakit akan meninggal dunia disebabkan jangkitan tersebut. Ini menunjukkan angka yang masih tinggi walaupun rawatan telah diberikan kepada pesakit.

Walaupun rawatan telah diberikan kepada pesakit, masalah kulit tersebut telah menjadi lebih teruk ketika mana ia menghasilkan ulser yang cukup dalam. Tangan pesakit terpaksa dipotong untuk mengelakkan kuman tersebut merebak. Pembedahan tersebut dibuat setelah 25 hari pesakit menderita masalah ini. Pesakit telah sembuh setelah pembedahan itu dibuat dan dibenarkan pulang”

Kesimpulan

Bagi penggemar makanan laut ataupun mereka yang selalu mengambil makanan laut, pastikan makanan tersebut dibasuh terlebih dahulu dan dimasak dengan secukupnya agar kuman yang ada terbunuh. Cuba elakkan makanan laut yang dimasak separuh masak.

 

Rujukan:

Vibrio vulnificus Infection. Jin Park, M.D., Ph.D., and Chang-Seop Lee, M.D., Ph.D.July 26, 2018. N Engl J Med 2018; 379:375. DOI: 10.1056/NEJMicm1716464

Categories: Berita

Dr Latif Saad

Seorang Pegawai Perubatan. Pengasas kepada page Root of Science dan e-Diagnosa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *