Ubat gastrik yang digunakan adalah bergantung kepada cara penggunaannya dan tujuan penggunaannya. Ubat gastrik yang selalu digunakan adalah untuk meneutralkan keadaan asid di dalam perut dan juga mengurangkan penghasilan asid.

Ubat Gastrik untuk meneutralkan dan mengurangkan keadaan asid dalam perut

1) Antasid

Ubat antasid adalah ubat yang digunakan untuk meneutralkan asid di dalam perut. Ianya sesuai digunakan apabila masalah gastrik sedang berlaku.

Contoh ubat masalah gastrik ini adalah:

  • Aluminium hydroxide
  • Magnesium hydroxide
  • Magnesium tricylicate
  • Alumina

2) H2 blocker (Perencat reseptor H2)

Histamine-2(H2) reseptor adalah salah satu reseptor yang memainkan peranan dalam rembesan jus gastrik. Oleh itu, ubat perencat reseptor H2 dapat mengurangkan penghasilan jus gastrik yang berlebihan.

Beberapa jenis ubat yang selalu digunakan adalah:

  • Cimetidine
  • Ranitidine
  • Famotidine

2) Proton pump inhibitor(Perencat Pam Proton)

Perlu diketahui bahawa keadaan asid yang terjadi di dalam perut adalah disebabkan ion hydrogen dipam masuk ke dalam bahagian perut. Pam itu dikenali sebagai Pam proton. Proton disini merujuk kepada ion hydrogen(H+)

Bila kepekatan ion hydrogen semakin tinggi di dalam perut, pH akan menjadi semakin rendah dan keasidan menjadi semakin tinggi.

Fungsi ubat ini adalah untuk merencat fungsi pam tersebut supaya keadaan berasid di dalam perut dapat dikurangkan.

Beberapa ubat jenis ini adalah sepert

  • Omeprazole
  • Pantoprazole
  • Esomeprazole

Antibiotik untuk membunuh kuman (H. pylori) yang menyebabkan masalah gastrik

Kuman yang selalu menyebabkan masalah gastrik adalah H. pylori. Tetapi untuk membuktikan masalah gastrik itu adalah disebabkan kuman tersebut, beberapa ujian perlu dijalankan terlebih dahulu seperti pengambilan sampel di dalam perut untuk menunjukkan wujudnya organisma itu.

Setelah terbukti barulah diteruskan dengan penggunaan antibiotik. Antibiotik yang selalu digunakan adalah seperti:

  • Amoxicillin
  • Clarithromycin
  • Metronidazole

Ubat antibiotik ini selalunya digabungkan dengan penggunaan proton pump inhibitor untuk mendapat kesan yang maksimum.

Bacaan seterusnya: Masalah gastrik
Jika maklumat ini bermanfaat, sila like page kami The Diagnosa

Rujukan:

  1. Beers M, Berkow R, eds. Gastritis. The Merck Manual of Diagnosis and Therapy. 18th ed. 2006. Section 3, Chapter 23.
  2. Chey WD, Wong BC. American College of Gastroenterology guideline on the management of Helicobacter pylori infection. Am J Gastroenterol. 2007 Aug. 102(8):1808-25
  3. Sumber featured image: belmarrahealth.com
Categories: Pembedahan

Dr Latif Saad

Merupakan Seorang Doktor Perubatan. Pengasas kepada FB Page Root of Science dan juga e-Diagnosa. Follow juga wall personal saya di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *